Coretan Seorang Hanisa: Ramadhan Punya Cerita

If U Like This Blog..HIT THE 'LIKE' BUTTON!!!

BOLEH SAYA BANTU?

Nama
Emel
No Telefon yang boleh dihubungi
Pernahkah anda mendengar mengenai Herbalife sebelum ini? Ya
Tidak
Boleh saya bantu untuk NAIK BERAT BADAN
TURUN BERAT BADAN
TAMBAH TENAGA
PERBAIKI TAHAP KESIHATAN
PERBAIKI MASALAH KULIT
PROGRAM SARAPAN SIHAT
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN
Sebarang maklumat tambahan/ pertanyaan

Put a website form like this on your site.

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Punya Cerita

Bismillah…
Alhamdulillah…hari ni merupakan hari ke-2 puasa di bulan Ramadhan. Semoga kita semua dapat menggandakan amalan kita daripada tahun-tahun sebelumnya dan berusaha mencari keredhaan Allah di bulan yang penuh barakah ini. InsyaAllah..

Sebenarnya, aku nak berkongsi tentang keseronakan puasa..ceritaku. Ahakz!

Tahu tak? Apa yang paling menarik sekali tentang puasa??

PUASALAH! Hehe

Nikmatnya tak terkira! Subhanallah..!

Aku suka sangat bulan Ramadhan sebab bulan ni je seluruh umat Islam bersama-sama menjalani ibadah puasa. Selalu kalau puasa sunnat, tak semua orang yang buat. Betul tak??






“Dengan ini, duli-duli mulia mengisytiharkan tarikh bermulanya puasa Ramadhan…jatuh pada..”



Wahh!! Sudah nak puasalah! Best2!! Jom solat Terawikh malam ni ramai-ramai! Nikmat yang hanya kita dapat setahun sekali je. Rugi sangat bagi mereka yang mensia-siakan solat terawikh. Sejak kecil lagi, kami adik-beradik telah dididik agar tidak meninggalkan solat Terawikh walaupun sehari. Kalau nak main mercun sekalipun..kami akan solat 8 rakaat berjemaah dulu. Lepas tu baru dapat main. Sekali je PONTENG TERAWIKH..POTONG DUIT RAYA! Sekali je PONTENG PUASA…PUN POTONG DUIT RAYA. Itulah Bundaku.. sangat pentingkan solat dan puasa.
Kata Bunda, “Puasa dan solat terawikh hanya setahun sekali je, jadi kita perlu buat betul-betul. Rugi kalau meniggalkannya..”. Alhamdulillah..walaupun kami makin besar, makin banyak tanggungjawab, makin sibuk, kami akan cuba sedaya upaya untuk menunaikan solat terawikh walaupun sendirian. Ya Allah ruginya kalau tak dapat tunaikan terawikh=(.Terima Kasih Bunda kerana didik kami..!

Bila waktu sahur, Bunda akan bangun seawal pagi yang mungkin untuk menyiapkan juadah bersahur. Kakak akan kejutkan kami adik-beradik. Tapi..biasalah, nak bangun tidur tu memang agak liat lah kan?? Apa lagi?? Siram air sudah! Memang selalu baju aku dan abang-abang lencut disiram segayung air. HaHaHa. Bila nak prepare juadah sahur, kadang-kadang Bunda panaskan lauk berbuka semalam je. Tak pun, masak nasi panas dengan ayam goreng, atau Maggie, atau roti or biskut. Itulah jelah kot RUTIN SAHUR DULU. Paling malas, minum air kosong!=P

Tapi.. now kami sekeluarga hanya mengambil nutrisi Herbalife 1-2-3, ALOE-TEA-SHAKES! Settle! Done sahur hanya 15 minit je. Hehe. Yang menarik sekali, kalau dulu, masa berjam-jam yang Bunda habiskan hanya untuk menyediakan juadah sahur dan mengejutkan kami..telah ditukar dengan banyakan qiamullail. Alhamdulillah..itu yang aku sayang sangat Herbalife ni. Jimat masa! HeHeHe. Selepas sahur, kami sekeluarga akan bersolat jemaah di surau, dan bertadarus.

