If U Like This Blog..HIT THE 'LIKE' BUTTON!!!

BOLEH SAYA BANTU?

Nama
Emel
No Telefon yang boleh dihubungi
Pernahkah anda mendengar mengenai Herbalife sebelum ini? Ya
Tidak
Boleh saya bantu untuk NAIK BERAT BADAN
TURUN BERAT BADAN
TAMBAH TENAGA
PERBAIKI TAHAP KESIHATAN
PERBAIKI MASALAH KULIT
PROGRAM SARAPAN SIHAT
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN
Sebarang maklumat tambahan/ pertanyaan

Put a website form like this on your site.

Wednesday, October 20, 2010

APA??? Seminggu je lagiiii???

Lebih kurang seminggu je lagi...aku akan melangkah ke gerbang peperiksaan. Semakin hari...semakin bingung memikirkan yang mana satu subjek yang perlu ku baca. Haihhh....LAW, TAX, FAR, MAF, MKT!!!! Matilah aku kali ini!!

"Ya Allah...berilah daku kekuatan ya, Allah. Izinkanlah hambaMu yang dhaif ini untuk menghadapi cobaan ini dengan penuh kesabaran, ketenangan dan di bawah keredhaanMu ya Allah...Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui setiap sesuatu yang akan berlaku. Tentukanlah kebaikan ke atas usahaku ini. Ku mohon kepadaMu..agar berkatilah ilmuMu ini dan manfaatnya yang berkekalan dan berpanjangan kepada diriku dan juga umat manusia ini di dunia dan juga di akhirat. Sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Ameen...Ya Rabbal alamin...."

3/05/10 -08/05/10 Kursus Kepimpinan JPK Kolej

Hari Isnin…aku dan sahabat yang telah terpilih telah berangkat ke UiTM, Shah Alam….selepas Zohor, hanya aku dan dua sahabat sahaja yang dihantar ke sana kerana menduduki MUET. Selainnya telah tiba awal2 lagi.

Kursus ini…sefikirnya memang kursus yang sangat membosankan. Tapi…kerana keinginan dan kemahuan untuk menjadi JPK, terpaksa juga aku menghadirinya selama seminggu. Tidak banyak yang dapat ku coretkan mengenai kursus yang kesekian boringnya. Cuma yang pasti ia merupakan persedian kami sebagai JPK bagi memimpin para pelajar kolej semester Julai 2010 – April 2011. Kuharap agar aku dapat menjadi contoh terbaik kepada pelajar lain dari segi pelajaran, kepimpinan mahupun segala perkara….InsyaAllah….

Amazing Girl


 

Girls are like apples on trees

The best ones are at the top of the tree.

The boys don’t want to reach for the good ones

Because they are afraid of falling and getting hurt.

Instead, they just get the rotten apples from the ground that aren’t as good,

but easy

So, the apples at the top think something is wrong with them,

when in reality, they’re amazing.

They just have to wait for the right boy to come along,

the one who’s brave enough to climb all the way to the top of the tree.



So, for the girls…you such beautiful and lovely person created by Allah. Don’t feel disappointed and down when you are not the one chosen by the boys. Maybe, one day you will find your true love that will bring happiness and brightness in your life…InsyaAllah.

Aurat Kita Ditahap Mana Ya???

Cuma sekadar ingin berkongsi dan saling ingat-mengingati sesama Muslim. Biasalah...sekarang kan zaman da banyak berubah. dah macam-macam trend and style ada. Ada yang macam tutup aurat, tapi sebenarnya bukan...dan macam-macam lagi la..
Hurm...Adakah kita tersenarai dalam golongan di bawah ni??? Renung-renungkan dan selamat beramal...






Tahan Nafsu di Bulan Ramadhan


Hah!! Sedap x??? Ni lah dugaan bulan pose. Hahaha

Ya Allah...Selamatkanlah abangku

Tak tahu bagaimana aku mahu mulakan...

Aku mempunyai 3 orang abang yang tersangat aku sayang. Dalam byk2 abgku...ade seorang abang yang tersangat unik dirinya. Dari dia baby sehingga sekarang. terlalu banyak pe'elnye (bak kate abah akular).

