SEBUAH PERTEMUAN. hurm.. Sesuai dengan apa yang aku nak cerita pada kali ini. Sebuah pertemuan ini bermula tatkala aku melangkah ke alam sekolah menegah (SMKBTS) pd 15 Jan 2003 (Khamis). Pada waktu itu, aku rasa tersangat-sangat bosan tukar ke sekolah baru. Terasa sangatlah berbeza…dan menyampah! Kawan semua perempuan..takde lelaki punn???
SIGMA…nama yang telah mencipta segalanya. Mencipta nama, persahabatan, kejayaan,kenangan, kepahitan, kemanisan…dan ke..ke..yang lain. Yang pasti, segalanya terpahat pada nama itu dan di situ ia bermula.
Masa tu, hatiku memberontak. “Kenapa aku ditentukanNya di sini? Kenapa kawan-kawan semua tak serupa bikin macam kawan sekulah rendahku? Aduhhh!! Bisingnya kelass!! Takde budak laki pun…boleh bising keh? Isykkk!!!” (gerutu hatiku).
Pada tahun itu, semua berpuak-puak. Geng Dewi la, Geng Ica la, Geng Sue la…menyampah aku dengar. Tapi puka-puak pn…kalau da sepakat, hilang semua geng. Bagus jugak dorang ni bila ada aktiviti=) Tahun berganti tahun…kami semakin rapat. No Geng, No Puakss, Semuanyer sama…(soo HEPY ENDING)
2005. Tahun yang penuh dengan cabaran…tahun PMR. Kami berusaha bersungguh-sungguh dalam mengulangkaji pelajaran. Almaklumlah! Orang tak ada tuisyen la katakan. Setiap subjek.. ade saja orang yang jadi tok guru tak bertauliah. Faha = guru sejarah, Abidah = guru BM, Sue = guru Science, Wani = guru Math, dan guru-guru sekalian...Tapi, dalam masa yang sama, Allah tidak kami lupakan. Mengaji, solat dan puasa sunat sudah menjadi sebati dalam hidup kami. Semakin lama kami di situ, semakin banyak ilmu agama ditimba Alhamdulillah…agaknya, inilah hikmahnya aku ditentukan di situ. Terima Kasih ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah. Budi kalian tidak akan kami lupa=)
"Tik tok Tik tok..alamak!! PMR lagi smiggu je lagi!!! Aduhhh!!" Semua dah macam mehngong je. Tapi mehngong2 pun…still malas jugak nak study. Haha. Kelakar je…
Aku teringat masa waktu exam. Kami bermain Tarian Naga, diketuai oleh Syikin. Bising bagai nak rak. Dan….sedang leka melompat-lompat naga atas katil dorm… “Dungggg!!! Pelajar, sekarang tgh xam. Kenape bising sangat nih…bla3…”(hahaha…Dorm Fatimah kene marah. Padan muka!). Alhamdulillah aku di Dorm Balqis masa tu. Uishhh!! Selamat nyah! haha=P
Esoknya…Ustazah Izan nangis. Dia risau pasal PMR kami sebab kami terlalu banyak bermain, walaupun semasa exam. Masa itulah adegan touching-touching berlaku. Kami minta maaf pada ustazah. Nak buat macam mana..? dah memang perangai batch kami cam gitu. Macam budak-budak…takleh nak watpa la en…huhu
Dan…masa result kuar. Agak terkejut la jugak. Batch kami dikatakan pecah rekod la dgn 4 orang 9A, 6 orang 8A, dan 5 orang 7A. Kira okay la kan..sekolah baru KAA dapat result macam tu, dari 33 orang pelajar yang ambil PMR tahun tu. Half from that lak dapat A dalam subjek KKQ. Alhamdulillah…
Selepas tu, ada yang pindah ke sekolah lain. FM, pelajar paling bijak ke MRSM Kuala Lipis; Anne, Dirah dan Fazi ke MRSM Serting; Faezah ke Kuala Berang, dan Miralam ke Intergom. AKU??? Aku tak pergi mana-mana. Walaupun pada waktu itu, aku mendapat tawaran ke sekulah yang boleh dikira agak bagus; MRSM Muadzam dan Teknik Cheras. Entah la…asal ea aku tak pergi? Mungkin jodoh kot di BTS ni. Hehe..
Berbekalkan kata-kata Ayahanda pengetua, aku semakin seronok belajar di BTS even sekolahku tak se‘fofular’ seperti sekolaah-sekolah yang lain. Masa tu, sebahagian sahabat sudah pergi (bye2!! T_T) bersama cita-cita mereka ke sekolah-sekolah yang lagi bagus dari BTS. Terasa sedih je bila dorang tak ada tapi, macam mana sekalipun, sahabat tetap sahabat. Ukhuwah kami takkan berkecai dek kerana perpisahan yang hanya sementara ni. Bila terdengar je lagu “Sebuah Pertemuan” (dari UNIC), kami akan merindui satu sama lain. Waktu tu memag suma takat leleh. Tapi tak pe…perjuangan perlu diteruskan. Impian yang berikut perlu dilaksanakan, tanpa lelah. Dan, pada tempoh itu, kami yang tiggal semakin bersemangat mengorak langkah, mencipta nama dan angan-angan untuk menjadi manusia yang berjasa pada sekolah, masyarakat, agama dan Negara (ayat skema dan bajet). Asal ada je pertandingan, kami akan naik ke pentas. Tawakal sane…Tawakal sini sampai dah kena "band" untuk join mana-mana competition dengan alasan dah banyak menang. Kecoh la! Dengki lettew. Ceh!! Nak wat cmne..? plajar lain takde semangat nak menang, kami pun rembat ajo hadiah tu. Siapa lagi yang nak ambil hadiah tu…kalau bukan kami. Betol x? (Tawakal = Sigma 2003)
2007. Tahun yang menentukan nasib kami..tahun terakhir, tahun SPM. Walaupun sibuk dengan career sebgai badan khas dan aktiviti-aktiviti sekolah…pelajaran tak pernah kami lupakan. Seperti biasa, ada yang dilantik sebagai cikgu-cikgu tuisyen yang tidak diberi gaji. Kami memasang strategi untuk belajar memandangkan jadual pun terlalu pack. Tapi…tak tahu la menjadi ke tak kan. Bajet "Pelajar Cemerlang". hehe
Berlajar punya berlajar…sampai la peperiksaan SPM, itu lagi macam sakai. Dorm dah mcm setinggan. Sampai pengetua (Pn. Rohana) pun dah geleng kapala. Masa tu, kami ada ‘kaunselor’ untuk reduce depression taw. Name dia ‘Laptop Game’. Sangat membantu masa semua dah mehngong2 study. Dan masa exam weeks tu juga aku menunjukkan bakat memasakku di rumah warden (Usth Izan). Ehem2…tak tahula sedap ke tak, tapi yang pasti sgat seronok masa tu…rasa macam kami semua duduk serumah. Yelah…junior kan dah lbalik rumah masing-masing..tinggal kami je. yeayyy!!!
4-12-2007, tamatlah exam SPM. Kami sempat bergambar dengan pengawas yang mengawas kami semasa exam dijalankan. Mereka sempat juga bagi advice yang membina kepada kami tentang masa depan. Terima Kasih Pengawas!! (sorry tak hengat nama. hehe). Perasaan sedih mula menjalar masa nak berpisah…dah 5 tahun kami sekelas. Terlalu banyak kenangan yang dicipta bersama..terlalu byk impian yg dikongsi bersama…tawa…tangis. Even tengah taip blog ni pun aku dah touching sorang-sorang. LUV U GUYS!!! Luv u damn much…. “tak penah dapat sahabat sehebat korang”. Itulah kata-kata kami bilakala kami merindui…..
Disebabkan sebuah pertemuan itulah…aku mendapat sahabat yang tidak luntur baiknya, tidak ternilai harganya, tidak terbayang keikhlasannya dan…
Yang pasti…
Tidak akan lupus dari ingatanku…selamanya…InsyaAllah….
"Kita ditakdir bersama
Ria gelak ketawa
Tangan menggenggam mesra
Melakar ceria
Indahnya suasana
Terbayang di mata
Senyummu seindah suria
Hidup lebih bermakna
Kongsi happy bersama
Ummph! jelas terasa"
(Lagu tema kelas. Dak Iqa mesti ingat. Aku tak berapa ingat. huhu)