Coretan Seorang Hanisa: SHAKE DI PAGI RAYA

If U Like This Blog..HIT THE 'LIKE' BUTTON!!!

BOLEH SAYA BANTU?

Nama
Emel
No Telefon yang boleh dihubungi
Pernahkah anda mendengar mengenai Herbalife sebelum ini? Ya
Tidak
Boleh saya bantu untuk NAIK BERAT BADAN
TURUN BERAT BADAN
TAMBAH TENAGA
PERBAIKI TAHAP KESIHATAN
PERBAIKI MASALAH KULIT
PROGRAM SARAPAN SIHAT
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN
Sebarang maklumat tambahan/ pertanyaan

Put a website form like this on your site.

Thursday, August 30, 2012

SHAKE DI PAGI RAYA



“Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar! La ila ha illallahu wallahu akbar...” Bergema takbir Aidilfitri  di hening pagi 1 Syawal. Aku bangun seawal pagi bersegera mandi sunat Hari Raya dan bersolat Subuh. 

K.Long sedang menggosok pakaian untuk satu family. Tahun ini kuserahkan tugas menggosok pakaian kepada K.Long. Saban tahun aku dijadikan maid penggosok pakaian raya. Abang-abangku mencampakkan jubah dan baju melayu mereka sesuka hati. “Nah maid! Tolong ironkan!” Amboi! Sedapnya bahasa. Takpe, tahun ni K.Long pula dijadikan maid. Hahaha

Usai bersiap, aku meniti anak tangga turun ke ruang tamu. Wahh!! Mereka sedang bersalaman memohon ampun sesame keluarga. Aku seperti biasa, tidak punyai hati yang lembut untuk menitiskan air mata sewaktu bersalam dengan ayah bonda dan kakanda. Ahh!! Hati batu!! Itulah panggilan mereka kepadaku. Hmm..nak buat macam mana, hati dah keras. Aku hidup punyai prinsip. Prinsipku buat sesuatu kena betul-betul, ikhlas. Bagiku, selepas bersalaman meminta ampun, bernangis-nangisan, mereka akan memuat kesilapan lagi. Aku lebih selesa memohon ampun kepada Allah, diwaktu keseorangan, bermuhasabah diri. Pada waktu itu, terasa kosong sangat jiwa ini.

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong...kosong


**Haha teringat pula lagu Najwa Latif

Sebelum ke surau untuk bersolat Hari Raya, kamu menjamu selera. Sudah kewajiban kepada muslimin untuk menjamah makanan sebelum menunaikan solat hari raya Aidlifitri. Seperti biasa, sudah menjadi kelaziman bagi keluargaku untuk menjamu ketupat, rendang kerang dan ayam, sambal udang, lodeh dan kuah kacang. Menu utama yang tidak pernah jemu kami santapi tatkala Aidilfitri menjelma. Tetapi ada kelainan sedikit pada tahun ini. Kami MENJAMU SHAKES!

Alhamdulillah..tahun ini merupakan tahun ke-2 aku berpuasa dengan nutrisi Herbalife dan tahun pertama aku bersantapkan shake di pagi Syawal. Girang rasanya pabila melihat satu keluarga tidak menjamah ketupat pada tahun ini. Mereka semua join sekaki bersama menjamah Aloevera, Teamix dan Shakes pada pagi itu. Hidangan dikongsi bersama. Sharing is caring. Am I right? Hehe.

Perkara yang paling COMEL sekali adalah saat emak memberi shake coklat kepada anak buahku, Haffiy yang baru sahaja berusia 1 tahun. Sekali minum, si kecil Haffiy mahu lagi.Haihh!! Tak padan dengan  kecil tapi kuat makan+minum=). Hampir suku shake emak ditelan Haffiy. Comel sungguh! Budak kecil pun tahu menilai makanan yang bagus, dtambah lagi rasa shake yang sungguhhhh lazzaaaatttt tawww!!!

Alhamdulillah..pada tahun ini kami sekeluarga tidak punyai masalah cirit-birit akibat makanan pedas yang kami ambil di pagi raya. Pada tahun ini, kesemua ahli keluargaku bersarapan shake kerana dia orang semua tak mahu mengalami masalah ruji kami pada tiap-tiap raya pertama kami. CIRIT-BIRIT. Sebab semua mahu beraya dengan gembira. Keluarga happy, aku pun happy!

NASIHAT:
Kepada sahabat sekalian, bertukarlah sarapan kita dengan nutrisi seimbang. Kerana di awal pagi kita perlu kepada makanan yang cukup zat dan nutrisi untuk meneruskan kerja seharian kita.
Tips di pagi Syawal: Minumlah Aloevera, Teamix, & Shakes sebelum ke masjid atau ke surau. Tahan dahulu nafsu untuk menjamu makanan yang lazat-lazat tetapi tidak bagus untuk kesihatan kita yang mana boleh memudaratkan diri kita sendiri. Selepas solat, bolehlah untuk manjamu selera. Silakan!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN^^,)

No comments:

Post a Comment