If U Like This Blog..HIT THE 'LIKE' BUTTON!!!

BOLEH SAYA BANTU?

Nama
Emel
No Telefon yang boleh dihubungi
Pernahkah anda mendengar mengenai Herbalife sebelum ini? Ya
Tidak
Boleh saya bantu untuk NAIK BERAT BADAN
TURUN BERAT BADAN
TAMBAH TENAGA
PERBAIKI TAHAP KESIHATAN
PERBAIKI MASALAH KULIT
PROGRAM SARAPAN SIHAT
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN
Sebarang maklumat tambahan/ pertanyaan

Put a website form like this on your site.

Sunday, October 25, 2015

Syukurlah Allah Masih Sayangkan Dia

Hari ini dia pulang. Kepulangannya amat dinantikan kami sekeluarga. Sudah empat hari dia tidak pulang ke rumah. Risau. Kami hanya mampu berdoa agar Allah selamatkan dia dan beri dia kekuatan untuk terus pulih dari kesakitan yang dialaminya.

Hari itu, dia tidak keluar rumah seperti rutin hariannya, lepak bersama rakan-rakan. Dia tidur semula usai menunaikan solat Subuh. Aku hanya melihat dia tidur melingkar di katil ayahku. "Biarlah dia tidur. Kalau bangun awal pun, dia keluar rumah nanti". Bisik hati kecilku. Tapi pelik. Seharian dia tidak keluar rumah.

"Harini mak malas nak masak, mak masak nasi lemak je. Pandai-pandailah korang makan". Kata mak. "JE mak?" JE mak pun sudah sangat lazat bagi kami sebab mak bukan masak nasi lemak je, mak masak nasi lemak bersama sambal sotong dan sambal ikan bilis lagi. "Pehhh!! Hari ni first time Ica tambah nasi. Sedaplah mak!" Kataku. Sedang ķami menikmati makan tengahari, dia juga sibuk sama menyenduk nasi lemak di pinggannya. Ini agak musykil! Selalunya dia akan makan di rumah bila ibunya, Kak Long ku ada bersama dan memasakkan kuah tom yam untuk dia. Itu sahaja. Tapi hari ini terasa kelainannya. Dia tidak keluar rumah dan dia makan di rumah? Perubahan ini juga turut disedari oleh ahli keluarga yang lain. "Mungkin dia nak berubah kot." Bisikku...

Malam itu kami semua ke rumah saudara di Saujana untuk menghadiri majlis kenduri menyambut Ramadhan. Kami sekeluarga ke sana kecuali dia, abah dan Angah, tidak mahu turut serta. Lebih kurang 11.00 malam, kami tiba di rumah. Aku terus ke kamarku untuk menukar pakaian.

Tiba-tiba...

"Tuk! Tuk! Tukkkk!!! Ca buka pintu Ca." Angah bersuara dari luar. "Sekejap!"

Waktu aku keluar bilik, terdengar gemparan suaran di ruang tamu. Aku terus ke sana. "Chik teman aku Chik!" Gesa Angah kepada abangku dalam keadaan kelam kabut.

"Kenapa? Kenapa? Apa dah jadi dekat Haiqal??" Emakku melenting. Tidak semena-mena nama Haiqal terpacul keluar dari bibir emak. Angah tidak menjawab lantas terus keluar rumah bersama Bang Chik, abang sulungku. Aku terpinga-pinga. Aku melihat arah tuju kereta yang di pandu abang ku. Kalau ke kiri, nak keluar ke jalan besar tapi kalau ke kanan..... "Sah! Haiqal accident!" Kerana arah itu menghala ke HUKM, hospital berhampiran kawasan kediamanku. Melihat akan keadaan Angah yang kelam kabut dan pucat basi itu aku sudah dapat kujangkakan ada berita buruk telah menimpa. Pasrah...

Emakku tidak henti-henti menangis. "Apa dah jadi dekat Haiqal? Dia accident ke? Kenapa nak sorok dekat emak?" Bertubi-tubi soalan dilontarkan emak, namun, tiada siapa yang mampu menjawabnya. Hanya menunggu kepulangan Bang Chik dan Angah untuk mengesahkannya.

Setengah jam kemudian, bunyi kereta memakir di hadapan rumahku. Aku segera ke luar. Aku melihat Bang Chik sudah hampir terkulai lemah di sisi kereta namun sempat di sambut oleh Abang Ao, abangku seorang lagi. "Kenapa dengan Haiqal? Apa dah jadi dengan dia? Cakaplah Jal!" Emak merintih. "Haiqal accident. Mak buat solat Hajat mak. Doakan dia mak." Bang Chik bersuara lemah. Allahu Akbar....berderau jantungku mendengar akan kebenaran tanggapanku itu. Naluri seorang nenek memang benar.

"Ya Allah, selamatkanlah anak buahku Haiqal." Doa yang tidak putus-putus aku panjatkan dalam Hajatku. Tatkala aku menitiskan air mata, terasa ada suatu naluri halus meresap di jiwa mengatakan yang dia akan selamat. Alhamdulillah...usai solat Hajat, aku tenang.

Malam itu, kami sekeluarga tidak dapat tidur lena. Masing-masing menunaikan solat hajat, berzikir dan mengaji memohon hajat daripada-Nya. Melihatkan perihal itu, buatku tersedar betapa kita sebagai hamba Allah tidak pernah lari dari fitrah-Nya, iaitu mengabdikan diri kepada-Nya. Dan, perkara itu juga buatku tersedar akan kata-kata "Bila susah, baru ingat Allah. Masa senang, tidak pula rasa bersyukur dan menambahkan lagi ibadah kepada-Nya." Allahu Rabbi...

"Doktor kata, Haiqal mengalami patah rahang dan kaki. InsyaAllah akan ada next operation nanti." Kata Angah.

Syukurlah, Allah masih sayangkan dia. Diberinya peluang untuk bertaubat kepada-Nya dan perbaiki kesilapan diri. Tidak dapat kubayangkan jika Dia tarik nyawa kita sebelum kita sempat untuk bertaubat dan memohon maaf kepada orang-orang yang pernah kita sakiti. Mungkin ada hikmahnya mengapa Allah turunkan ujian ini ke atas dia dan keluargaku. Moga kejadian ini menjadikan kami lebih dekat kepada-Nya, lebih berhati-hati dalam mengemudi hidup di atas muka bumi ini....

Dan kepada Haiqal, doa Ucu agar Haiqal cepat sembuh, dan terus-terusan berusaha menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Insya-Allah..



Alhamdulillah...Allah masih sayangkan dia...




Hanz.
26 Mei 2015