Cume sekarang aku sangat sedih melihat kehidupan abang aku. Susah untuk mendapat kerje. Bukannye malas...tetapi setiap kali nak carik keje. Ade yang kene reject sebab matanya. Ade yang die sendiri reject. mungkin tak sesuai la kot. Ade yang dah ngam dengan kerje tu...tapi boss lak buat hal. Haiihhh...

Hari ini...abahku meluahkan keluhannya. Dia sangat kasihan melihat abang aku yg sorang tu. Duduk je dekat rumah. Sedangkan adiknya (abang yang seorang lagi), setiap hari...semakin kedepan langkahnya. Abahku berkate "Apalah nasib anakku ni. Dia mesti sedih tengok adik dia berjaya, tak sampai hati tengok dia". Itulah keluhan abahku kepada emak. Emak hanya menasihati abah supaya banyakkan berdoa untuk kebahagiaan dia.

Abangku dulu....

Seorang pelajar yang cemerlang & aktif di sekolah. Result dia pun boleh tahan. Dahulu..dia lebih menyerlah daripada abangku yang seorang lagi. Sampai satu masa...dalam perjalanan ke tempat kerja. Tiba2….”BANGGGG!!!!”

Pada malam itu…sedang aku menonton filem Badman. Kakakku…”Ica…cepat ca. Abang Ewan accident!!” Berderau jantungku tidak terkata. Terdetik hatiku berkata “ini bukan accident biasa ni”.
Sampai je dekat wad emergency…’Sah! Memang aku dah agak dah”. 
Pada waktu itu..abahku curik2 masuk wad tersebut sebab semua orang tidak dibenarkan masuk pada waktu itu. Dan…bila abah keluar je…abah terus rebah. Alhamdulillah ustaz Ghani ade kat situ. Mereka memapah abah ke tempat duduk. Mase tu…Allah saje yang tahu perasaanku pada waktu itu. Aku berzikir memohon pertolongan Allah agar abangku dapat diselamatkan. Lututku cramp…smpai tidak boleh nak bangun..air mataku tak terhenti mengalir keluar. ‘Ya Allah…selamatkanlah abangku, ya Allah!’ hanya itu yang mampu ku lafazkan dalam benakku.

Doktor kata…abangku 50-50. Samada hidup, lumpuh atau ……(aku xnak cakap). Dari malam itu sehinggalah abangku sedar…hari2 surau di rumahku menunaikan solat hajat dan bacaan Yaasin. Abangku ni seorang yang dikenali…walaupun selalu lepak malam2…tapi dia rajin tolong orang xlupakan Allah. Sampai dia accident pun…hari2 orang berdoa untuk dia.

Yang abang sulongku…tak habis2 menyalahkan dirinya. “Kalau aku pakai motor tu hari tu…mesti adikku tak kene, biar aku je kene. Kenapa mesti adikku yang kene???” itulah ayat yang tak habis2 dia luahkan. Aku tersangat sedih waktu itu…Allah sahaja yang tahu. Apa yang aku harapkan adalah abangku hidup. Tu je….

Alhamdulillah…Allah masih panjangkan umurnya. Jiwanya sangat kuat. Jarang ade pesakit critical macam ni..doktor cakap.  Namun…banyak yang dah berubah. Ada yang positif, ada yang negative. Yang positifnya, dia semakin friendly dengan tetamu yang datang ke rumah. Dulu…kalau ade orang datang je, Harammm…..kat bilik jela. Tapi..skrang dia dah tiada keinginan untuk belajar, tak punctual…mungkin itulah perubahan selepas operation di otak.

Sekarang ni die sedang mncari pkerjaan…almaklumla…nk kawen la katekn. Jangan xcaye…awex die bkn calang2 orang taw..huhu. Aku sgt2 berharap agar abg aku dapat kerje yang bagus kalini sesuai dgn dirinya..semoga Allah memanjangkan hidupnya, memudahkan hidupnya…dan membuka pintu rezekinya…ameen…

Biarlah peristiwa dulu menjadi pengalaman yang tidak akan ku lupakan dan apa yang kuharap ia tidak akan berulang lagi…na’uzubillah…

Sunday, August 29, 2010



HEPY BEDAY to Abang & Kakak Shayer!!!

A.Auo 20 Aug 2010
Along 30 Aug 2010
Angah 31 Aug 2010

Aku Kesedihan....

