If U Like This Blog..HIT THE 'LIKE' BUTTON!!!

BOLEH SAYA BANTU?

Nama
Emel
No Telefon yang boleh dihubungi
Pernahkah anda mendengar mengenai Herbalife sebelum ini? Ya
Tidak
Boleh saya bantu untuk NAIK BERAT BADAN
TURUN BERAT BADAN
TAMBAH TENAGA
PERBAIKI TAHAP KESIHATAN
PERBAIKI MASALAH KULIT
PROGRAM SARAPAN SIHAT
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN
Sebarang maklumat tambahan/ pertanyaan

Put a website form like this on your site.

Friday, May 20, 2016

Short Vacay Bajet Langkawi

Assalamualaikum…Hi!!!

Hari ni saya nak share mengenai pengalaman bercuti di Pulau Langkawi bersama geng single-minggle. HEHE. 

Pada 27 – 29 Jan 2016, kami telah merancang untuk bercuti ke Langkawi, jauh dari kesibukan kerja dan kota. Biasalah, kerja dalam kewangan syarikat.. macam-macam isu perlu di uruskan. Otak pun dah "ting-tong" dibuatnya. Excited punya la hai nak pergi ke Langkawi ni sebab tak perlu pergi kerjaaaa.. yeahhhh!!! Tu je reason exciitednya sebab sebenarnya semua dah pernah pergi ke pulau ni pun. Haha

27 JAN (RABU)
Kami applied half day leave sebab masing-masing sayangkan cuti dengan harapan cuti yang berbaki tu nak simpan untuk interview next company. Haha hampeh betol!

Kami berangkat pada pukul 5.45 ptg dengan menaiki pesawat Malindo Air dengan rate promo  RM120.00 (pergi-balik). Murah kan? Sampai-sampai terus je kami solat Maghrib dan ke Hotel Seri Mutiara Pekan Kuah (not recommended for those yang suka shopping coklat sebab jauh ke dalam. Kami pun tak perasan location hotel ni. Tengok di Mr Google macam dalam Pekan Kuah, rupanya indah google dari rupa =(. Pukul 9.00 mlm kami tiba di hotel untuk mengambil Ain (kawan saya dari Kelatan) dan terus ke pasar malam Kuah untuk makan malam.

28 JAN (KHAMIS)
This is the busiest day ever in exploring Langkawi sebab masa yang sangat limited dan kami commit untuk penuhkan segala aktiviti sebaik mungkin dengan moto “Jalan sampai lebam" Haha
Kami bertolak ke Telaga 7 pada pukul 7.30 pagi selepas menunaikan solat Subuh dan sampai di kaki gunung lebih kurang 8.10 pagi. Untuk ke Telaga 7, perlukan tenaga untuk mendaki anak-anak tangga dalam masa 25 minit. Memang tercungap-cungap bagi mereka yang kurang aktif tapi still korang kena cuba. Baru style! Haha

 Subhanallah..lihatlah pemandangan di Telaga 7 ni. cantikkan?

“Orang” kata, T7 ni ada kisahnya yang tersendiri. Yela..Pulau Langkawi kan, memang tidak terlepas dengan kisah sejarah dan mitosnya..ye dok?
T7 berasal dari kisah tujuh puteri dari kayangan turun ke dunia untuk bermandi-manda. So ada 7 telaga, cukuplar sorang satu. Dan melalui scientifiknya pula, dikhabarkan setiap telaga punyai mineral yang berbeza-beza dan siapa yang mandi di Telaga 7 ni boleh mencantikkan kulit. Wallahu A’lam..sebab saya pun masih belum mengkaji lagi. Telaga 7 ni agak licin dan dalam siket, so berhati-hati yer. Dan please beware kat sini sebab ada geng penyamun di sini (Pak Kera). Pak Kera dah rembat Butterschoth kami semasa mandi di sini. Sadis!
Selepas itu, kami terus ke Temurun Waterfall. Ini lagi sedih sebab plan nak mandi air terjun ni tapi sampai-sampai air sudah kering. Rupa-rupanya kena panjat lagi untuk jumpe air terjun yang cantik di sini. Kami dengan perasaan terkilan terus melangkah ke destinasi seterusnya.
Then, kami terus ke Pantai Pasir Tengkorak. Pantai ni kira private beach lar. Allah .. Memang cantik. Lagi cantik dari Cenang. Kami main-main air dan ke destinasi lain.


