Dulu...aku merungut terhadap diri ini, dan kini...aku masih lagi merungut dengan diri ini. Astaghfirullah. Apalah aku...insan biasa. Tidak pernah bersyukur dengan nikmatnya. Ampunilah dosaku ya, Allah!
Aku pernah merasa tidak aktif di universiti suatu ketika dahulu..terasa sangat kecil berbanding sahabat-sahabat yang lain dalam gaya mereka mengharungi dunia sebagai mahasiswa. Kini..aku telah menjawat jawatan yang tak ku duga hebatnya. Jawatan dalam kalangan yang penting dalam universitiku. Namun, aku amat khuatir tidak dapat melaksanakan amanah ini dengan sebaiknya. Tidak terdaya aku untuk menjawab pertanyaan di akhirat kelak sekiranya aku kalah dalam perjuangan ini...
Risau. itulah yang sentiasa bermain di fikiranku. Risau tidak dapat menyeimbangi antara pelajaran dan kepimpinan. Sahabat-sahabat mula tersedar akan perubahan ke atas diriku setelah bergelar pemimpin. Walaupun...pada hakikatnya, setiap manusia adalah pemimpin. Tapi..pimpinan yang ku katakan ini adalah yang berlainan cara. Aku perlu menjaga kebajikan pelajar lain di samping aku menjaga diriku sendiri, mendengar suara hati mereka dan bermacam lagi.
Aku mula kurang menunjunkkan keaktifanku di dalam kelas. Selalu berasa pending. Dahulu..acapkali, bila sahabat bertanya kepadaku, pantas sekali aku menjawab pertanyaan mereka, khususnya bab-bab pelajaran. Tapi kini?? Aku pun tak tahu mengapa dengan diri ini. Bagaimana mahu menjadi seorang ikon mahasiswa sedangkan diri masih lagi tidak dapat dilaksa dengan baik?? IKON MAHASIWA. Bukankah itu yang ku mahu sebelum ini? Menjadi hambah Allah yang cemerlang, anak yang solehah, pemimpin yang dihormati, pelajar yang cemerlang dan sahabat yang disenangi.
Mulai hari ini...aku akan cuba untuk menjadi seorang pemimpin dan pelajar yang cemerlang..dan aku terus akan mencuba sehingga berjaya. InsyaAllah...aku boleh lakukan. Kerana Allah S.W.T. tidak akan membebani seseorang itu melainkan apa yang terdaya olehnya, dan aku amat percaya dengan kekuasaanNya...InsyaAllah....
No comments:
Post a Comment