If U Like This Blog..HIT THE 'LIKE' BUTTON!!!

BOLEH SAYA BANTU?

Nama
Emel
No Telefon yang boleh dihubungi
Pernahkah anda mendengar mengenai Herbalife sebelum ini? Ya
Tidak
Boleh saya bantu untuk NAIK BERAT BADAN
TURUN BERAT BADAN
TAMBAH TENAGA
PERBAIKI TAHAP KESIHATAN
PERBAIKI MASALAH KULIT
PROGRAM SARAPAN SIHAT
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN
Sebarang maklumat tambahan/ pertanyaan

Put a website form like this on your site.

Wednesday, November 27, 2013

Audit di Jalanan...

Bismillah…

Hi semalam saya beru bercerita mengenai rezeki dan musibah kan? Ok. Harini saya ada story yang menarik untuk dikongsi! Al-kisahnya begini….

Peristiwa ini berlaku di Highway Mahameru, dekat-dekat area tanah runtuh dulu.

Harini, saya mengikuti supervisor kesayangan saya, K. Elmi dan senior EG untuk buat audit luar. Saya dan K. Elmi menaiki kereta, dan EG menunggang motor. Dalam perjalanan ke client's company di Genting Klang, kami pun berbual-bual la, bergosip-gosip macam tuh, tiba-tiba..”Dung!” kereta K. Elmi dilanggar oleh sebuah motorsikal. Motor tu cross ke hadapan jalan kami tanpa memberi signal. So, salah siapa? (Jawapan: Dia)

Kami yang sedang panic sekejap, dikejutkan lagi dengan motorsikal itu berhenti secara tiba-tiba dihadapan kami. Penunggang motor itu adalah seorang lelaki India bersama isterinya. Lelaki tu pun terus menyambar ke arah K. Elmi, terus membentak dan menarik tombol pintu (K. Elmi). Alhamdulillah…pintu kereta pada masa itu memang asalnya telah di’locked’ dari awal perjalanan ini. Kerana geramnya dan mungkin sayangkan bini, dia menyalahkan kami yang pada masa itu dalam keadaan terpinga-pinga. K. Elmi menyarankan untuk membuat report polis. Tapi..lelaki tu terus menumbuk side mirror sampai pecah! (Blurr sekejap!). Dan, dalam masa yang sama..saya pun menjengah no plat motor terbabit untuk membuat report polis kerana kes ini bukan salah kami. Lelaki India tu pun terus pergi menerjah saya pula. Beliau menyuruh kami berhenti di tepi highway ni. Jika dilihat dengan keadaan lelaki India yang bengis ni..memang tak la der nak berhenti! Apa lagi, kami pun terus beredar. Konon just nak buat report polis je lepas tu (T_T). So, rasa-rasa salah siapa? (Jawapan: Dia)

Sedar tak sedar, rupanya lelaki India tu mengejar kami dari belakang dan sewaktu kereta tengah bergerak perlahan..”Dung!” kena lagi sebijik! Side mirror belah saya pula dihentamnya. Lelaki India tu dengan selamba terus memecut, beredar dari situ. Sudahnya..K. Elmi bawa kereta dengan menggunakan tangan sebagai signal. Aduhh! Malu memang tak hengatt! Orang sekeliling semua pandang ke arah kami. Tapi nak buat macam mane? Buat derk jela. So, anda rasa salah siapa? (Jawapan: Dia)

Perasaan cuwak dan geram timbul ketika itu. Kami, selepas kejadian yang tak diingini tadi terus shoot mencari balai polis terdekatan, dan batalkan terus appointment dengan client untuk settlekan kes ini. At first, kami pergi ke Balai Polis Sentul. Tapi polis di kawasan terbabit tidak boleh menerima aduan ini kerana bukan dalam kawasan mereka. Mereka pun menyuruh kami pergi membuat aduan di Balai Polis Kepong. Sesampainya di sana, polis yang mengambil report kami terus mengambil report. Tapi yang tak bestnya, beliau sangat serius (kutuk ke apa ni?). Kami pun buat dek jela.. sehinggalah bila report telah di ambil, dan beliau menyuruh kami check aduan yang telah ditulis. “Encik, jalan cerita dah sedap dah..tapi banyak TYPO”. Alamak!! Salah suruh orang la pulak. Yang disuruh cek report tu adalah auditor (K. Elmi), . HaHaHa!!! Memang kena la polis tu. Dari muka yang agak serius terus tergelak. So, tadi kami sempat melembutkan sebatang kayu. Hehe. Sorry En Polis!

Then, dari Balai Polis Kepong, kami diarah ke Balai Polis Traves pula (dekat je dengan office), disebabkan kes kami ini berada dikawasan Traves dan ia merupakan kes jenayah, bukan accident. So, kiranya ini adalah balai polis ke-3 kami singgah untuk menyelesaikan kes ni. TAPI..
Balik-balik..Perghh! polis yang handle kes kami ni rupanya sarjan yang handle kes saya semasa kes ragut tempoh hari. Kantoi sudah! Mesti polis ni cakap, “Apa lagi la budak ni dah kena kalini." Haha! Lawak je.

Lepas aduan selesai dibuat, K. Elmi menghantar saya ke office, dan beliau terus pergi ke workshop untuk membaiki kerosakan side mirrorsnya. Cuuuwaaakkkss beb! Serius garang giler lelaki India tuh. Tu kira macam stock estate punya orang, yang bengisss! Tak tahulah kan.. polis memang akan panggil dia untuk cerita selanjutnya, Cuma keselamatan kami, lebih-lebih lagi K. Elmi ni agak merunsingkan. Khuatir jika "Lelaki India tu" akan hentam balik selepas kami membuat report polis ni. Na’uzubillah… minta-minta dijauhkan…


So, kiranya..dari pukul 9.45 pagi hinggalah 2.30 petang kami hanya berada di atas jalan raya..
al-kisahnya, tak jadi audit account client, tapi audit jalan jela…hehehe

Kesimpulannya: MANA LAH SIFAT SATU MALAYSIA YANG DI DOK GEMPAR GEMPURKAN? Dalam TV segalanya manis.. hakikatnya? Faham-faham sendirilah..

Ok. Sekian berita hari ini.. Daa~

No comments:

Post a Comment