Singgah di sebuah surau untuk menukar pakaian, dan kami terus ke Idaman Suri. Terpaksa pergi ke sini dulu sebab esok kedai ni tutup. Otw ke Idaman Suri, sempat juga menyinggah di Pantai Tanjung Yuu sebab pantai dia tersangat lawa. Hahaha dan memang nak jelajah satu Langkawi pun.
Sampailah ke Idaman Suri. Inagatkan ada jual coklat. Rupanya tempat golongan suri rumah. Patut ler mak aku beria benor suruh pergi sini. Ceit! Walaupun bukan kena dengan tujuan kami, tetap juga shopping! Kah3

Selepas itu, kami ke Malibest Hotel Pantai Cenang untuk check-in hotel dan Island Hoping. Di sini servis dia slow tapi bilik di superb besar! Boleh la kalau sesiapa yang punyai keluarga besar untuk menginap di sini, lebih selesa.
Aktiviti di Island Hoping dan; snorkling di Pulau Intan (formerly known as Pulau Kentut. Haha busuk punya nama). Boleh recommend abang ni sebab sewa snorkling dia murah je (RM10) dan abang ni tak kedekut. Dia bawak kami melawat 4 pulau sampai kamilah geng yang paling lambat balik ke Pulau Langkawi.

Lepakss dengan foreigners uollss.
Kami pulang pada pukul 6.30 ptg.

Malam tu, kami bersiap ke HIG di Pekan Kuah sebab ramai sangat orang kirim coklat, terpaksa pergi awal pada waktu malam supaya senang esok tak pening carik coklat dan takut coklat cair dengan keadaan cuaca terik di sini.
Inilah hasil tangkapan pada hari itu. Taraaahhhh!

After that, kami ke Restoran Nelayan Bukit Mulut. Harga seafood di sini memang sangat berbaloi dan sedap terutama sotong goreng tepung dia. Memang terbaik.! Makan seafood kat KL pun tak sesedap sotong goreng di sini. Total seorang dalam RM18 je sekepala.

29 JAN (JUMAAT)
Pagi-pagi lagi kami terus bersiap ke SkyCab. Kami hanya menikmati pakej basic sahaja (Skycab + Skydome + Skyrex) berharga RM32 seorang (dengan Mykad) sebab masa yang sangat rush.
After that, terus bali ke hotel dan check-out.

Kami sempat ke Padang Matsirat untuk shopping kain batik dan minyak gamat, serta lunch.
Then, terus ke Pekan Kuah untuk shopping kali terakhir. Pukul 4.30, kami gerak menghantar Ain di jeti dan kami beransur ke airport.

5.50 ptg…BYE-BYE 

Total Bajet (3H2M):
  • Flight pergi - balik : RM120 (Malindo Air)
  • Accomodation (Kuah dan Pantai Cenang) inc Island Hoping dan snorkling: RM70
  • Kereta sewa: RM30
  • Minyak: RM10
  • SkyCab: RM32
  • Makan (termasuk dinner seafood): RM50
Total RM312 seorang (Tak termasuk shopping)
Suggestion saya, kalau nak pergi Langkawi dengan kawan..please spend 4 hari di sana. kami dah menyesal sebab book flight awal sebelum arrange aktiviti di sana. Sebenarnya Langkawi banyak tempat yang boleh explore lagi-lagi bila travel dengan kawan-kawan ni. Tempat-tempat bersejarah ada, tempat berekreasi ada, tempat makan ada, tempat buang duit pun ada. Sangat lengkap!S o, please arrange your activities first ye kawan-kawan. Selamat berjalan!

Sunday, January 3, 2016

New Year @ Broga. Satu Permulaan…

Alhamdulillah tahun baru lalu, saya berkesempatan untuk mencoret pengalaman menawan Broga (bajet macam Gunung Everest lar sangat! hihi) bersama sahabat sekolah rendah. Ni boleh dikira pertama kali kami buat aktiviti bersama. Sebelum ni hanya datang raya je, tu pun di rumah Puan Rihana, guru kelas kami.

