If U Like This Blog..HIT THE 'LIKE' BUTTON!!!

BOLEH SAYA BANTU?

Nama
Emel
No Telefon yang boleh dihubungi
Pernahkah anda mendengar mengenai Herbalife sebelum ini? Ya
Tidak
Boleh saya bantu untuk NAIK BERAT BADAN
TURUN BERAT BADAN
TAMBAH TENAGA
PERBAIKI TAHAP KESIHATAN
PERBAIKI MASALAH KULIT
PROGRAM SARAPAN SIHAT
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN
Sebarang maklumat tambahan/ pertanyaan

Put a website form like this on your site.

Tuesday, March 4, 2014

Minggu Pertama Sebagai Mahasiswa

Bismillah....
Hari ini genap 2 hari aku menjalani kehidupan sebagai mahasiswi "semula" di UiTM Di hatiku setelah menyempurnakan internship pada semester lepas. Bila sudah lama tidak berlajar ini, cabaran-cabaran baru mulalah bertandang. Kehidupanku sebagai mahasiswi kini tak semudah sebelumnya tapi wajib jua kutempuhi bagi menghabiskan pengajianku sebagai pelajar Sarjana Muda Perakaunan di UiTM S.Alam.

Semester kali ini merupakan semester terakhirku sebagai pelajar "degree" dan merupakan batch terakhir di Menara SAAS, sebelum fakulti ini berpindah ke Puncak Alam pada semester hadapan. Walaupun berada di semester akhir, bagiku ini adalah semester baruku di mana aku berjumpa dengan sahabat-sahabat baru yang masih kuragu bagaimana gaya dan cara mereka dalam pergaulan dan semangat setiakawan, pensyarah-pensyarah juga baru dan kutidak tahu bagaimana gaya mereka menyampaikan ilmu, pengajian dan cara pembelajaran juga baru di mana kuterpaksa bergerak di dalam kumpulan bagi menyiapkan segala tugasan yang ku tidak pasti pengakhirannya.

Tetapi...apa yang ku tahu, dan ku yakin...ini adalah tempatku menimba ilmu. Segala cabaran-cabaran ini perlu kuhadapi kerana Allah, bukan kerana mahu grad dengan DL atau apa, yang penting keberkatan dari-Nya dalam setiap pekerjaan dan tindak tandukku. Moga, ianya menjadi ibadah dan segala ilmu yang ku timba mendapat kebaikan dan manfaat kepada diri dan juga orang lain...amiin...

Semoga ku dapat mencoretkan kenangan-kenangan manis dalam hidup sebagai pelajar sarjana muda sebelum ianya berakhir....

Sekian, wassalam...

No comments:

Post a Comment