Tak tahu bagaimana aku mahu mulakan...
Aku mempunyai 3 orang abang yang tersangat aku sayang. Dalam byk2 abgku...ade seorang abang yang tersangat unik dirinya. Dari dia baby sehingga sekarang. terlalu banyak pe'elnye (bak kate abah akular).
Cume sekarang aku sangat sedih melihat kehidupan abang aku. Susah untuk mendapat kerje. Bukannye malas...tetapi setiap kali nak carik keje. Ade yang kene reject sebab matanya. Ade yang die sendiri reject. mungkin tak sesuai la kot. Ade yang dah ngam dengan kerje tu...tapi boss lak buat hal. Haiihhh...
Hari ini...abahku meluahkan keluhannya. Dia sangat kasihan melihat abang aku yg sorang tu. Duduk je dekat rumah. Sedangkan adiknya (abang yang seorang lagi), setiap hari...semakin kedepan langkahnya. Abahku berkate "Apalah nasib anakku ni. Dia mesti sedih tengok adik dia berjaya, tak sampai hati tengok dia". Itulah keluhan abahku kepada emak. Emak hanya menasihati abah supaya banyakkan berdoa untuk kebahagiaan dia.
Abangku dulu....
Seorang pelajar yang cemerlang & aktif di sekolah. Result dia pun boleh tahan. Dahulu..dia lebih menyerlah daripada abangku yang seorang lagi. Sampai satu masa...dalam perjalanan ke tempat kerja. Tiba2….”BANGGGG!!!!”
Pada malam itu…sedang aku menonton filem Badman. Kakakku…”Ica…cepat ca. Abang Ewan accident!!” Berderau jantungku tidak terkata. Terdetik hatiku berkata “ini bukan accident biasa ni”.
Sampai je dekat wad emergency…’Sah! Memang aku dah agak dah”.
Pada waktu itu..abahku curik2 masuk wad tersebut sebab semua orang tidak dibenarkan masuk pada waktu itu. Dan…bila abah keluar je…abah terus rebah. Alhamdulillah ustaz Ghani ade kat situ. Mereka memapah abah ke tempat duduk. Mase tu…Allah saje yang tahu perasaanku pada waktu itu. Aku berzikir memohon pertolongan Allah agar abangku dapat diselamatkan. Lututku cramp…smpai tidak boleh nak bangun..air mataku tak terhenti mengalir keluar. ‘Ya Allah…selamatkanlah abangku, ya Allah!’ hanya itu yang mampu ku lafazkan dalam benakku.
Doktor kata…abangku 50-50. Samada hidup, lumpuh atau ……(aku xnak cakap). Dari malam itu sehinggalah abangku sedar…hari2 surau di rumahku menunaikan solat hajat dan bacaan Yaasin. Abangku ni seorang yang dikenali…walaupun selalu lepak malam2…tapi dia rajin tolong orang xlupakan Allah. Sampai dia accident pun…hari2 orang berdoa untuk dia.
Yang abang sulongku…tak habis2 menyalahkan dirinya. “Kalau aku pakai motor tu hari tu…mesti adikku tak kene, biar aku je kene. Kenapa mesti adikku yang kene???” itulah ayat yang tak habis2 dia luahkan. Aku tersangat sedih waktu itu…Allah sahaja yang tahu. Apa yang aku harapkan adalah abangku hidup. Tu je….
Alhamdulillah…Allah masih panjangkan umurnya. Jiwanya sangat kuat. Jarang ade pesakit critical macam ni..doktor cakap. Namun…banyak yang dah berubah. Ada yang positif, ada yang negative. Yang positifnya, dia semakin friendly dengan tetamu yang datang ke rumah. Dulu…kalau ade orang datang je, Harammm…..kat bilik jela. Tapi..skrang dia dah tiada keinginan untuk belajar, tak punctual…mungkin itulah perubahan selepas operation di otak.
Sekarang ni die sedang mncari pkerjaan…almaklumla…nk kawen la katekn. Jangan xcaye…awex die bkn calang2 orang taw..huhu. Aku sgt2 berharap agar abg aku dapat kerje yang bagus kalini sesuai dgn dirinya..semoga Allah memanjangkan hidupnya, memudahkan hidupnya…dan membuka pintu rezekinya…ameen…
Biarlah peristiwa dulu menjadi pengalaman yang tidak akan ku lupakan dan apa yang kuharap ia tidak akan berulang lagi…na’uzubillah…
No comments:
Post a Comment