If U Like This Blog..HIT THE 'LIKE' BUTTON!!!

BOLEH SAYA BANTU?

Nama
Emel
No Telefon yang boleh dihubungi
Pernahkah anda mendengar mengenai Herbalife sebelum ini? Ya
Tidak
Boleh saya bantu untuk NAIK BERAT BADAN
TURUN BERAT BADAN
TAMBAH TENAGA
PERBAIKI TAHAP KESIHATAN
PERBAIKI MASALAH KULIT
PROGRAM SARAPAN SIHAT
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN
Sebarang maklumat tambahan/ pertanyaan

Put a website form like this on your site.

Saturday, January 22, 2011

Minggu Destini Siswa (27/12/10 -02/01/11)

Haahh....ni nak sambung nih. Nak taw jadik biro ape..? Ala..biro yang sentiasa muke ketat, bengis tulah. Biro Disiplin la. Pe lagi en? Mule2 agak takut jugak la sebab suara xbaik lagi. PM2 lain pun risau gak. macam2 dorang suruh buat. Minum air asam jawa la, makan jujubes la, air masak la. Kire caring tahap dewa la ni. Thanz korang!! But suara aku still xbaik lagi. Ni da 5 MINGGU taw!!! Sampai ade yang willing nk blanje Baskin Robbin kalau da baik nanti...dahsyat2!!(sapelah tu kan? hehe)
Alhamdulillah...banyak yang aku da lalui mase MDS ni. Kenangan pahit, manis segala coz da dapat keluar sangkar la katekan. hehe.(Dulu jadik s/usha...asek kene dok bilik gerakan jerk! huhu). Tapi agak busyan siket sebab bdk tak ramai sem ni. Sem lepas hampir 2000 students..sem ni 400 lebih je. Tapi bley la kalau nk jage tu kan..

Budak2 sem ni agak senang siket la nak diurus dari sem lepas. Yang buat hal pun tak banyak. Almaklum la..sem lepas ramai. Sem ni bape kerat je. Tapi itsokey la babe! Then, bende paling manis skali bile ending MDS. sangat best and sangat sempoi. Abg Azreen pun turun padang gak taw. Belanje kitowg kek yang sangat delicious!! Urm...YUMMYY!!!

Aku harap sangat dapat jadik PM next time..tp mase degree la. Zaman diploma da hampir berakhir...(SOB3x) K la..malas nk bebel pnjang2. DaA~

 Ya..ini dia! skuad TTK nak agihkan air kt PM2. Good Job la bro!!

 Roger n Out....! Hehehe

 Adik manis.. mau ke mana si? Ke kantor...ke..ke sekulah?
Apa? 2-2 bukan.? Hurm...
 Tekunnye adik ni menulis. Xsabar nak join MDS ea..? Hehe


Jelingan manja...
Alahai...tomeyNye kakak2 PM ni sume. Bley ngorat??=P

 "Dagang Pak Malau..Dagang Belipat. Spe cepat..die dapat. Lalala~"
 "Hahaha" Aku KAYA!!

 "zzZZZ..." Ngantuk ye deq..?

 Eyt! sabar2...lagi siket je nk habis ni. Sabar ye...

 COOOOOOLLLLL flever....baju ni

Tuesday, January 18, 2011

Kursus PM II

Salam....

Sorrylah! Perkara ni sudah lapuk tapi baru nak cerita. Almaklum la...buzy memanjang. Ni baru sempat nak update. hehe. Ok, aku nak cerita pasal kursus PM yang aku join pada 22 - 24/12/11 lalu. Masa tu agak rushing sebab bas nak gerak pukul 11.00 pg, tapi aku ni masih lagi di rumah pada pukul 7.30pg. Dah la nak balik Segamat memakan masa lebih kurang 4 jam (ikut jalan kampung). Adoi* Tapi memang aku selut dengan abangku masa tuh Pukul 7.40 pg gerak...pukul 10.20 pg dah sampai UiTM Segamat. Dah la sempat lepak kat warung tepi jalan setengah jam. Kira memang speeding habis la aku cakap abang aku bawak. HaHa
Isyk!! Aku bukan nak cakap pasal tula...ni nk cerita pasal kursus...

Masa kursus Pembantu Mahasiswa (PM) ni agak best jugak dari semester lepas sebab rakan-rakan PM semuanya yang lama. Kira dah kamcing habis la ni. Tapi...ada jugak cerita yang sangat disaster. Time tu aku batuk kering yang sangat teruk sampai hari kedua dah tak ada suara langsung. Masa tu ingat sekejap je kena. Tapi suara aku ...masuk hari ni je da 5 minggu serak lagi. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi semasa kursus tu..kira kaw-kaw la kena gelak dengan semua orang. Dengan pihak pengurusan sekali gelakkan aku. Tapi...no hal a...buat muka selamba sudah!! Memang kat sana kalu tak kenal Ica suara macam anak itik...kire menipu la kan...=(

Semester ni...aku tak jadi setiausaha macam sem lepas. Aku malas a. Penat duduk bilik gerakan..menunggu orang macam buah tak jatuh. Sem ni...aku jadik biro.....tutttt!!! Nak tahu Biro apa..? Nantikan kemunculannya...hehe

Ya Itu Dia!! Musim Sakit Telah Bermula


Haihh...sekarang ni budak2 da banyak yang demam. Semalam je 4 orang budak wing aku demam..2orang da kene masuk air. Sorang kawan aku pulak suspek denggi. Haihh....macam2. Yelah...cuace skrg ni...hujan panas, hujan panas. Mane tak sakitnye. Kepada kawan2 yang membace blog ni. Saye nasihatkan agar jage kesihatan kamu baik2 yup. Minum air masak banyak k..Makan panadol kalau rase2 nak demam. Ok la...Da~

Belum Sampai Masanya....

