Assalamualaikum…Hi!!!
Hari ni saya nak share
mengenai pengalaman bercuti di Pulau Langkawi bersama geng single-minggle.
HEHE.
Pada 27 – 29 Jan 2016, kami telah merancang untuk bercuti ke Langkawi, jauh dari kesibukan kerja dan kota. Biasalah, kerja dalam kewangan syarikat.. macam-macam isu perlu di uruskan. Otak pun dah "ting-tong" dibuatnya. Excited punya la hai nak pergi ke Langkawi ni sebab tak perlu pergi kerjaaaa.. yeahhhh!!! Tu je reason exciitednya sebab sebenarnya semua dah pernah pergi ke pulau ni pun. Haha
Pada 27 – 29 Jan 2016, kami telah merancang untuk bercuti ke Langkawi, jauh dari kesibukan kerja dan kota. Biasalah, kerja dalam kewangan syarikat.. macam-macam isu perlu di uruskan. Otak pun dah "ting-tong" dibuatnya. Excited punya la hai nak pergi ke Langkawi ni sebab tak perlu pergi kerjaaaa.. yeahhhh!!! Tu je reason exciitednya sebab sebenarnya semua dah pernah pergi ke pulau ni pun. Haha
27 JAN (RABU)
Kami applied half day leave sebab
masing-masing sayangkan cuti dengan harapan cuti
yang berbaki tu nak simpan untuk interview next company. Haha hampeh betol!
Kami berangkat pada pukul 5.45
ptg dengan menaiki pesawat Malindo Air dengan rate promo RM120.00 (pergi-balik). Murah kan? Sampai-sampai
terus je kami solat Maghrib dan ke Hotel Seri Mutiara Pekan Kuah (not
recommended for those yang suka shopping coklat sebab jauh ke dalam. Kami pun
tak perasan location hotel ni. Tengok di Mr Google macam dalam Pekan Kuah, rupanya
indah google dari rupa =(. Pukul 9.00 mlm kami tiba di hotel untuk mengambil
Ain (kawan saya dari Kelatan) dan terus ke pasar malam Kuah untuk makan malam.
28 JAN (KHAMIS)
This is the busiest day ever in exploring
Langkawi sebab masa yang sangat limited dan kami commit untuk penuhkan segala aktiviti
sebaik mungkin dengan moto “Jalan sampai lebam" Haha
Kami bertolak ke Telaga 7 pada
pukul 7.30 pagi selepas menunaikan solat Subuh dan sampai di kaki gunung lebih
kurang 8.10 pagi. Untuk ke Telaga 7, perlukan tenaga untuk mendaki anak-anak
tangga dalam masa 25 minit. Memang tercungap-cungap bagi mereka yang kurang
aktif tapi still korang kena cuba. Baru style! Haha
“Orang” kata, T7 ni ada kisahnya
yang tersendiri. Yela..Pulau Langkawi kan, memang tidak terlepas dengan kisah
sejarah dan mitosnya..ye dok?
T7 berasal dari kisah tujuh
puteri dari kayangan turun ke dunia untuk bermandi-manda. So ada 7 telaga,
cukuplar sorang satu. Dan melalui scientifiknya pula, dikhabarkan setiap telaga
punyai mineral yang berbeza-beza dan siapa yang mandi di Telaga 7 ni boleh
mencantikkan kulit. Wallahu A’lam..sebab saya pun masih belum mengkaji lagi. Telaga
7 ni agak licin dan dalam siket, so berhati-hati yer. Dan please beware kat
sini sebab ada geng penyamun di sini (Pak Kera). Pak Kera dah rembat
Butterschoth kami semasa mandi di sini. Sadis!
Selepas itu, kami terus ke
Temurun Waterfall. Ini lagi sedih sebab plan nak mandi air terjun ni tapi
sampai-sampai air sudah kering. Rupa-rupanya kena panjat lagi untuk jumpe air
terjun yang cantik di sini. Kami dengan perasaan terkilan terus melangkah ke
destinasi seterusnya.