Kepiluan melanda...
Tatkala gema lagu2 raya mula dimainkan oleh saudara2 ku
"Oh...Balek kampung!!"
Mereka bersorak gembira
"Wehhh!! Raye lagi semingu lebih je!!"
Jerit girangnya menusuk ke rongga telingaku

Hati sayu..
Sayu mengenangkan amalan yang hanya berupa serpihan kaca
Ya..Allah
Ramadhan akan kembali ke pangkuanMu
Syawal akan lahir kepada kami
Namun...
berapa banyakkah amalan yg telah ku lakukan selama ini???
Hancus!!!

Ya..Allah..
Kau telah memberiku Ramadhan
sebagai transit ke akhiratMu
Aku tidak manfaatkan SAGATAG yg telah Kau berikan
Namun...masih mahu lagi  menggunakan Tol yang panjang
Dan Touch  N' Go yang memakan masa
Sedangkan jalan yang pintas telah kau sediakan kepada hamba-hambaMu

Tolonglah daku Ya, Allah..
Tetapkanlah hati ini hanya keranaMu
Janganlah Kau palingkan hati ini
setelah Kau memberi petunjuk kepadaku
Sesungguhnya...
Aku hamba yang daif
Insan yang hina
yang sentiasa dahagakan KeredhaanMu ya, Allah...
Berilah daku jalan menuju akhiratMu yang kekal abadi....

Sunday, August 22, 2010

Kursus MDS (24/06/10 - 26/06/10)

Salam...
Hahhh!! Hari tu aku telah bercerita mengenai MDS...now, I'll show you the pictures taken from that....OK???


Bersama kakak-kakak PM yang sangat chumey2 belaka...kan3???


Wah!! seronoknyer berkursus?? K.wani sangat ayu lar...leh ngorat x??

Hah...ni lah muka-muka orang kuat disebalik MDS part 1 sem ni...nampak tak kain burok yg mereka pegang tu? Kesian kan?

Abang lead biro sukan...nanti nk kena ajar adik-adik "bersenam 1 Malaysia". Yeahh!! Chayok la kowg!! Berlatih betol2 yup....hehe

Hai kakak! da penat?? Ni la kerja kami sebelum students Part 1 datang...
Almaklum la dewan makan tak cukup kerusi...kena lah bentang tikar...
"Hah! ke kanan sikit. Kanan la..."

Hah...main...jangan xmain. Tu apa pandang-pandang? SAYA COMEL KEH? hehe

Mereka dah datang wey! Hah! Inilah adik saya. Berbaju batik terkois..

Dari atas memang smart. Dari depan....wallahu alam...

"Korang..fokus siket! Jangan jadi macam akak masa Part 1 dulu...melukis je kejonye..."

Promotion MDS shirts! beli satu...dapat satu...beli dua...dapat dua...

OK, dah habis MDS. Silalah kemas balik! Banyak lak tanya..huhu

"BANG!!!" Adikku yang sangat chumey. Penat ye Yaya??

Bro Fad sedang ditemuramah selepas MDS. Jangan main-main, suara abang ni sedap taw=P

Our penasihat yang sangat baik hati dan bagus giler. Makaceh En Mail=)

Wahh...seronaknya!! Dah habis penat jaga adik-adik??
Tahu tak kami nak perhi mana? BOWLING! Yeahh! Refresh minda. SUka3x!
Ok la...sebenarnya..banyak lagi gambar yang aku nak upload. Tapi...takut korang busan lak. K la...salam...

Sunday, July 18, 2010

Aku Bersama Adeq dan PM

26/06/2010 - 02/07/2010
MDS chayok2!!! Aku dilantik untuk menjadi Pembantu Mahasiswa (PM). At first, memang tersangat malas sebab masa tu aku kerja dan tak sempat nak spend cuti semester with my family. Almaklumlah...workerholic la katakan (ceit! perasan!). Tapi, bila fikir balik, seronok juga program macam ni. Then, aku pun join la...

Masa tu, kami disuruh untuk mendaftar diri pada 21/06/10. Rase sangat sedih beb! Serius tak puas duduk rumah=( Hurm...tapi takpelah. Demi anak bangsa UiTM yang baru ingin mengorak langkah ke alam dewasa ni, sanggupku redah segalanya... hehe. Then, kami telah ke UiTM Larkin yang tersangat BEST dan SELESA selama 3 hari untuk menghadiri kursus kepimpinan. Mak aii! PM pun kena kursus??? Yupz la....ingat senang ke nak jadi PM? PM pun perlu pergi kursus sebelum mengkursuskan orang lain.