Hari ini…merupakan hari yang paling meneyedihkan dalam hidupku. Aku dapat message diwaktu menghadiri program di sin. "ada meeting urgent!!”. Itulah yang dikatannya. Aku tak kesah…reda jela. Then, semasa meeting…aku telah diberitahu akan perihal tu. Tersangat terkejut dan sedih. Kenapa diorang buat macam tu kat kami??!! Belum sampai pun masanya lagi…apelah dorang ni. Dan…diwaktu itu juga..adegan touching2 berlaku. Yelah…penat bersusah payah mencorakkan batik, tibe2 je client xnak corak tu. Die suruh tukar corak lain. Nak buat macam mane kan? Nak dapat income lebih…kenelah ikut. Kalau tak…tak dapat profit la gamaknye. Nak tahu ape bentu tu..?? Tunggulah…akan ku beritahu kelak. Sekarang ni…belum tiba masanya…

Thursday, January 6, 2011

Ku Mohon Kekuatan daripadaMu Ya Allah....

Dulu...aku merungut terhadap diri ini, dan kini...aku masih lagi merungut dengan diri ini. Astaghfirullah. Apalah aku...insan biasa. Tidak pernah bersyukur dengan nikmatnya. Ampunilah dosaku ya, Allah!

Aku pernah merasa tidak aktif di universiti suatu ketika dahulu..terasa sangat kecil berbanding sahabat-sahabat yang lain dalam gaya mereka mengharungi dunia sebagai mahasiswa. Kini..aku telah menjawat jawatan yang tak ku duga hebatnya. Jawatan dalam kalangan yang penting dalam universitiku. Namun, aku amat khuatir tidak dapat melaksanakan amanah ini dengan sebaiknya. Tidak terdaya aku untuk menjawab pertanyaan di akhirat kelak sekiranya aku kalah dalam perjuangan ini...

Risau. itulah yang sentiasa bermain di fikiranku. Risau tidak dapat menyeimbangi antara pelajaran dan kepimpinan. Sahabat-sahabat mula tersedar akan perubahan ke atas diriku setelah bergelar pemimpin. Walaupun...pada hakikatnya, setiap manusia adalah pemimpin. Tapi..pimpinan yang ku katakan ini adalah yang berlainan cara. Aku perlu menjaga kebajikan pelajar lain di samping aku menjaga diriku sendiri, mendengar suara hati mereka dan bermacam lagi.

Aku mula kurang menunjunkkan keaktifanku di dalam kelas. Selalu berasa pending. Dahulu..acapkali, bila sahabat bertanya kepadaku, pantas sekali aku menjawab pertanyaan mereka, khususnya bab-bab pelajaran. Tapi kini?? Aku pun tak tahu mengapa dengan diri ini. Bagaimana mahu menjadi seorang ikon mahasiswa sedangkan diri masih lagi tidak dapat dilaksa dengan baik?? IKON MAHASIWA. Bukankah itu yang ku mahu sebelum ini? Menjadi hambah Allah yang cemerlang, anak yang solehah, pemimpin yang dihormati, pelajar yang cemerlang dan sahabat yang disenangi.

Mulai hari ini...aku akan cuba untuk menjadi seorang pemimpin dan pelajar yang cemerlang..dan aku terus akan mencuba sehingga berjaya. InsyaAllah...aku boleh lakukan. Kerana Allah S.W.T. tidak akan membebani seseorang itu melainkan apa yang terdaya olehnya, dan aku amat percaya dengan kekuasaanNya...InsyaAllah....

Di Sini Aku Bermula


10 Mei 2010….Hari bermulanya aku melangkah menjadi seorang pemimpin. Ya…pemimpin. Pemimpin kepada mahaisiswa. Jesteru, bermulanya waktu itu, aku perlu menunjukkan contoh ynag terbaik kepada pelajar yang lain. Menjaga perilaku, pelajaran, dan perhubunganku. Yalah…mana pernah ornag berpuas hati kepada pemimpin. Ada sahaja yang akan dikomennya, dikutuknya, diejeknya. Bukan senang ingin menjadi seorang pemimpin yang berkaliber, disenangi dan dihormati orang ramai. Jadi…aku akan  berusaha kea rah itu. PASTI!!! Chayok2…..
Meeting MiTEK seterusnya telah diputuskan pada 25 Nov 2010…

Then, pada 23 – 26 November 2010…macam mana sekalipun, aku terpaksa bermusafir ke Segamat untuk menghadiri mesyuarat tersebut dan menyiapkan tugasan di sana. Pada mulanya, agak membosankan. Yelah…baru seminggu cuti semester dah kena pergi balik. Nak buat macam mana kan UiTM di hatiku….
Komitmen tetap komitmen beb!

Jom tengok apa yang ada di bawah ni…! Ahaz!


 En Faizul, Penolong Pendaftar tengah bagi taklimat pasal budget untuk aktiviti-aktiviti in and out kampus....huhu

 Ni semua orang-orang yang rasa nak bunuh diri...terjun dalam longkang BK...hehe

 Amboi3!! Seronok nampak...? Well...biasalah...dah habis meeting kan? Best bila semua kena hentam dengan PPP??? =P


Ni badut serkas tengah buat performance...FREE je taw
Ok la kawan2...tu jer nk cakap..BYE2!!