So, perjalanan kami bermula pada pukul 2.30 pagi, dan pada waktu itu juga handphone saya bingit berdering-dering dek kerana semua excited nak kejutkan kawan-kawan. Saya sempat nap sejam lebih je, dan ada juga tak boleh tidur mnegnangkan esok sebelum Subuh nak gerak ke Broga. Excited! Hehe

Kami bertolak pada pukul 2.30 pagi, Rafiq mengambil saya, Eti dan Rashid dengan menaiki kereta Naza sebab rumah kami berdekatan. Kemudian kami ke Alam Damai dan THO untuk mengambil Sri dan Cik Pipah pula. Total yang join ketika itu dalam 20 orang, termasuk geng kawan uni saya, Abear dan kawan office, Jue dan Quque. Kami memulakan pendakian pada pukul 4.15 pagi dan perjalanan pun bermula.

Masa pendakian, kami memang tak set dari awalnya sebab niat asal memang nak mendaki secara "lalalala~" je. Dan kerana kami bersama geng yang ramai, jadi tak semua boleh mendaki secara molek, ada yang kurang stamina dan ada yang semput, yang lemah-gemalai pun ada, dan ada juga macam tak tahu langsung car-cara nak mendaki bukit yang sekangkang kera ni, HaHaHa... nasib lah badan oooii! So, upacara tunggu-menunggu kawan-kawan tu telak dipraktikkan pada ketika itu. yeh. Tapi normally, untuk sampai ke puncak mengambil masa selama 45 minit - 1 jam je.

Pukul 5.00 pg, kami sampai ke kawasan rata (stage sebelum sampai ke Puncak) dan lepak agak lama di sana sementara menunggu azan Subuh. Ada yang sempat tidur lagi taw. Haha. Siapakah?? :)

Usai solat, kami meneruskan pendakian ke puncak Broga. Allah. Memang ramai umat manusia ketika itu. Yelah, nak sambung New Year la katakana. Jadi, perjalanan kami tidak smooth seperti yang digambarkan kerana terpaksa Q untuk mendaki bukit ni, memang sangat tak best. Mengikut penjaga Broga, haritu memang terlalu ramai orang berkunjung di situ. sebelum ni kunjungan biasa-biasa je. No wonder la kena mendaki macam siput sedut:(

K, ni saya share gambar-gambar di Broga. enjoy!


Sebelum pulang, kami sempat singgah di Empangan Langat. Ramai orang cakap pemandangan dia cantik. Tapi hakikatnya....
Waduhhh!! Cantik banget deyh pemandangannya. Nak buat wedding photo-shoot memang molek bangat nih. hihihi


Kami terpaksa pulang awal haritu sebab Jumaat, so lelaki nak kena solat. Lepas lunch, Rafiq pun menghantarlah sorang-sorang ke rumah masing-masing. 
Dan...itulah al-kisahnya...
Nanti saya akan share kembara saya dengan kawan office di suatu tempat pulak. Stay tune!

-Hanz-

Monday, December 21, 2015

REVIEW HERBALIFE CLEANSER

Harini saya tersangatlah excited untuk membuat review mengenai Herbalife SKIN sebab result SKIN memang already proven for 7 days and I’ve already tested on my skin. Perhhh! Om puteh sseyh!

Kla, kalini saya nak share mengenai Herbalife SKIN cleanser. Untuk SKIN, ada 2 jenis cleanser: Polishing Citrus Cleanser (normal-to-oily skin type) dan Soothing Aloe Cleanser (norma-to-dry skin type).
Pinjam tangan orang lain. hehe

Secara general, kenapa suka guna Herbalife SKIN ni sebab:
  • Semulajadi dan tiada bahan kimia (sesuai untuk semua jenis kulit termasuk sensitif)
  • Paraben dan Sulphate FREE
  • Membersihkan kulit secara mendalam
  • Testure sangat lembut
  • kulit rasa sangat fresh lepas guna

saya memakai Polishing Citrus Cleanser sebab kulit saya jenis berminyak. Kalau tepek tisu kat muka tu, memang minyak sekatilah melekat di tisu tu. Saya amat suka guna produk ni sebab kulit wajah saya sangat-sangat sensitive, berminyak dan berjerawat. Saya dah cuba pakai macam-macam produk dan pergi ke macam-macam specialist center tapi still juga tak berhasil, ada yang makin teruk dan ada yang ok tapi kos dia Allah boleh bankrupt saya!

