Bismillah...hari ini saya berlajar mengenai satu perkara :
"Rezeki
adalah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, sama ada halal ataupun haram, sama
ada baik ataupun buruk"
BENAR. Rezeki adalah apa
yang kita nikmati faedahnya. Mengapa saya berkongsi topik ini? Kerana pada
bulan ini saya diduga Allah dengan pelbagai masalah dan kerugian dengan sekelip
mata. Apakah ujian saya? Itu saya tak boleh ceritakan, kerana saya tidak suka
bercerita perkara-perkara yang negatif kerana ianya akan merundumkan semangat saya
setelah itu, dan ia akan berlanjutan hari-ke hari. Jadi, pada ketika itu, permasalahan tersebut saya simpan
dalam diri dan hanya saya luahkan pada Allah sahaja, kerana Allah lah sentiasa
bersama saya di kala susah atau senang.
Disebabkan ujian tersebut,
saya hilang mood, hilang semangat untuk bekerja, sehinggakan saya rasa
"aku kerja tapi aku tak nampak pun apa-apa yang aku dapat". Terukkan
saya ni? Mudah mengalah bila Allah uji sedikit saja. Belum lagi yang
benar-benar hebat. Namun, keluhan itu saya pujuk dengan sentiasa berkata dalam
diri, "Allah sayang aku, tu maybe ada hikmah yang lebih besar aku akan
dapat ni. Mungkin...ini kerana aku sudah semakin lalai menyempurnakan tanggungjawabku sebagai hamba Allah dan tanggungjawab lain.."
Tapi..setelah itu, Allah pertemukan
saya dengan buku ini, “Mudahnya Menjemput Rezeki”, karya Fathuri Salehuddin.
Alhamdulillah… buku ini
sebenarnya dicadangkan oleh downline Dr Khadijah, President Team Herbalife. Beliau
berkata, “Bacalah buku ini. Kandungannya bagus sangat”. Bila saya teringatkan
judul buku ini, terus saya pergi membeli di Pustaka Mukmin di Jalan TAR. Saya baru
sahaja membacanya, tapi kandungan isi pada permulaan buku ini indah sekali, dan
ianya telah memberikan perspektif yang berbeza mengenai rezeki Allah.
"Ya, Allah.. terasa hina
sangat diri ini. Selalu sahaja aku menyalahkan rezeki bila ujian mendatang. Padahal
Allah sudah mengatakan rezekiku tahap itu pada ketika itu. Allah sudah siap mengatur rezeki masing-masing. Tetapi..aku selalu rasa, aku
dah berusaha dengan semahu-mahunya, mengapa aku tak boleh dapat lebih dari itu?"
Tapi, sedar tak sedar., teringat saya pada kata-kata dalam buku ini, “Apa yang didapati dalam usaha kita,
terdapat padanya rezeki orang lain”. Dan pada ketika itu juga saya mula sedar, apa yang ada dalam rezeki saya
ketika sebelum berlaku ujian tersebut, terdapat padanya rezeki orang lain. Seperti contoh
dalam satu kes, kita bekerja keras untuk mendapatkan wang. Setelah dapatnya wang
tersebut, kita gunakan sebahagiannya untuk membeli keperluan harian. Dan wang
yang kita laburkan itu, telah menjadi rezeki orang lain. Subhanallah.. indahnya
perancangan Allah ini! Sebagai manusia biasa, dahulunya saya merasakan wang
tersebut semuanya adalah kepuyaan saya. tapi hakikatnya, ianya bukan milik saya sepenuhnya.
Cuma bezanya, rezeki yang kita dapat adalah statusnya; halal atau haram. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 57 maksudNya :
“Makanlah daripada makanan
yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu"
Seperti contoh,
wang kita diragut oleh perompak. Wang tersebut kemudiannya menjadi rezeki yang
haram kepada si perompak. Na’uzubillah… moga kita tidak tergolong dari orang
yang menikmati rezeki yang haram.
Dan, sebenarnya.. rezeki kita bukan hanya dilihat dari sudut wang ringgit atau kekayaan semata-mata, kebahagiaan juga adalah rezeki kita. Mungkin ianya tidak dapat dilihat, tetapi dapat dirasai dengan rasa syukur kepada Allah. ianya adalah rezeki Allah yang bersifat halus, yang kita tidak sedar. Alhamdulillah, ketika ditimpa ujian tersebut, Allah turunkan kebahagiaan dalam diri sehinggakan saya lupa akan permasalahan yang berlaku. Bahagia bersama keluarga, kehidupan, pekerjaan dan pembelajaran. Mungkin, itulah rezeki yang Allah turunkan, kebahagiaan bukan wang kekayaan.
Kadang kala kita ni hamba Allah..lalai. Allah sudah banyak memberi kepada kita, rahmatNya tidak terhitung banyaknya, melimpah-ruah, bukan kepada orang muslim sahaja, tetapi juga terhadap orang bukan muslim. Namun, kita masih kurang berasa syukur akan nikmat pemberianNya, rasa selalu menyalahkan takdir (tazkirah untuk diri saya juga), "Nak buat macam mana, bukan rezeki aku", itulah statement yang selalu kita dengar, boleh dikata hari-hari. Namun, tidak bermakna kita tak boleh berubah. Jesteru, marilah kita pakat-pakat memperbanyakkan kesyukuran dan istighfar kepada Allah, Pencipta kita setiap hari, termasuklah jika kita diduga dengan kenikmatan atau musibah. Yakinlah akan hikmah ketentuanNya ...
Akhir kalam, bacalah buku ini. InsyaAllah terdapat padanya manfaat. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment