If U Like This Blog..HIT THE 'LIKE' BUTTON!!!

BOLEH SAYA BANTU?

Nama
Emel
No Telefon yang boleh dihubungi
Pernahkah anda mendengar mengenai Herbalife sebelum ini? Ya
Tidak
Boleh saya bantu untuk NAIK BERAT BADAN
TURUN BERAT BADAN
TAMBAH TENAGA
PERBAIKI TAHAP KESIHATAN
PERBAIKI MASALAH KULIT
PROGRAM SARAPAN SIHAT
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN
Sebarang maklumat tambahan/ pertanyaan

Put a website form like this on your site.

Tuesday, April 8, 2014

Ragam Manusia Bila Tiba Waktu Sarapan

Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai satu topik yang selalu diendah orang ramai tetapi amat penting dalam kehidupan kita sebagai manusia yang hidup di atas muka bumi Allah ini.

Selalu saja bila di dalam kelas, pensyarah selalu bertanya kepada students, "Awak sudah sarapan pagi ini?? Kenapa nampak lembik je??" Ini lah ayat-ayat yang selalu sahaja ku dengari tatkala lammmmbaaat je beri response bila pensyarah menyoal. Deng! Dan..jawapannya pastilah ..."TIDAK!!" Ohh man!

Dengan alasan...:
  • Diet
  • Perut tak biasa makan waktu pagi
  • Tak sempat
  • Bangun lewat
  • Malas (yang ni memang alsan yang sangat popular)
Sebenarnya, sarapan pagi ini amat penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Bila badan kita sihat dan cergas sihat, akal fikiran pun boleh berfungsi dengan lebih baik, dan ianya menjadi penggerak kepada kehidupan kita sepanjang hari. Cuba kalau kita tidak makan atau makan makanan yang tidak berkhasiat tidak seimbang, akal fikiran kita juga tidak dapat berfikir dengan baik dek kerana kelaparan dan kurang tenaga. Bak kata orang-orang putih "loss function" hehe. Itulah penyebab-penyebab kepada lambat bertindak dan berfikir, dan pasif. Bila waktu pagi pun kita sudah lembik, bagaimana kita nak hadapi aktiviti seharian kita dengan lebih baik, bukan?

Apabila kita bangun daripada tidur, kadar glukosa dalam darah adalah di tahap rendah. Jadi, perlunya pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan pagi kerana ianya dapat membekalkan tenaga yang mencukupi kepada badan kita.

PEMILIHAN MAKANAN SEWAKTU BERSARAPAN

Ada 3 gaya manusia sewaktu tiba sarapan pagi:

Tidak Bersarapan:

Jika tidak bersarapan (ayat popular adalah "skip breakfast"), kadar glukosa dalam darah akan jatuh ke tahap yang rendah dan menyebabkan manusia berasa sangat lapar  (craving) dan kurang tenaga (low energy). Untuk menangani masalah tersebut, kebanyakan daripada kita akan makan makanan yang berat di waktu tengahari lebih dari kadar yang sepatutnya. Kesannya: kadar insulin akan diproduksi secara berlebihan, dan gula akan meningkat di dalam darah. Gula yang berlebihan akan menghasilkan lemak dan jika tindakan ini berlarutan, itulah terjadinya penyakit diabetic, over weight, gastric dan dll.

Bersarapan dengan Makanan yang tidak Seimbang


Tidak semua orang tidak bersarapan. Ada yang bersarapan hari-hari TETAPI...salah dalam cara pemilihan makanan di waktu pagi. Ini pun boleh dikatakan kes yang bahaya yang memang amalan tradisi nenek moyang kita sehingga kini; makan makanan yang berat dan tinggi kalori di waktu pagi. Jika anda bersarapan dengan makanan yang tinggi karbohidrat (cth: nasi lemak, roti canai, nasi goreng, nescaffee, teh tarik), kadar insulin akan melonjak naik lebih daripada paras normal, lantas menukarkan gula kepada lemak. Dan, pada waktu itu juga, pakreas akan berkerja lebih teruk untuk mengeluarkan insulin, yang membuatkan anda cepat lapar dan letih. Untuk menangani permasalahan ini, ada pula akan mengambil makanan lebih daripada kadar yang sepatutnya yang mana akan mengakibatkan obesiti, hipertensi, dll. jika tidak dikawal cara.

Bersarapan dengan Makanan Berkhasiat dan Seimbang

Part ini saya suka! Bersarapan dengan makanan yang cukup nutrisi, tinggi vitamin, amino asid dan fiber, rendah kalori dan gula, cukup sekadar diperlukan tubuh badan, bukan untuk memenuhi nafsu. Jika kita berjaya mendapatkan sarapan berkhasiat, pankreas pun tidak terlampau teruk bekerja, gula pun hanya sekadar bertukar menjadi tenaga diperlukan tubuh, tidak menjadi lemak. Dan..apa yang menarik sekali adalah anda tidak akan berasa lapar seperti keadaan bila tidak bersarapan atau makan makanan yang tinggi karbohidart di waktu pagi, anda akan lebih bertenaga sepanjang hari dan akal fikiran dapat berfungi dengan baik.

Kajian menunjukkan bahawa kadar purata kalori yang sepatutnya diambil bagi individu adalah:
  • 200 kalori (pagi)
  • 400 kalori (tengahri)
  • 400 kalori (malam)
TOTAL 1000 KALORI SEHARI

KOMEN SAYA:
Bagi saya, saya lebih suka mengambil nutrisi 1 2 3 Herbalife semasa bersarapan kerana ia memberikan pakej lengkap untuk kesihatan dan kecantikan tubuh badan, akal fikiran yang cerdas, dan tenaga yang diperlukan badan. Pakej 1 2 3 Herbalife mengandungi Aloevera Concentrated, Teamix with Hibiscus dan Formula Shake Herbalife. Ia dirumus khas untuk mencuci usus, membuang toxin dan mencuci badan, membakar kalori dan lemak, dan memberikan nutrisi yang diperlukan sel dan badan kita. Formula 1 2 3 sangat baik bagi mereka yang ingin menurunkan atau menaikkan berat badan, meningkatkan stamina tenaga, mencantikkan kulit dan memperbaiki masalah kesihatan (darah tinggi, kencing manis, strok, gastrik, dll.)

Akhir kata..."Al-aqlu salim fi jism salim..." -Minda yang cerdas datang dari badan yang sihat. Jika berminat untuk saya bantu, hubungi saya segera. Sekian...

NEED a COACH??
am YOUR COACH!
HANISA
013 255 8910
(Call/SMS/Wassap)


*Lihat Produk Dalaman Herbalife di SINI