If U Like This Blog..HIT THE 'LIKE' BUTTON!!!

BOLEH SAYA BANTU?

Nama
Emel
No Telefon yang boleh dihubungi
Pernahkah anda mendengar mengenai Herbalife sebelum ini? Ya
Tidak
Boleh saya bantu untuk NAIK BERAT BADAN
TURUN BERAT BADAN
TAMBAH TENAGA
PERBAIKI TAHAP KESIHATAN
PERBAIKI MASALAH KULIT
PROGRAM SARAPAN SIHAT
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN
Sebarang maklumat tambahan/ pertanyaan

Put a website form like this on your site.

Thursday, March 27, 2014

Mengurangi Paras Kolestrol Tubuh

Bismillah…


Sudah lama rasanya saya tidak berkongsi entri. Al-maklum lar..sekarang ni sudah masuk di semester akhir, tanggungjawab semakin besar di akhir-akhir pengajian sarjana muda ni. Ok abaikan... hehe
Hari ini diri ini terpanggil untuk berkongsi mengenai topik kolestrol. Kenapa pula kolestrol?? Sebab petang tadi, ada seorang mak cik bertanyakan mengenai produk Herbalife untuk mengawal tahap kolesterol badan beliau. Jadi, saya rasa perlu untuk saya kongsikan ilmu ini kepada anda semua kerana rata-rata masih lagi kurang faham apa kaitannya kolesterol dan lemak. Jadi, APAKAH ITU KOLESTEROL?? Mungkin topik ini rasanya agak membosankan TAPI…ianya amat penting untuk anda. Fahamkan maksud saya??

Kolestrol ni sebenarnya bermanfaat kepada tubuh badan manusia, cuma hanya pada kadar tertentu saja. Ia boleh menjadi baik atau buruk, bergantung kepada kadar pengambilan. Ia bersifat lembut dan berminyak dan merupakan komponen utama pada struktur selaput sel. Ia berada di seluruh tubuh badan manusia seperti otak, limpa, usus, kulit dan dll. Jika tidak dikawal, maka terjadilah penyakit-penyakit yang memudaratkan seperti darah tinggi, penyakit jantung, strok, batu karang dan kegagalan ginjal.

Kolesterol merupakan salah satu punca utama kepada masalah penyakit jantung. Ia boleh mengakibatkan saluran darah tersumbat dan semakin mengecil. Jika berlaku kepada bahagian jantung, maka kesannya adalah penyakit jantung. Jika berlaku di otak, kesannya adalah strok. Jika berlaku di saluran darah, kesannya darah tinggi. Ada juga penyakit berkaitan pendengaran, penglihatan dan juga kecerdasan minda. Jadi, JAGA-JAGA! KOLESTROL BOLEH MEMBUNUH MANUSIA!

ADAKAH KOLESTEROL SAMA SEPERTI LEMAK?

Kolesterol seringkali disamakan dengan lemak. Memang ada persamaan di antara keduanya, tetapi hakikatnya, keduanya tidak sama. Lemak terdiri daripada pelbagai komponen, salah satunya adalah kolestrol. Ini bermakna kolestrol tergolong dalam keluarga lemak. Dan, tidak semua lemak punyai kolestrol. Ramai yang berfikir bahawa kolestrol ini sama saja dengan lemak, ada juga mengatakan orang yang obesiti atau punyai masalah kegemukan banyak kolestrolnya, dan orang yang kurus sedikit kolestrol dalam tubuhnya. Ini sama sekali salah! Ingat, kolesterol termasuk dalam keluarga lemak. Tapi lemak belum tentu adalah kolesterol. (take note!)

BAGAIMANA MENGATASI MASALAH KOLESTROL BERLEBIHAN?

Dalam tubuh kita ini terdapat kolesterol jahat (Low Density Lipoprotein/ LDL) dimana kolestrol ini akan menempel pada pembuluh darah, dan juga kolesterol baik (High Density Lipoprotein/ HDL) di mana ia akan melarutkan kandungan LDL dalam tubuh. Kolesterol normal dalam tubuh adalah 160-200 mg, maka kandungan LDL harus dicegah agar tetap dalam keadaan normal. Berikut beberapa tips agar anda dapat mengawal tahap kolesterol dalam darah:

Diet Sihat
Pengambilan makanan berlemak dan berminyak menjadi salah satu penyebab bertambahnya kadar kolesterol dalam tubuh. Oleh itu, kurangi makanan yang menjadi penyebab kolesterol tinggi seperti daging merah, mentega, keju, makanan digoreng dan kuih muih yang manis. Banyakkanlah memakan makanan yang berunsur serat seperti kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan. Kalau ingin diet cara yang lebih mudah dan selamat, ambil sahaja nutrisi Herbalife. Kandungannya nutrient, vitamin dan fibernya sangat lengkap!