Then, bila dah cuba Herbalife ni memang kena sangat dengan kulit saya. First time pakai produk yang boleh masuk dengan kulit. Kulit pun dah makin kurang berminyak, jerawat tinggal tanda sikit-sikit je. Kalau basuh muka dengan cleanser Herbalife ni memang terasa fresh dan soft gitu. Ni bukan nak propa yer, saya memang guna Herbalife ni and I fall in love with it! Ahahah. Yang paling best ialah ianya tahan lama, boleh tahan dari 6 bulan ke atas. Memang amat menjimatkan bagi saya yang baru merangkak-rangkak untuk mencari duit ni kan. Haha


So, my conclusion is please try Herbalife SKIN. There’s no doubt about it!

Sunday, October 25, 2015

Syukurlah Allah Masih Sayangkan Dia

Hari ini dia pulang. Kepulangannya amat dinantikan kami sekeluarga. Sudah empat hari dia tidak pulang ke rumah. Risau. Kami hanya mampu berdoa agar Allah selamatkan dia dan beri dia kekuatan untuk terus pulih dari kesakitan yang dialaminya.

Hari itu, dia tidak keluar rumah seperti rutin hariannya, lepak bersama rakan-rakan. Dia tidur semula usai menunaikan solat Subuh. Aku hanya melihat dia tidur melingkar di katil ayahku. "Biarlah dia tidur. Kalau bangun awal pun, dia keluar rumah nanti". Bisik hati kecilku. Tapi pelik. Seharian dia tidak keluar rumah.

"Harini mak malas nak masak, mak masak nasi lemak je. Pandai-pandailah korang makan". Kata mak. "JE mak?" JE mak pun sudah sangat lazat bagi kami sebab mak bukan masak nasi lemak je, mak masak nasi lemak bersama sambal sotong dan sambal ikan bilis lagi. "Pehhh!! Hari ni first time Ica tambah nasi. Sedaplah mak!" Kataku. Sedang Ä·ami menikmati makan tengahari, dia juga sibuk sama menyenduk nasi lemak di pinggannya. Ini agak musykil! Selalunya dia akan makan di rumah bila ibunya, Kak Long ku ada bersama dan memasakkan kuah tom yam untuk dia. Itu sahaja. Tapi hari ini terasa kelainannya. Dia tidak keluar rumah dan dia makan di rumah? Perubahan ini juga turut disedari oleh ahli keluarga yang lain. "Mungkin dia nak berubah kot." Bisikku...

Malam itu kami semua ke rumah saudara di Saujana untuk menghadiri majlis kenduri menyambut Ramadhan. Kami sekeluarga ke sana kecuali dia, abah dan Angah, tidak mahu turut serta. Lebih kurang 11.00 malam, kami tiba di rumah. Aku terus ke kamarku untuk menukar pakaian.

Tiba-tiba...

"Tuk! Tuk! Tukkkk!!! Ca buka pintu Ca." Angah bersuara dari luar. "Sekejap!"

Waktu aku keluar bilik, terdengar gemparan suaran di ruang tamu. Aku terus ke sana. "Chik teman aku Chik!" Gesa Angah kepada abangku dalam keadaan kelam kabut.

"Kenapa? Kenapa? Apa dah jadi dekat Haiqal??" Emakku melenting. Tidak semena-mena nama Haiqal terpacul keluar dari bibir emak. Angah tidak menjawab lantas terus keluar rumah bersama Bang Chik, abang sulungku. Aku terpinga-pinga. Aku melihat arah tuju kereta yang di pandu abang ku. Kalau ke kiri, nak keluar ke jalan besar tapi kalau ke kanan..... "Sah! Haiqal accident!" Kerana arah itu menghala ke HUKM, hospital berhampiran kawasan kediamanku. Melihat akan keadaan Angah yang kelam kabut dan pucat basi itu aku sudah dapat kujangkakan ada berita buruk telah menimpa. Pasrah...

Emakku tidak henti-henti menangis. "Apa dah jadi dekat Haiqal? Dia accident ke? Kenapa nak sorok dekat emak?" Bertubi-tubi soalan dilontarkan emak, namun, tiada siapa yang mampu menjawabnya. Hanya menunggu kepulangan Bang Chik dan Angah untuk mengesahkannya.

