Bismillah…
Alhamdulillah…hari
ni merupakan hari ke-2 puasa di bulan Ramadhan. Semoga kita semua dapat
menggandakan amalan kita daripada tahun-tahun sebelumnya dan berusaha mencari
keredhaan Allah di bulan yang penuh barakah ini. InsyaAllah..
Sebenarnya,
aku nak berkongsi tentang keseronakan puasa..ceritaku. Ahakz!
Tahu tak?
Apa yang paling menarik sekali tentang puasa??
PUASALAH!
Hehe
Nikmatnya
tak terkira! Subhanallah..!
Aku suka
sangat bulan Ramadhan sebab bulan ni je seluruh umat Islam bersama-sama menjalani ibadah
puasa. Selalu kalau puasa sunnat, tak semua orang yang buat. Betul tak??
“Dengan ini, duli-duli mulia mengisytiharkan tarikh bermulanya puasa Ramadhan…jatuh pada..”
Wahh!!
Sudah nak puasalah! Best2!! Jom solat Terawikh malam ni ramai-ramai! Nikmat yang hanya kita dapat setahun sekali je. Rugi sangat bagi mereka yang mensia-siakan solat terawikh. Sejak kecil lagi,
kami adik-beradik telah dididik agar tidak meninggalkan solat Terawikh walaupun
sehari. Kalau nak main mercun sekalipun..kami akan solat 8 rakaat berjemaah
dulu. Lepas tu baru dapat main. Sekali je PONTENG TERAWIKH..POTONG DUIT RAYA! Sekali je
PONTENG PUASA…PUN POTONG DUIT RAYA. Itulah Bundaku.. sangat pentingkan solat dan
puasa.
Kata Bunda, “Puasa dan solat terawikh hanya setahun sekali je, jadi kita
perlu buat betul-betul. Rugi kalau meniggalkannya..”. Alhamdulillah..walaupun kami makin
besar, makin banyak tanggungjawab, makin sibuk, kami akan cuba sedaya upaya untuk menunaikan
solat terawikh walaupun sendirian. Ya Allah ruginya kalau tak dapat tunaikan terawikh=(.Terima Kasih Bunda kerana didik kami..!
Bila waktu
sahur, Bunda akan bangun seawal pagi yang mungkin untuk menyiapkan juadah
bersahur. Kakak akan kejutkan kami adik-beradik. Tapi..biasalah, nak bangun tidur
tu memang agak liat lah kan?? Apa lagi?? Siram air sudah! Memang selalu baju aku
dan abang-abang lencut disiram segayung air. HaHaHa. Bila nak prepare juadah
sahur, kadang-kadang Bunda panaskan lauk berbuka semalam je. Tak pun, masak
nasi panas dengan ayam goreng, atau Maggie, atau roti or biskut. Itulah jelah
kot RUTIN SAHUR DULU. Paling malas, minum air kosong!=P
Tapi.. now
kami sekeluarga hanya mengambil nutrisi Herbalife 1-2-3, ALOE-TEA-SHAKES!
Settle! Done sahur hanya 15 minit je. Hehe. Yang menarik sekali, kalau dulu,
masa berjam-jam yang Bunda habiskan hanya untuk menyediakan juadah sahur dan
mengejutkan kami..telah ditukar dengan banyakan qiamullail. Alhamdulillah..itu
yang aku sayang sangat Herbalife ni. Jimat masa! HeHeHe. Selepas sahur, kami
sekeluarga akan bersolat jemaah di surau, dan bertadarus.