Kurangi Berat Badan
Obesiti akan meningkatan paras kolesterol yang tinggi. Berat badan berlebihan akan meningkatkan trigliserida (lemak berbahaya) yang akhirnya akan menyebabkan penyumbatan salur darah. Sebab itu, selalu sahaja orang yang obes ini dikaitkan dengan kolesterol yang tinggi. Jadi, salah satu cara bagi mengawal kolestrol adalah dengan mengurangi berat badan. Mudah sahaja untuk turun berat badan; 80%-DIET 20%-SENAMAN. (tidak faham tak mengapa, selepas ini boleh Tanya saya. Ok)

Bersenam
Senaman boleh membantu membakar kalori dengan lebih banyak. Lakukanlah senaman 3 kali seminggu, 30 minit setiap senaman. Ia boleh dilakukan dengan cara berjoging, berjalan, latihan kardiovaskular, berenang dan sebagainya. Hidup aktif dapat membantu anda mengawal berat badan.

Hindari Rokok
Tabiat merokok berisiko tinggi dalam meningkatkan jumlah kolesterol kerana merokok merupakan salah satu cara yang boleh mengakibatkan menurunkan kadar kolesterol baik dalam badan. Jadi, jom jauhi rokok dari sekarang. (Apa kata…duit rokok itu kita invest ke tempat yang lebih bermanfaat seperti simpanan untuk pergi Haji atau Umrah. Oopps!)

Awasi Waktu Risiko Tinggi
Waktu risiko tinggi bagi wanita adalah setelah menopaus. Biasanya wanita menopaus memiliki kadar kolesterol yang tinggi berbanding lelaki. Oleh itu, sekiranya anda kalangan yang telah menopaus, jaga pola makan yang sihat serta amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam.

Hati-hati Dalam Penggunaan Ubat
Beberapa ubat-ubatan dapat meningkatkan kadar trigliserida. Jesteru, sebelum mengambil ubat-ubatan yang anda tidak pasti kesannya terhadap kesihatan tubuh badan, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu ok.

Jauhi Alkohol
Kekerapan mengambil alkohol boleh merosakkan hati dan jantung yang menyebabkan tekanan darah tinggi dan menjurus kepada kadar kolesterol semakin meningkat dalam tubuh. Jadi, elakkan minuman keras. Pendek cerita, haram dalam Islam minum minuman beralkohol ni. (Islam sudah beri guideline kesihatan secara percuma kepada umat manusia. Cuma nak ikut atau tidak saja)

Elak Stres
Jika anda stres, pastikan anda cuba mengawalnya dengan cara yang baik ok. Sesetengah orang ingin mengubat tekanan dengan cara menghiburkan diri sendiri dengan makan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Oleh sebab itu, anda perlu pantau pemakanan setiap hari dan elakkan stres berpanjangan kerana ia boleh menyebabkan kolesterol darah meningkat. Janganlah pula asal stress je makan banyak, asal makan banyak je stress. haduyy! Meletop perut.

Ok. Sekian sahaja info dari saya. Semoga kalian semua mendapat manfaat dari entri kalini. Selepas ini saya akan kongsi bangaimana produk Herbalife boleh membantu mengawal kolesterol. Nantikan….

Ingin saya bantu anda dalam mengurangi masalah kesihatan..?

NEED a COACH??
am YOUR COACH!
HANISA
013 255 8910
(Call/SMS/Wassap)


*Lihat Produk Dalaman Herbalife di SINI

Tuesday, March 4, 2014

Minggu Pertama Sebagai Mahasiswa

Bismillah....
Hari ini genap 2 hari aku menjalani kehidupan sebagai mahasiswi "semula" di UiTM Di hatiku setelah menyempurnakan internship pada semester lepas. Bila sudah lama tidak berlajar ini, cabaran-cabaran baru mulalah bertandang. Kehidupanku sebagai mahasiswi kini tak semudah sebelumnya tapi wajib jua kutempuhi bagi menghabiskan pengajianku sebagai pelajar Sarjana Muda Perakaunan di UiTM S.Alam.

Semester kali ini merupakan semester terakhirku sebagai pelajar "degree" dan merupakan batch terakhir di Menara SAAS, sebelum fakulti ini berpindah ke Puncak Alam pada semester hadapan. Walaupun berada di semester akhir, bagiku ini adalah semester baruku di mana aku berjumpa dengan sahabat-sahabat baru yang masih kuragu bagaimana gaya dan cara mereka dalam pergaulan dan semangat setiakawan, pensyarah-pensyarah juga baru dan kutidak tahu bagaimana gaya mereka menyampaikan ilmu, pengajian dan cara pembelajaran juga baru di mana kuterpaksa bergerak di dalam kumpulan bagi menyiapkan segala tugasan yang ku tidak pasti pengakhirannya.

Tetapi...apa yang ku tahu, dan ku yakin...ini adalah tempatku menimba ilmu. Segala cabaran-cabaran ini perlu kuhadapi kerana Allah, bukan kerana mahu grad dengan DL atau apa, yang penting keberkatan dari-Nya dalam setiap pekerjaan dan tindak tandukku. Moga, ianya menjadi ibadah dan segala ilmu yang ku timba mendapat kebaikan dan manfaat kepada diri dan juga orang lain...amiin...

Semoga ku dapat mencoretkan kenangan-kenangan manis dalam hidup sebagai pelajar sarjana muda sebelum ianya berakhir....

Sekian, wassalam...