Setengah jam kemudian, bunyi kereta memakir di hadapan rumahku. Aku segera ke luar. Aku melihat Bang Chik sudah hampir terkulai lemah di sisi kereta namun sempat di sambut oleh Abang Ao, abangku seorang lagi. "Kenapa dengan Haiqal? Apa dah jadi dengan dia? Cakaplah Jal!" Emak merintih. "Haiqal accident. Mak buat solat Hajat mak. Doakan dia mak." Bang Chik bersuara lemah. Allahu Akbar....berderau jantungku mendengar akan kebenaran tanggapanku itu. Naluri seorang nenek memang benar.

"Ya Allah, selamatkanlah anak buahku Haiqal." Doa yang tidak putus-putus aku panjatkan dalam Hajatku. Tatkala aku menitiskan air mata, terasa ada suatu naluri halus meresap di jiwa mengatakan yang dia akan selamat. Alhamdulillah...usai solat Hajat, aku tenang.

Malam itu, kami sekeluarga tidak dapat tidur lena. Masing-masing menunaikan solat hajat, berzikir dan mengaji memohon hajat daripada-Nya. Melihatkan perihal itu, buatku tersedar betapa kita sebagai hamba Allah tidak pernah lari dari fitrah-Nya, iaitu mengabdikan diri kepada-Nya. Dan, perkara itu juga buatku tersedar akan kata-kata "Bila susah, baru ingat Allah. Masa senang, tidak pula rasa bersyukur dan menambahkan lagi ibadah kepada-Nya." Allahu Rabbi...

"Doktor kata, Haiqal mengalami patah rahang dan kaki. InsyaAllah akan ada next operation nanti." Kata Angah.

Syukurlah, Allah masih sayangkan dia. Diberinya peluang untuk bertaubat kepada-Nya dan perbaiki kesilapan diri. Tidak dapat kubayangkan jika Dia tarik nyawa kita sebelum kita sempat untuk bertaubat dan memohon maaf kepada orang-orang yang pernah kita sakiti. Mungkin ada hikmahnya mengapa Allah turunkan ujian ini ke atas dia dan keluargaku. Moga kejadian ini menjadikan kami lebih dekat kepada-Nya, lebih berhati-hati dalam mengemudi hidup di atas muka bumi ini....

Dan kepada Haiqal, doa Ucu agar Haiqal cepat sembuh, dan terus-terusan berusaha menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Insya-Allah..



Alhamdulillah...Allah masih sayangkan dia...




Hanz.
26 Mei 2015



Friday, June 26, 2015

Herbalife Mahal Ke..??

Assalamualaikum...dan salam sejahtera!

"Mahalnya harga produk. Dik, tak boleh bagi diskaun ke?"

Inilah sms-sms dan whatsap-whatsap panas yang telah saya terima acap kali memberi respon harga kepada insan-insan terpilih yang punyai impian untuk menjadi lebih sihat, lebih cantik dan lebih bertenaga. Saya sendiri tidak pernah bertanya soalan seperti ini kepada coach saya dahulu.

Herbalife. Mahal ke??

Saya tanya anda sekarang.

Mahal sangat ke Herbalife ni jika dibanding dengan bill hospital yang semakin hari semakin tinggi melangit dek kerana masalah kesihatan yang masih belum pulih?

Mahal sangat ke Herbalife ni jika dibanding dengan produk-produk kesihatan tradisional mahupun modern yang sering bertukar silih-berganti bila kadar kesihatan tidak juga menurun?

Mahal sangat ke Herbalife ni jika dibanding dengan produk-produk turun berat badan yang murah tetapi tidak berkesan? Tidak berkesan yang itu, dicuba pula produk yang lain, dan sebagainya.

Mahal sangat ke Herbalife ni jika dibanding dengan produk-produk supplement kesihatan yang masih lagi dalam status "ragu-ragu" dan tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, namun diredah jua dek kerana ingin kelihatan cantik menawan?

Mahal sangat ke Herballife ni jika di banding dengan produk-produk yang mendapat kesan dengan sepantas kilat, namun hakikatnya mendapat kesan negatif bila selalu digunakan atau bila berhenti dari menggunakan produk-produk tersebut?

