If U Like This Blog..HIT THE 'LIKE' BUTTON!!!

BOLEH SAYA BANTU?

Nama
Emel
No Telefon yang boleh dihubungi
Pernahkah anda mendengar mengenai Herbalife sebelum ini? Ya
Tidak
Boleh saya bantu untuk NAIK BERAT BADAN
TURUN BERAT BADAN
TAMBAH TENAGA
PERBAIKI TAHAP KESIHATAN
PERBAIKI MASALAH KULIT
PROGRAM SARAPAN SIHAT
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN
Sebarang maklumat tambahan/ pertanyaan

Put a website form like this on your site.

Sunday, January 3, 2016

New Year @ Broga. Satu Permulaan…

Alhamdulillah tahun baru lalu, saya berkesempatan untuk mencoret pengalaman menawan Broga (bajet macam Gunung Everest lar sangat! hihi) bersama sahabat sekolah rendah. Ni boleh dikira pertama kali kami buat aktiviti bersama. Sebelum ni hanya datang raya je, tu pun di rumah Puan Rihana, guru kelas kami.

So, perjalanan kami bermula pada pukul 2.30 pagi, dan pada waktu itu juga handphone saya bingit berdering-dering dek kerana semua excited nak kejutkan kawan-kawan. Saya sempat nap sejam lebih je, dan ada juga tak boleh tidur mnegnangkan esok sebelum Subuh nak gerak ke Broga. Excited! Hehe

Kami bertolak pada pukul 2.30 pagi, Rafiq mengambil saya, Eti dan Rashid dengan menaiki kereta Naza sebab rumah kami berdekatan. Kemudian kami ke Alam Damai dan THO untuk mengambil Sri dan Cik Pipah pula. Total yang join ketika itu dalam 20 orang, termasuk geng kawan uni saya, Abear dan kawan office, Jue dan Quque. Kami memulakan pendakian pada pukul 4.15 pagi dan perjalanan pun bermula.

Masa pendakian, kami memang tak set dari awalnya sebab niat asal memang nak mendaki secara "lalalala~" je. Dan kerana kami bersama geng yang ramai, jadi tak semua boleh mendaki secara molek, ada yang kurang stamina dan ada yang semput, yang lemah-gemalai pun ada, dan ada juga macam tak tahu langsung car-cara nak mendaki bukit yang sekangkang kera ni, HaHaHa... nasib lah badan oooii! So, upacara tunggu-menunggu kawan-kawan tu telak dipraktikkan pada ketika itu. yeh. Tapi normally, untuk sampai ke puncak mengambil masa selama 45 minit - 1 jam je.

Pukul 5.00 pg, kami sampai ke kawasan rata (stage sebelum sampai ke Puncak) dan lepak agak lama di sana sementara menunggu azan Subuh. Ada yang sempat tidur lagi taw. Haha. Siapakah?? :)

Usai solat, kami meneruskan pendakian ke puncak Broga. Allah. Memang ramai umat manusia ketika itu. Yelah, nak sambung New Year la katakana. Jadi, perjalanan kami tidak smooth seperti yang digambarkan kerana terpaksa Q untuk mendaki bukit ni, memang sangat tak best. Mengikut penjaga Broga, haritu memang terlalu ramai orang berkunjung di situ. sebelum ni kunjungan biasa-biasa je. No wonder la kena mendaki macam siput sedut:(

K, ni saya share gambar-gambar di Broga. enjoy!


Sebelum pulang, kami sempat singgah di Empangan Langat. Ramai orang cakap pemandangan dia cantik. Tapi hakikatnya....
Waduhhh!! Cantik banget deyh pemandangannya. Nak buat wedding photo-shoot memang molek bangat nih. hihihi


Kami terpaksa pulang awal haritu sebab Jumaat, so lelaki nak kena solat. Lepas lunch, Rafiq pun menghantarlah sorang-sorang ke rumah masing-masing. 
Dan...itulah al-kisahnya...
Nanti saya akan share kembara saya dengan kawan office di suatu tempat pulak. Stay tune!

-Hanz-