Coretan Seorang Hanisa: Restoran Matton...family owned restaurant

If U Like This Blog..HIT THE 'LIKE' BUTTON!!!

BOLEH SAYA BANTU?

Nama
Emel
No Telefon yang boleh dihubungi
Pernahkah anda mendengar mengenai Herbalife sebelum ini? Ya
Tidak
Boleh saya bantu untuk NAIK BERAT BADAN
TURUN BERAT BADAN
TAMBAH TENAGA
PERBAIKI TAHAP KESIHATAN
PERBAIKI MASALAH KULIT
PROGRAM SARAPAN SIHAT
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN
Sebarang maklumat tambahan/ pertanyaan

Put a website form like this on your site.

Wednesday, November 6, 2013

Restoran Matton...family owned restaurant

Bismillah…


Harini saya nak cerita mengenai kisah pembukaan Restoran Matton. Pernah dengar tak restoran ni? Mesti tak kan? Atau baru je dengar-dengar sebab restoran ni baru je set up semalam. Harini mula beroperasi. Restoran Matton ni restoran family saya. Alhamdulillah…kami baru je bermula, dan banyak yang perlu kami pelajari, baik pulih, dan tambah baik dari hari ke hari. Boleh tak nak promote siket pasal Restoran Matton ni?? HeHe

Restoran ni sebenarnya diasaskan oleh Ayahanda dan Bonda tercinta, Hj Mat dan Hjh Siti Fatimah. Dahulunya digelar Gerai Matton di Bandar Tun Razak. Bermulanya gerai ini sejak tahun 1982, ketika kakak saya yang no. 6 dilahirkan. Alhamdulillah…sambutan dan permintaan kian bertambah, dari hari ke hari. Gerai Matton memang famous dahulunya dengan pelbagai jenis kuih-muih traditional dan makanan yang dibuat, hasil air tangan oleh Bonda dan Ayanda sendir. Pelbagai jenis bangsa, agama, peringkat umur suka berkunjung dan membeli juadah-juadah di Gerai Matton ni. Gerai ni pun pernah masuk berita dahulau, semas saya kecil lagi. Bonda dan ayahanda pun ada juga menyediakan “catering” service. Boleh dikira terkenal gak pada ketika itu. Siapalah tak kenal makanan masakan Mat Merlin dan Cik Eton. Pendek kata, digemari sehinggalah Bonda dan Ayahanda retired sepenuhnya pada tahun 2010. Pada ketika itu, saya masih berlajar di peringkat Diploma.


Namun begitu, permintaan tidak menyepi di situ. Ramai yang masih bertanya akan ketiadaan Gerai Matton sehinggalah abang saya sendiri mencadangkan untuk membuat restoran yang digelar Restoran Matton (kini). Alhamdulillah…Restoran ini telah beroperasi baru sahaja harini di:

No. 2, Jalan 13/144A
Taman Bukit Cheras
56000 Kuala Lumpur.

Restoran ni buka setiap hari Isnin, Rabu hingga Ahad (Selasa Cuti), bermula pada pukul 12.00 tengahari sehingga pukul 10.00 malam. Dan.. menu utama sebagai pembukaan adalah Mee Udang, Mee Ketam, Laksa Cheras, dan sebagainya. InsyaAllah…jumaat ini akan ada special promotion, iaitu Nasi Arab Hanith.

So, korang semua boleh la datang, bawak keluarga/ kawan dan jiran tertangga, ramai-ramai ke restoran family saya ni. InsyaAllah..korang takkan menyesal sebab kawan sendiri pun dah rasa masakan restoran ni semalam. Ok, itu sahaja. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

BOB – 013 3900 168 


TQ.

No comments:

Post a Comment