Dulu punya cerita, sepanjang berpuasa tu memang azab. Letih, lesu, mengantukss. Abang aku sampai masuk kepala dalam peti sejuk sebab nak sejuk dan tak nak penat. Tak pun melengkor atas katil=) Tak sabar nak berbuka!! Aisehh!! =(

Bila nak berbuka ni…PERGHHH!!! Seriously, juadah bazaar berlambak-lambak! Air perbagai jenis. Air Cincau, Tebu, Teh, Jangung, macam sudah jadi syurga air aku tengok. Makanan tak payah cakap.. Masya-Allah banyaknya! Roti John, Ayam percik, kuih-muih, makan nasi lagi. Nak Peng*San*! Selepas tuh, nak solat Maghrib, pancit. Tak pun sakit perut, tak pun solat terawikh tersengguk-sengguk.=( Isyk3 TOO BAD!
Alhamdulillah..Allah jumpakan aku dan keluarga dengan Herbalife. Kami makin bersederhana dalam bersahur dan berbuka. Kami berbuka hanya makan kurma, 123 Herbalife (aloe, tea, shake), selepas tu solat Maghrib dan lepas tuh, jamah sikit lauk, mengaji, dan terus pergi solat Isyak dan Terawikh di surau. Pergi solat, standby bawa air suam 1 liter. Balik rumah, minum 2 liter air dan shake. Simple je! Terlampau jimat! Sebab dulu punya cerita sebelum aku bertemu Herbalife, kami akan berbelanja RM10-RM50 sehari! Hari-hari! Memang pembaziran berlaku sepanjang puasa. Mak aii! Ruginya! Nafsu mengawasi diri masa tuh.

Alhamdulillah..sekarang banyak perubahan yang sudah berlaku dalam kehidupan kami..

Sepanjang puasa di bulan Ramadhan, one of my sisters seperti biasa akan menjalankan perniagaan ‘Cookies” dia. Cookies kakak aku memang SEDAPPP!! Tak tipu! Kakak aku dah buat perniagaan ni lebih 15 tahun, hanya dari rumah. Tempahan Angah ni biasa memang beribu-ribu botol. Sangat banyak sampai kami adik-beradikterpaksa bantu Angah untuk siapkan tempahan dia. Ceh aku ni sudah macam promote lak kan? Hehehe. Tapi seriously sedap. Even sekarang aku buat bisnes Herbalife, aku still tolong dia juga untuk siapkan tempahan ni. Siapa-siapa yang teruja dan berkeinginan untuk membuat tempahan, korang pergi LIKE page ni https://www.facebook.com/MadelynnsCookies?ref=hl dan boleh buat tempahan yer sebab aku ni tengah bercerita di blog ni. Hahaha…

10 hari terakhir Ramadhan, surau di kawasan rumah aku akan buat qiamullail dan bersahur jemaah di surau. Tahun lepas first time dapat join qiamullail. Subhanallah! Best sangat! Nikmatnya! Jom kita qiamullail sama2 tahun ni!! Hehe
Cuma, tahun lepas semua makcik-makcik di surau asik dok usyar aku sahur apa? Tak makan makanan surau pun. Minum air je ke? Sampai ada yang Tanya, “Nak, kenyang keh minum air ni??” uuwaahhhahaha..lawak je kan. Ada yang minta air siket sebab tengok botol aku 2 liter yang gedabak tuh sungguh mengiurkannn. Hehe

Hah! Itulah perjalananku sepanjang berpuasa Ramadhan bersama keluarga. Alhamdulillah..banyak perubahan yang berlaku kini setelah bertemu Herbalife. Lebih menjaga kesihatan, lebih berusaha berjimat, lebih gunakan masa untuk perkara-perkara yang lebih bermanfaat. Alhamdulillah.. Guys yang ambil Herbalife Ramadhan tahun ini, TAHNIAHH!!! Aku ucapkan…

Tahun ini merupakan tahun ke-3 berpuasa bersama Herbalife. Aku sangat berharap banyak perubahan yang berlaku pada diri, amal, akhlak demi mencari keredhaaan Allah…
InsyaAllah..

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA!!!

NEED a COACH??
I am YOUR COACH!
HANISA 013-255 8910
(Call/SMS/Wassap)

No comments:

Post a Comment