Dulu punya
cerita, sepanjang berpuasa tu memang azab. Letih, lesu, mengantukss. Abang aku sampai masuk kepala
dalam peti sejuk sebab nak sejuk dan tak nak penat. Tak pun melengkor atas
katil=) Tak sabar nak berbuka!! Aisehh!! =(
Bila nak berbuka
ni…PERGHHH!!! Seriously, juadah bazaar berlambak-lambak! Air perbagai jenis. Air
Cincau, Tebu, Teh, Jangung, macam sudah jadi syurga air aku tengok. Makanan tak
payah cakap.. Masya-Allah banyaknya! Roti John, Ayam percik, kuih-muih,
makan nasi lagi. Nak Peng*San*! Selepas tuh, nak solat Maghrib, pancit. Tak pun
sakit perut, tak pun solat terawikh tersengguk-sengguk.=( Isyk3 TOO BAD!
Alhamdulillah..Allah
jumpakan aku dan keluarga dengan Herbalife. Kami makin bersederhana dalam
bersahur dan berbuka. Kami berbuka hanya makan kurma, 123 Herbalife (aloe, tea,
shake), selepas tu solat Maghrib dan lepas tuh, jamah sikit lauk,
mengaji, dan terus pergi solat Isyak dan Terawikh di surau. Pergi solat,
standby bawa air suam 1 liter. Balik rumah, minum 2 liter air dan shake. Simple
je! Terlampau jimat! Sebab dulu punya cerita sebelum aku bertemu Herbalife,
kami akan berbelanja RM10-RM50 sehari! Hari-hari! Memang pembaziran berlaku
sepanjang puasa. Mak aii! Ruginya! Nafsu mengawasi diri masa tuh.
Alhamdulillah..sekarang
banyak perubahan yang sudah berlaku dalam kehidupan kami..
Sepanjang
puasa di bulan Ramadhan, one of my sisters seperti biasa akan menjalankan perniagaan
‘Cookies” dia. Cookies kakak aku memang SEDAPPP!! Tak tipu! Kakak aku dah buat
perniagaan ni lebih 15 tahun, hanya dari rumah. Tempahan Angah ni biasa memang
beribu-ribu botol. Sangat banyak sampai kami adik-beradikterpaksa bantu
Angah untuk siapkan tempahan dia. Ceh aku ni sudah macam promote lak kan?
Hehehe. Tapi seriously sedap. Even sekarang aku buat bisnes Herbalife, aku still tolong dia juga
untuk siapkan tempahan ni. Siapa-siapa yang teruja dan berkeinginan untuk
membuat tempahan, korang pergi LIKE page ni https://www.facebook.com/MadelynnsCookies?ref=hl dan boleh buat tempahan yer sebab aku ni
tengah bercerita di blog ni. Hahaha…
10 hari
terakhir Ramadhan, surau di kawasan rumah aku akan buat qiamullail dan bersahur jemaah di surau.
Tahun lepas first time dapat join qiamullail. Subhanallah! Best sangat! Nikmatnya! Jom
kita qiamullail sama2 tahun ni!! Hehe
Cuma, tahun
lepas semua makcik-makcik di surau asik dok usyar aku sahur apa? Tak makan makanan surau pun. Minum air je ke? Sampai
ada yang Tanya, “Nak, kenyang keh minum air ni??” uuwaahhhahaha..lawak je kan. Ada yang minta air
siket sebab tengok botol aku 2 liter yang gedabak tuh sungguh mengiurkannn. Hehe
Hah! Itulah
perjalananku sepanjang berpuasa Ramadhan bersama keluarga. Alhamdulillah..banyak
perubahan yang berlaku kini setelah bertemu Herbalife. Lebih menjaga kesihatan,
lebih berusaha berjimat, lebih gunakan masa untuk perkara-perkara yang lebih
bermanfaat. Alhamdulillah.. Guys yang ambil Herbalife Ramadhan tahun ini,
TAHNIAHH!!! Aku ucapkan…
Tahun ini
merupakan tahun ke-3 berpuasa bersama Herbalife. Aku sangat berharap banyak
perubahan yang berlaku pada diri, amal, akhlak demi mencari keredhaaan Allah…
InsyaAllah..
SELAMAT
MENJALANI IBADAH PUASA!!!
NEED a
COACH??
I am YOUR
COACH!
HANISA
013-255 8910
(Call/SMS/Wassap)