Assalamualaikum...dan salam sejahtera!
"Mahalnya harga produk. Dik, tak boleh bagi diskaun ke?"
Inilah sms-sms dan whatsap-whatsap panas yang telah saya terima acap kali memberi respon harga kepada insan-insan terpilih yang punyai impian untuk menjadi lebih sihat, lebih cantik dan lebih bertenaga. Saya sendiri tidak pernah bertanya soalan seperti ini kepada coach saya dahulu.
Herbalife. Mahal ke??
Saya tanya anda sekarang.
Mahal sangat ke Herbalife ni jika dibanding dengan bill hospital yang semakin hari semakin tinggi melangit dek kerana masalah kesihatan yang masih belum pulih?
Mahal sangat ke Herbalife ni jika dibanding dengan produk-produk kesihatan tradisional mahupun modern yang sering bertukar silih-berganti bila kadar kesihatan tidak juga menurun?
Mahal sangat ke Herbalife ni jika dibanding dengan produk-produk turun berat badan yang murah tetapi tidak berkesan? Tidak berkesan yang itu, dicuba pula produk yang lain, dan sebagainya.
Mahal sangat ke Herbalife ni jika dibanding dengan produk-produk supplement kesihatan yang masih lagi dalam status "ragu-ragu" dan tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, namun diredah jua dek kerana ingin kelihatan cantik menawan?
Mahal sangat ke Herballife ni jika di banding dengan produk-produk yang mendapat kesan dengan sepantas kilat, namun hakikatnya mendapat kesan negatif bila selalu digunakan atau bila berhenti dari menggunakan produk-produk tersebut?
Mahal sangat ke Herbalife ni jika dibanding dengan susu-susu dan supplement-supplement untuk menaikkan berat badan dan meningkatkan otot fizikal diri yang kebanyakan darinya punyai kadar lemak yang tinggi dan tidak bagus kepada tubuh badan?
Mahal sangat ke Herbalife ni jika dibanding dengan fast foods yang sering dinikmati tatkala hujung minggu? Bukan lemak berkurangan, bahkan makin naik mendadak.
Mahal sangat ke Herbalife ni jika dibanding dengan makanan-makanan kebanyakan rakyat Malaysia yang hakikatnya segalanya tinngi?? Tinggi LEMAK, tinggi GULA, tinggi GI, tinngi KALORI, tetapi rendah TENAGA, rendah NUTRISI.
Mahal sangat ke Herbalife ni jika dibanding dengan kehebatan gadget-gadget yang tidak mampu memberikan kesihatan dan kecantikan kepada kita?
Mahal sangat ke Herbalife ni jika LEBIH 80 JUTA pengguna BERPUAS HATI, sudah berada di LEBIH 90 BUAH NEGARA, mempunyai PAKAR-PAKAR KESIHATAN dan NUTRISI dan pemenang NOBLE LAUREATE?
Mahal sangat ke Herbalife ni??
ANDA rasa?
Baca. Fikir. Nilai. dan buat Keputusan.
Saya bukannya marah atau apa, kadang-kala saya rasa sedikit kecewa bila ada yang memberi respon Herbalife ni mahal namun masih mampu membeli benda lain yang kurang bermanfaat kepada diri. Bila diteliti, kita boleh nilai sendiri tahap keseriusan seseorang untuk berubah ke arah lebih baik. Saya bermula dengan Herbalife sebagai pengguna dengan berstatus seorang "pelajar", dan saya seorang sentiasa menilai baik dan buruk sesuatu barangan sebelum saya membeli. Kerana saya tahu akan kebaikan Herbalife, saya terus membeli tanpa banyak alasan kerana saya mahu sihat, saya mahu bertenaga untuk berlajar dan bersukan, saya mahu berat badan yang ideal, saya mahu kulit yang cantik, saya mahu menjaga badan saya sampai ke akhirnya. Kerana itu, saya memilih Herbalife dan saya telah menggunakan Herbalife selama 3 tahun. Alhamdulillah...hasilnya ke atas diri sangat hebat dan ramai yang menegur perubahan saya walau ke mana saya berada.
So, pokoknya di sini. NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH.
Jika sahabat-sahabat punyai niat yang ikhlas untuk berubah ke arah hidup yang lebih baik. Pasti ada jalannya. To change for a better, there is no excuses!
Saya teringat satu cerita daripada seorang Coach Herbalife, Unty Rose namanya. Beliau punyai customer (saya terlupa nama beliau) yang berpenyakit kulit yang kronik. kulitnya bersopak-sopak dan kemerahan. Sangat sensitif. Beliau inginkan Herbalife untuk mengubati masalah penyakit beliau namun, kekangan kewangan membuatkan beliau tidak mampu membeli nutrisi Herbalife. Walau bagaimanapun, kerana benar-benar ingin berubah dan pulih, beliau sanggup bangun di waktu pagi untuk membuat kuih dan menjual kuih-kuih tersebut. Hasil daripada jualan kuih itu digunakan untuk membeli produk Herbalife. Alhamdulillah...berkat kesabaran beliau dan niat beliau, Allah dengar doa dan lihat usaha beliau. Masalah kulit beliau beransur pulih hari demi hari. Saya melihat sendiri perubahan kulit yang berlaku ke atas diri beliau melalui gambar-gambar yang ditunjukkan oleh Unty Rose. Saya sangat tersentuh dan rasa bersyukur dalam diri kerana tidak sampai ke tahap seperti beliau untuk berubah.
Jadi, saya harap para pembaca yang ingin berubah, teruskanlah berusaha. Jangan pernah mengalah dan kecundang di tengah jalan atau sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja untuk berubah. Kadang-kala ianya hanya sekadar nafsu sahaja untuk berubah, bukannya benar-benar dari hati yang ikhlas. Jadi, cek balik diri samada anda serius atau tidak. Jika benar-benar serius, Cari saya ok?
Assalamualaikum...
Hanisa
018 266 0082
sms/wsp