Semasa meeting perlantikan jawatankuasa PM MDS, aku telah dilantik menjadi setiausaha. Aduhhh!! Memang busan. Asik kena duduk bertapa di bilik gerakan, menaip, tengok budak sakit...Aku tengok dorang, dorang tengok aku. haha. Hapela.. Susah juga nak keluar jumpa students. Perlu lihat line clear ke tidak sebelum nak take part dengan pelajar. Kira aku ni PM yang tak involve 100% dengan students boleh dikatakan. Tapi...Ok juga. At least, aku ada juga pengalaman menjadi setiausaha dan kulit tak jadi sunburnt macam kawan-kawan lain. HeHe. 

Sepanjang seminggu jaga pelajar semester 1 ni, PM-PM semua semakin rapat. Dulu, semasa kursus, hampeh bEtol! kau...kau...aku...aku. Kira memang tak bagus attitude macam tu, mungkin sebab tak kenal hati budi. Yelah, kursus 3 hari je kan. Ada puak-puak, khabilah-kabilah bagai. Bila dah lama bekerjasama, Alhamdulillah...hubungan kami pun semakin baik dan rapat...


Huhhh!! Sekarang ni dah habis MDS. Semua PM sudah punyai komitmen masing-masing..ade yang buzy(akulah tuh), ade yang free. Yelah..PM ni kbanyaknnye dari owg2 yng berjawatan pnting dlm uitm ni. Kire susah gak la nk jumpe. sob3. Tapi xpe...kje ako pun byk lagi xstle...nanti2lah kite jumpe ea?? uitm ni bkn nye bsr pun en? k la...senanyer da xde idea pun. ni pn sbb nk than ngantok.. hehe.


K la...salam...

Saturday, April 17, 2010

Aku dan Seni

Art !$ Me....

tu gelaran ako mase 1st time masok maravarsiti. Mase tu ade PSU. Ape ea PSU tu??? Ako pun da ingat lerr..tapi psu la, macam suai kenal dengan kakak2 senior kolej la.


Al-kisah bermula sewaktu ana buat psu dekat bilik ukht Haizq, die suruh la kitowg yang junior ni cerite pasal background kitowg. Pastu, bile turn aku kene cerite...aku pun ceritalah.


Then, kak Haziq bagi title "Art !$ Me" tu dekat ako. Nak tahu sebabnye?? Sebabnyer....ako suke seni. Bile ade je seni..adelah ako. Adeje ako..adelah seni tu. itulah kisahnye.


Ade satu kes tu ako kene tegur dengan penceramah BTN sebab melukis. Ape taknye?? Penceramah tu dok pulun kluaq air liuq berceramah...ako dok melukis depan die. Dahla duduk depan sekali, tepat depan mate penceramah tu...mane tak kene tegur. Tapi hasilnyer...ok gak lah aku lukis...ni hah kat bawah ni....


ok x?? bley a en? sebab aku ni biginner je...
Aku bukannyer teror pun cam artists=P













Hurm...setakat ni jela. DaA~

Tuesday, April 6, 2010

Ape..??? EXAM DATANG LAGI????

“Adoyai!! Lagi 2minggu je lagi nak final nih. habislah saye…masaklah nak study. Isyk! Dah la test lagi satu paper + assessment bel lagi. Perghhh…”


Hurm….takpe kakak, chayok2!! Kamu kan kuat macam ninja kat sebelah ni. Kamu mane boleh surrender cam gitu je. InsyaAllah…kamu boleh lagi cemerlang sem ni. Tapi…dengan 1 syarat!! Kamu kene studylah kakak. Jangan nak games+movie+tido je. Kang nanti tu plak yang kamu jawab time exam.huhu


Hurm…oklah. Disebabkan nak dekat final skrg ni. Meh saye kongsi serbe sedikit pasal tips2 nk amek exam ni. Jom kaji!


1. Of course lah kene bace buku+ulangkaji pelajaran kan


  • Buat nota, faham, ingat, amalkan, ajar dekat mereke yg xfaham lagi
2. Pepahal skali kene take care of ur relationship with Allah, mak ayah, & mereke yg berade kat sekeliling you oll


  • Solat jage & rerajin tu, watlah solat2, pose2, zikir n amln sunnat yg len

  • Selalu mengaji – biar tenang sket jiwa tu nak study.

  • Selalulah minta maaf kat mak ayah-jage hati dowg – kalau tinggal jaoh macam saye ni, kite main “halo2” lah ngn parents. Jangan nak buat dek je…ok?

  • Minta maaf kat guru2 yang dah banyak bagi ilmu kat kowg. Pastu, mintak dowg halalkan ilmu yang diberikan.

  • Then, minta maaf kat member2 sekalian yang dah banyak terase hati kat kowang tu. Manelah taw…senyap2 tak gitaw ke en. Padahal hati dah parah tuw…huhu
3. Pasal peribadi


  • Think positive (yakin leh sukses)
  • Xbongkak, ujub, takbur, sombong –jgn lak nk tunjuk kowg lagi hebat dari org len (penting nih…). kang kene tarik nikmat tu…tak taw ea.
  • Sentiase bersyukur dgn nikmat n gunekan tuk manfaat together2
4. Lastly…


  • Tawakal after dah chayok2…InsyaAllah…adela tu jokeynye. Ye dak?




Ceh! Saye ni macam da pro lak nak bagi tips ni...en? But ni hanye sekadar nk kongsi ape yang saye amalkan+yg dapat kt kursus2 motivasi. Kire cam tazkirah tuk saye dan kamulah ni. Oklah kakak… tak mau nk bebel panjang lebar. Tu…lecturer da pandang dah. AJA..AJA..FIGHTING!!!


..…SELAMAT BERAMAL(^^,)

Sunday, April 4, 2010

Sebuah Pertemuan

SEBUAH PERTEMUAN. hurm.. Sesuai dengan apa yang aku nak cerita pada kali ini. Sebuah pertemuan ini bermula tatkala aku melangkah ke alam sekolah menegah (SMKBTS) pd 15 Jan 2003 (Khamis). Pada waktu itu, aku rasa tersangat-sangat bosan tukar ke sekolah baru. Terasa sangatlah berbeza…dan menyampah! Kawan semua perempuan..takde lelaki punn???

SIGMA…nama yang telah mencipta segalanya. Mencipta nama, persahabatan, kejayaan,kenangan, kepahitan, kemanisan…dan ke..ke..yang lain. Yang pasti, segalanya terpahat pada nama itu dan di situ ia bermula.

Masa tu, hatiku memberontak. “Kenapa aku ditentukanNya di sini? Kenapa kawan-kawan semua tak serupa bikin macam kawan sekulah rendahku? Aduhhh!! Bisingnya kelass!! Takde budak laki pun…boleh bising keh? Isykkk!!!” (gerutu hatiku).

Pada tahun itu, semua berpuak-puak. Geng Dewi la, Geng Ica la, Geng Sue la…menyampah aku dengar. Tapi puka-puak pn…kalau da sepakat, hilang semua geng. Bagus jugak dorang ni bila ada aktiviti=) Tahun berganti tahun…kami semakin rapat. No Geng, No Puakss, Semuanyer sama…(soo HEPY ENDING)

2005. Tahun yang penuh dengan cabaran…tahun PMR. Kami berusaha bersungguh-sungguh dalam mengulangkaji pelajaran. Almaklumlah! Orang tak ada tuisyen la katakan. Setiap subjek.. ade saja orang yang jadi tok guru tak bertauliah. Faha = guru sejarah, Abidah = guru BM, Sue = guru Science, Wani = guru Math, dan guru-guru sekalian...Tapi, dalam masa yang sama, Allah tidak kami lupakan. Mengaji, solat dan puasa sunat sudah menjadi sebati dalam hidup kami. Semakin lama kami di situ, semakin banyak ilmu agama ditimba Alhamdulillah…agaknya, inilah hikmahnya aku ditentukan di situ. Terima Kasih ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah. Budi kalian tidak akan kami lupa=)


"Tik tok Tik tok..alamak!! PMR lagi smiggu je lagi!!! Aduhhh!!" Semua dah macam mehngong je. Tapi mehngong2 pun…still malas jugak nak study. Haha. Kelakar je…