Then, kami terus ke Pantai Pasir
Tengkorak. Pantai ni kira private beach lar. Allah .. Memang cantik. Lagi
cantik dari Cenang. Kami main-main air dan ke destinasi lain.
Singgah di sebuah surau untuk menukar pakaian, dan kami terus ke Idaman Suri. Terpaksa pergi ke sini dulu sebab esok kedai ni tutup. Otw ke Idaman Suri, sempat juga menyinggah di Pantai Tanjung Yuu sebab pantai dia tersangat lawa. Hahaha dan memang nak jelajah satu Langkawi pun.
Sampailah ke Idaman Suri.
Inagatkan ada jual coklat. Rupanya tempat golongan suri rumah. Patut ler mak
aku beria benor suruh pergi sini. Ceit! Walaupun bukan kena dengan tujuan kami,
tetap juga shopping! Kah3
Selepas itu, kami ke Malibest
Hotel Pantai Cenang untuk check-in hotel dan Island Hoping. Di sini servis dia
slow tapi bilik di superb besar! Boleh la kalau sesiapa yang punyai keluarga
besar untuk menginap di sini, lebih selesa.
Aktiviti di Island Hoping dan;
snorkling di Pulau Intan (formerly known as Pulau Kentut. Haha busuk punya
nama). Boleh recommend abang ni sebab sewa snorkling dia murah je (RM10) dan
abang ni tak kedekut. Dia bawak kami melawat 4 pulau sampai kamilah geng yang
paling lambat balik ke Pulau Langkawi.
Lepakss dengan foreigners uollss.
Kami pulang pada pukul 6.30 ptg.
Malam tu, kami bersiap ke HIG di
Pekan Kuah sebab ramai sangat orang kirim coklat, terpaksa pergi awal pada
waktu malam supaya senang esok tak pening carik coklat dan takut coklat cair
dengan keadaan cuaca terik di sini.
After that, kami ke Restoran
Nelayan Bukit Mulut. Harga seafood di sini memang sangat berbaloi dan sedap
terutama sotong goreng tepung dia. Memang terbaik.! Makan seafood kat KL pun
tak sesedap sotong goreng di sini. Total seorang dalam RM18 je sekepala.
Pagi-pagi lagi kami terus bersiap
ke SkyCab. Kami hanya menikmati pakej basic sahaja (Skycab + Skydome + Skyrex)
berharga RM32 seorang (dengan Mykad) sebab masa yang sangat rush.
Kami sempat ke Padang Matsirat untuk shopping kain batik dan minyak gamat, serta lunch.
Then, terus ke Pekan Kuah untuk
shopping kali terakhir. Pukul 4.30, kami gerak menghantar
Ain di jeti dan kami beransur ke airport.
5.50 ptg…BYE-BYE
Total Bajet (3H2M):
Suggestion saya, kalau nak pergi Langkawi dengan kawan..please spend 4 hari di sana. kami dah menyesal sebab book flight awal sebelum arrange aktiviti di sana. Sebenarnya Langkawi banyak tempat yang boleh explore lagi-lagi bila travel dengan kawan-kawan ni. Tempat-tempat bersejarah ada, tempat berekreasi ada, tempat makan ada, tempat buang duit pun ada. Sangat lengkap!S o, please arrange your activities first ye kawan-kawan. Selamat berjalan!
Total Bajet (3H2M):
- Flight pergi - balik : RM120 (Malindo Air)
- Accomodation (Kuah dan Pantai Cenang) inc Island Hoping dan snorkling: RM70
- Kereta sewa: RM30
- Minyak: RM10
- SkyCab: RM32
- Makan (termasuk dinner seafood): RM50
Suggestion saya, kalau nak pergi Langkawi dengan kawan..please spend 4 hari di sana. kami dah menyesal sebab book flight awal sebelum arrange aktiviti di sana. Sebenarnya Langkawi banyak tempat yang boleh explore lagi-lagi bila travel dengan kawan-kawan ni. Tempat-tempat bersejarah ada, tempat berekreasi ada, tempat makan ada, tempat buang duit pun ada. Sangat lengkap!S o, please arrange your activities first ye kawan-kawan. Selamat berjalan!
No comments:
Post a Comment