If U Like This Blog..HIT THE 'LIKE' BUTTON!!!

BOLEH SAYA BANTU?

Nama
Emel
No Telefon yang boleh dihubungi
Pernahkah anda mendengar mengenai Herbalife sebelum ini? Ya
Tidak
Boleh saya bantu untuk NAIK BERAT BADAN
TURUN BERAT BADAN
TAMBAH TENAGA
PERBAIKI TAHAP KESIHATAN
PERBAIKI MASALAH KULIT
PROGRAM SARAPAN SIHAT
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN
Sebarang maklumat tambahan/ pertanyaan

Put a website form like this on your site.

Sunday, November 10, 2013

Hashim Family Day (08/11 - 10/11/2013)

Salam…
Hye!

Harini saya nak share pasal “My Weekend Story” last week. Best!! Last week kami ada Hashim family day, untuk keluarga Bunda saya. Alhamdulillah..empat keluarga besar adik-beradik Bunda terlibat kalini. Nampak macam tak ramai, tapi hampir 200 lebih jugak yang terlibat, sebab keluarga Bunda saya ni agak besar. Ni belum masuk adik-beradik tiri Bunda lagi, dan sedara-sedara lain. Dalam Family Day ni, dua keluarga Bunda tak dapat hadir, keluarga Pak Unggal (pak cik) dan keluraga Arwah Asu (adik bongsu).

Family Day kalini dibuat di Desa Balqis, Melaka. Tempat memang cantik dan sesuai dengan keluarga kami yang besar. Desa Balqis ni resort yang menyediakan penginapan dengan suasana kampung. Damai sangat! terasa macam betul-betul berada di kampung. Dan, kalau nak tahu, ada kisah tahu disebalik resort ni.  Nak tahu lebih lanjut, tonton TV hari Rabu ni. Ada dokumentari mengenai Desa Balqis ni. Pukul 9.00 mlm, channel “tak Tahu”. hehe

Kami sampai ke Desa Balqis agak lewat, pada pukul 12.00 mlm oleh hal yang ramai adik-beradik kerja hari Jumaat itu. Sampai-sampai je, keluarga kami disambut oleh sanak saudara. Pelbagai juadah turut tersedia malam tu. Kami mengambil peluang ini untuk berbual mesra dan merapatkan silaturrahim dengan ahli keluarga yang lain. Bukan senang nak jumpa mereka semua ni. Tunggu majlis kenduri, baru dapat jumpa. Jadi, inilah masa yang terbaik untuk kami berjumpa lagi.

Esoknya, ada aktiviti Telematch FamilyTapi sebelum tu, kami ada 'Chicken Dance!'. Semua kena berchicken dance (except ME. hehe). Pelbagai aktiviti yang disediakan, antaranya: Lari dalam guni, masuk air dengan span, lari bawa belon, larian batton, lari ikat kaki, etc. Rasa-rasa adalah dalam 10 acara yang dipertandingkan antara family. Tapi family kami paling kesian sebab yang masuk telematch ni semua budak-budak kecil (range 3-8 tahun). Aku je la yang besar. Hihihihi. Ni sebab kes Bunda aku kire mak cik paling bongsu dan cucu-cucu Bunda semua paling kecil antara cucu-cucu family Hashim. Kesian giler sebab banyak kategori kami kalah. Tapi judgers banyak bagi markah kesian pada keluarga kami disebabkan usia yang comel-comel belaka. hehe.

Petang tu, sehingga malam harinya, kami melakukan pertandingan persembahan kebudayaan. Setiap keluarga wajib hantar wakil. Keluarga kami memang paling sempoi! Praktis last minute je, jumaat malam tu. sampai je resort terus praktis sampai pukul 4.00 pagi. Peserta kebudayaan, wakil family Matton K. Long dan K. Lang. Even last minute punya persembahan, kami dapat no 3 beb! Sebab meriah giler performance dari kami. Haha. Memang lawak mase tu sebab saudara-saudara pun turun join. Haha

Then, lepas semua family buat performce, ada sesi penyampaian hadiah pulak. Semua keluarga dapat hadiah, tak ada yang terkecuali, dan semua hadiah sama je. Sebab kami buat telematch ni pun untuk suka-suka je. Selepas tu, ada tarian “Poco-Poco”, joget lambak (oleh makcik-makcik), karaoke dan main-main (oleh anak-anak kecil). Hehe

Pagi tu, aktiviti bebas. Niat di hati nak mandi laut, tapi tak kesampaian sebab dah guruh masa kami mahu ke laut. But..itsokayy! Kolam kan...ado? hehehe. Then, pukul 12.00 tengahari, semua keluarga, masing-masing mula check out. Keluarga kami gerak dalam pukul 12.00 lebih jugak. Buat jamak di RNR dan dalam pukul 4.00 petang macam tu, kami sampai rumah.

Itulah kisahku @ Hashim Family Day.

Salam...

Sambungan: Kisah Seram di Desa Balqis Sewaktu Hashim Family Day..nantikan..

No comments:

Post a Comment