Aku teringat masa waktu exam. Kami bermain Tarian Naga, diketuai oleh Syikin. Bising bagai nak rak. Dan….sedang leka melompat-lompat naga atas katil dorm… “Dungggg!!! Pelajar, sekarang tgh xam. Kenape bising sangat nih…bla3…”(hahaha…Dorm Fatimah kene marah. Padan muka!). Alhamdulillah aku di Dorm Balqis masa tu. Uishhh!! Selamat nyah! haha=P

Esoknya…Ustazah Izan nangis. Dia risau pasal PMR kami sebab kami terlalu banyak bermain, walaupun semasa exam. Masa itulah adegan touching-touching berlaku. Kami minta maaf pada ustazah. Nak buat macam mana..? dah memang perangai batch kami cam gitu. Macam budak-budak…takleh nak watpa la en…huhu

Dan…masa result kuar. Agak terkejut la jugak. Batch kami dikatakan pecah rekod la dgn 4 orang 9A, 6 orang 8A, dan 5 orang 7A. Kira okay la kan..sekolah baru KAA dapat result macam tu, dari 33 orang pelajar yang ambil PMR tahun tu. Half from that lak dapat A dalam subjek KKQ. Alhamdulillah…

Selepas tu, ada yang pindah ke sekolah lain. FM, pelajar paling bijak ke MRSM Kuala Lipis; Anne, Dirah dan Fazi ke MRSM Serting; Faezah ke Kuala Berang, dan Miralam ke Intergom. AKU??? Aku tak pergi mana-mana. Walaupun pada waktu itu, aku mendapat tawaran ke sekulah yang boleh dikira agak bagus; MRSM Muadzam dan Teknik Cheras. Entah la…asal ea aku tak pergi? Mungkin jodoh kot di BTS ni. Hehe..

Berbekalkan kata-kata Ayahanda pengetua, aku semakin seronok belajar di BTS even sekolahku tak se‘fofular’ seperti sekolaah-sekolah yang lain. Masa tu, sebahagian sahabat sudah pergi (bye2!! T_T) bersama cita-cita mereka ke sekolah-sekolah yang lagi bagus dari BTS. Terasa sedih je bila dorang tak ada tapi, macam mana sekalipun, sahabat tetap sahabat. Ukhuwah kami takkan berkecai dek kerana perpisahan yang hanya sementara ni. Bila terdengar je lagu “Sebuah Pertemuan” (dari UNIC), kami akan merindui satu sama lain. Waktu tu memag suma takat leleh. Tapi tak pe…perjuangan perlu diteruskan.  Impian yang berikut perlu dilaksanakan, tanpa lelah. Dan, pada tempoh itu, kami yang tiggal semakin bersemangat mengorak langkah, mencipta nama dan angan-angan untuk menjadi manusia yang berjasa pada sekolah, masyarakat, agama dan Negara (ayat skema dan bajet). Asal ada je pertandingan, kami akan naik ke pentas. Tawakal sane…Tawakal sini sampai dah kena "band" untuk join mana-mana competition dengan alasan dah banyak menang. Kecoh la! Dengki lettew. Ceh!! Nak wat cmne..? plajar lain takde semangat nak menang, kami pun rembat ajo hadiah tu. Siapa lagi yang nak ambil hadiah tu…kalau bukan kami. Betol x? (Tawakal = Sigma 2003)

2007. Tahun yang menentukan nasib kami..tahun terakhir, tahun SPM. Walaupun sibuk dengan career sebgai badan khas dan aktiviti-aktiviti sekolah…pelajaran tak pernah kami lupakan. Seperti biasa, ada yang dilantik sebagai cikgu-cikgu tuisyen yang tidak diberi gaji. Kami memasang strategi untuk belajar memandangkan jadual pun terlalu pack. Tapi…tak tahu la menjadi ke tak kan. Bajet "Pelajar Cemerlang". hehe

Berlajar punya berlajar…sampai la peperiksaan SPM, itu lagi macam sakai. Dorm dah mcm setinggan. Sampai pengetua (Pn. Rohana) pun dah geleng kapala. Masa tu, kami ada ‘kaunselor’ untuk reduce depression taw. Name dia ‘Laptop Game’. Sangat membantu masa semua dah mehngong2 study. Dan masa exam weeks tu juga aku menunjukkan bakat memasakku di rumah warden (Usth Izan). Ehem2…tak tahula sedap ke tak, tapi yang pasti sgat seronok masa tu…rasa macam kami semua duduk serumah. Yelah…junior kan dah lbalik rumah masing-masing..tinggal kami je. yeayyy!!!