Mahal sangat ke Herbalife ni jika dibanding dengan susu-susu dan supplement-supplement untuk menaikkan berat badan dan meningkatkan otot fizikal diri yang kebanyakan darinya punyai kadar lemak yang tinggi dan tidak bagus kepada tubuh badan?

Mahal sangat ke Herbalife ni jika dibanding dengan fast foods yang sering dinikmati tatkala hujung minggu? Bukan lemak berkurangan, bahkan makin naik mendadak.

Mahal sangat ke Herbalife ni jika dibanding dengan makanan-makanan kebanyakan rakyat Malaysia yang hakikatnya segalanya tinngi?? Tinggi LEMAK, tinggi GULA, tinggi GI, tinngi KALORI, tetapi rendah TENAGA, rendah NUTRISI.

Mahal sangat ke Herbalife ni jika dibanding dengan kehebatan gadget-gadget yang tidak mampu memberikan kesihatan dan kecantikan kepada kita?

Mahal sangat ke Herbalife ni jika LEBIH 80 JUTA pengguna BERPUAS HATI, sudah berada di LEBIH 90 BUAH NEGARA, mempunyai PAKAR-PAKAR KESIHATAN dan NUTRISI dan pemenang NOBLE LAUREATE?


Mahal sangat ke Herbalife ni??

ANDA rasa?

Baca. Fikir. Nilai. dan buat Keputusan.

Saya bukannya marah atau apa, kadang-kala saya rasa sedikit kecewa bila ada yang memberi respon Herbalife ni mahal namun masih mampu membeli benda lain yang kurang bermanfaat kepada diri. Bila diteliti, kita boleh nilai sendiri tahap keseriusan seseorang untuk berubah ke arah lebih baik. Saya bermula dengan Herbalife sebagai pengguna dengan berstatus seorang "pelajar", dan saya seorang sentiasa menilai baik dan buruk sesuatu barangan sebelum saya membeli. Kerana saya tahu akan kebaikan Herbalife, saya terus membeli tanpa banyak alasan kerana saya mahu sihat, saya mahu bertenaga untuk berlajar dan bersukan, saya mahu berat badan yang ideal, saya mahu kulit yang cantik, saya mahu menjaga badan saya sampai ke akhirnya. Kerana itu, saya memilih Herbalife dan saya telah menggunakan Herbalife selama 3 tahun. Alhamdulillah...hasilnya ke atas diri sangat hebat dan ramai yang menegur perubahan saya walau ke mana saya berada.

So, pokoknya di sini. NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH.

Jika sahabat-sahabat punyai niat yang ikhlas untuk berubah ke arah hidup yang lebih baik. Pasti ada jalannya. To change for a better, there is no excuses!

Saya teringat satu cerita daripada seorang Coach Herbalife, Unty Rose namanya. Beliau punyai customer (saya terlupa nama beliau) yang berpenyakit kulit yang kronik. kulitnya bersopak-sopak dan kemerahan. Sangat sensitif. Beliau inginkan Herbalife untuk mengubati masalah penyakit beliau namun, kekangan kewangan membuatkan beliau tidak mampu membeli nutrisi Herbalife. Walau bagaimanapun, kerana benar-benar ingin berubah dan pulih, beliau sanggup bangun di waktu pagi untuk membuat kuih dan menjual kuih-kuih tersebut. Hasil daripada jualan kuih itu digunakan untuk membeli produk Herbalife. Alhamdulillah...berkat kesabaran beliau dan niat beliau, Allah dengar doa dan lihat usaha beliau. Masalah kulit beliau beransur pulih hari demi hari. Saya melihat sendiri perubahan kulit yang berlaku ke atas diri beliau melalui gambar-gambar yang ditunjukkan oleh Unty Rose. Saya sangat tersentuh dan rasa bersyukur dalam diri kerana tidak sampai ke tahap seperti beliau untuk berubah. 

Jadi, saya harap para pembaca yang ingin berubah, teruskanlah berusaha. Jangan pernah mengalah dan kecundang di tengah jalan atau sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja untuk berubah. Kadang-kala ianya hanya sekadar nafsu sahaja untuk berubah, bukannya benar-benar dari hati yang ikhlas. Jadi, cek balik diri samada anda serius atau tidak. Jika benar-benar serius, Cari saya ok?

Assalamualaikum...

Hanisa
018 266 0082
sms/wsp