U...niversity. Inilah duniaku selepas tamat sekolah menengah. Ku harapkan segalanya akan berjalan lancar sewaktu berada di universiti lebih baik daripada berada di alam persekolahan. Ku dambarkan ianya seperti dalam cerita Kuliah Cinta. Segalanya nampak seronok belaka. Tapi...yelah..semuanya tak seindah mimpi.
Banyak yang berubah di sini. Bukan kampus yang berubah...tetapi aku sendiri yang berubah. Aku kurang menumpukan sepenuh perhatianku dalam pelajaran, kurang mengaktifkan diri dalam kepimpinan mahupun aktiviti2 yang dianjurkan di universiti. Rase macam useless!! Aku kini tak seperti dulu.
Dulu...aku seorang yang suka bersaing. Pesaing aku hebat2 belaka. Tapi...aku mampu berdiri setaraf dengan mereka. Namun kini...setelah melangkah ke alam universiti, aku menjadi lemah. Lemah terhadap segala benda. Aku tahu...pencapaian akademikku di universiti semakin meningkat dari 1 sem ke sem yang seterusnya. Tapi, seandainya aku lebih gigih lagi...mungkin aku boleh mendapat lebih baik lagi. Wohoho! Bilelah nak dapat rezult segempak itu=P
Di sini, susah untuk menjadi exko. Ada sahaja halangan yang perlu ku tempuhi. Sudahnya...tengok sahajalah title itu diberikan kepada orang lain [melepas!!]. Kalau dalam aktiviti...masih boleh dipertimbangkan. Aku suka join macam2 benda. Itu...ini...tapi sijil hampeh. Tak dapat...
Baru-baru ini...aku telah menyertai pertandingan 'Ikon Mahasiswa Cemerlang'. Aku tak tahu macam mane boleh involve dalam bende tu. Dari seorang bidan terjun untuk mewakili level kolej...tibe2 diundi ke peringkat akhir. Yelah...suatu yang tidak diduga. Orang macam aku pun boleh sertai pertandingan sebegitu. Sungguh tak layak!! Tapi..nak buat macam mane? Dah jokey la katakan...rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Betol tak??
Namun...aku tahu, aku tidak akan dinobatkan sebagai ikon mahasiswa. Persaingan amat sengit. Aku berasa sangat kerdil sewaktu berada bersama finalists ikon. Mereka sungguh berbakat. Jaguh kampung la katakan...hehe. Wakil sana...wakil sini. Pegang jawatan itu ini. Aku? Apalah yang ada. Budak hingusan je.
Tapi, tak mengapa. Aku akan jadikan ianya sebagai pengalaman dan titik permulaan. Permulaan untuku bangkit semula...bangkit dari kemunduran ini. InsyaAllah...masih sempat lagi. Masih ada 3 sem untuku berjihad. Aku yakin akan dapat mencapai impianku di sini.....AJA..AJA..FIGHTING!!!!