4-12-2007, tamatlah exam SPM. Kami sempat bergambar dengan pengawas yang mengawas kami semasa exam dijalankan. Mereka sempat juga bagi advice yang membina kepada kami tentang masa depan. Terima Kasih Pengawas!! (sorry tak hengat nama. hehe). Perasaan sedih mula menjalar masa nak berpisah…dah 5 tahun kami sekelas. Terlalu banyak kenangan yang dicipta bersama..terlalu byk impian yg dikongsi bersama…tawa…tangis. Even tengah taip blog ni pun aku dah touching sorang-sorang. LUV U GUYS!!! Luv u damn much…. “tak penah dapat sahabat sehebat korang”. Itulah kata-kata kami bilakala kami merindui…..


Disebabkan sebuah pertemuan itulah…aku mendapat sahabat yang tidak luntur baiknya, tidak ternilai harganya, tidak terbayang keikhlasannya dan…

Yang pasti…

Tidak akan lupus dari ingatanku…selamanya…InsyaAllah….

"Kita ditakdir bersama
Ria gelak ketawa 
Tangan menggenggam mesra
Melakar ceria
Indahnya suasana

Terbayang di mata
Senyummu seindah suria
Hidup lebih bermakna
Kongsi happy bersama
Ummph! jelas terasa"

(Lagu tema kelas. Dak Iqa mesti ingat. Aku tak berapa ingat. huhu)

Tuesday, March 2, 2010

Harapan Hari Esok


U...niversity. Inilah duniaku selepas tamat sekolah menengah. Ku harapkan segalanya akan berjalan lancar sewaktu berada di universiti lebih baik daripada berada di alam persekolahan. Ku dambarkan ianya seperti dalam cerita Kuliah Cinta. Segalanya nampak seronok belaka. Tapi...yelah..semuanya tak seindah mimpi.

Banyak yang berubah di sini. Bukan kampus yang berubah...tetapi aku sendiri yang berubah. Aku kurang menumpukan sepenuh perhatianku dalam pelajaran, kurang mengaktifkan diri dalam kepimpinan mahupun aktiviti2 yang dianjurkan di universiti. Rase macam useless!! Aku kini tak seperti dulu.


Dulu...aku seorang yang suka bersaing. Pesaing aku hebat2 belaka. Tapi...aku mampu berdiri setaraf dengan mereka. Namun kini...setelah melangkah ke alam universiti, aku menjadi lemah. Lemah terhadap segala benda. Aku tahu...pencapaian akademikku di universiti semakin meningkat dari 1 sem ke sem yang seterusnya. Tapi, seandainya aku lebih gigih lagi...mungkin aku boleh mendapat lebih baik lagi. Wohoho! Bilelah nak dapat rezult segempak itu=P


Di sini, susah untuk menjadi exko. Ada sahaja halangan yang perlu ku tempuhi. Sudahnya...tengok sahajalah title itu diberikan kepada orang lain [melepas!!]. Kalau dalam aktiviti...masih boleh dipertimbangkan. Aku suka join macam2 benda. Itu...ini...tapi sijil hampeh. Tak dapat...


Baru-baru ini...aku telah menyertai pertandingan 'Ikon Mahasiswa Cemerlang'. Aku tak tahu macam mane boleh involve dalam bende tu. Dari seorang bidan terjun untuk mewakili level kolej...tibe2 diundi ke peringkat akhir. Yelah...suatu yang tidak diduga. Orang macam aku pun boleh sertai pertandingan sebegitu. Sungguh tak layak!! Tapi..nak buat macam mane? Dah jokey la katakan...rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Betol tak??


Namun...aku tahu, aku tidak akan dinobatkan sebagai ikon mahasiswa. Persaingan amat sengit. Aku berasa sangat kerdil sewaktu berada bersama finalists ikon. Mereka sungguh berbakat. Jaguh kampung la katakan...hehe. Wakil sana...wakil sini. Pegang jawatan itu ini. Aku? Apalah yang ada. Budak hingusan je.


Tapi, tak mengapa. Aku akan jadikan ianya sebagai pengalaman dan titik permulaan. Permulaan untuku bangkit semula...bangkit dari kemunduran ini. InsyaAllah...masih sempat lagi. Masih ada 3 sem untuku berjihad. Aku yakin akan dapat mencapai impianku di sini.....AJA..AJA..FIGHTING!!!!

Thursday, February 18, 2010

Apa Itu Valentine's Day?


Sejarah Valentine's Day
Sebut sahaja 14 Februari, semua orang tahu ia merupakan hari kekasih. Kekasihla sangat!! Mungkin tak ramai yang tahu mengenai sejarah Valentine's Day. Mereka hanya pandai menyambut, beri hadiah kepada pasangan masing-masing, dan ada yang sanggup berbuat maksiat, hanya kerana Hari Kekasih. Nak tahu kisah disebalik Valentine's Day? Jom!


 
Valentine's Day berkait rapat dengan ritual orang Kristian dan adat kebudayaan kerajaan Romawi. Untuk lebih mendekatkan lagi kepada ajaran Kristian, Paus Geladius I menjadikan upacara Romawi Kuno ini menjadi perayaan gereja dengan nama Saint Valentine's Day pada tahun 496 M untuk menghormati Saint Valentine yang mati pada 14 Februari.


Sebenarnya, terdapat bermacam versi cerita yang berbeza jika bercerita mengenai Valentine. Ada yang kata bahawa asal mulanya Valentine itu berkaitan dengan seorang pendeta yang bernama Saint Valentine atau Santo Valentine yang melanggari ajaran Kristian pada waktu dahulu. Beliau meninggal tepat pada tanggal 14 Februari tahun 269 M.

Dan, versi lain ada yang mengatakan bahawa Saint Valentine adalah seorang yang berbakti melayani Tuhan di sebuah kuil pada masa pemerintahan Kaisar Claudius II. Pada masa itu, terdapat budaya "Feast of Lupercalia" iaitu ritual memuja Dewa Juno.


Pada masa pemerintahan Claudius II, Romawi terlibat dengan banyak peperangan. Kaisar Claudius II kesulitan lalu memerintahkan semua pemuda untuk menyertai perang. Disebabkan berat untuk meninggalkan keluarga dan kekasih, akhirnya, Kaisar Claudius II memerintahkan untuk membatalkan semua penikahan dan pertunangan di seluruh kerajaan Romawi. Saint Valentine yang pada waktu itu menjadi pendeta terkenal di Roma menolak perintah dari Kaisar Claudius II.

Saint Valentine dan seorang temannya yang bernama Santo Marus diam-diam tetap menikahkan para pemuda dan prajurit. Tak berselang lama, perbuatan mereka dihidu oleh Kaisar Claudius II. Kaisarpun murka dan menjatuhkan hukuman mati kepada Saint Valentine dan Santo Marus. Sebelum dihukum mati, Saint Valentine dipenjara terlebih dahulu. Di dalam penjara dia berkenalan dan kemudian menjalin hubungan dengan seorang gadis. Sebelum dihukum mati, Saint Valentine masih sempat menulis surat kepada gadis tersebut yang berisi "From Your Valentine."

Saint Valentine dan Santo Marus dihukum mati tepat pada tanggal 14 Februari 270M. Disebabkan perayaan Lupercalia dimulai pada pertengahan bulan Februari, para pastur memilih Saint Valentine untuk mengganti nama perayaan Lupercalia tersebut. Dan pada tahun 496 M, pendeta Gelarius menetapkan 14 Februari sebagai hari penghormatan kepada Saint Valentine. Akhirnya setiap 14 Februari dijadikan hari untuk memperingati Saint Valentine dan Santo Marus, serta merayakannya sebagai bentuk ekspresi cinta kasih. Pada hari itu, akan berlakulah pengiriman puisi cinta, hadiah, kado, kiriman bungan, coklat, dan lain-lain. Bukan sekadar itu, sekarang sudah merebak kepada acara pertemuan-pertemuan besar dan pesta-pesta. Coupling2 berpelukan, kissing, bahkan ada yang membuat hubungan seksual tetkala Valentiune's Day dengan alasan tulus dari rasa sayang.
Na'udzubillah..!