Bismillah..
Hari ni aku just nak share je tentang kembaranya aku di bumi
Allah, Bangkok Thailand. Al-kisahnya berbunyi begini.. sebenarnya, aku dan junior@downline Ika Balqis telah missflight semasa di LCCT. Salah sendiri kerana cuai, sama-sama
cuai. Masa tu.. kami dah rasa bad mood dah. Rasa nak patah balik je, buat DMO
di Malaysia, tak payah pergi leadership training di AWT School.
Alhamdulillah..info-info k. Nadia di Facebook telah membuatkan aku dan juniorku
tak jadi untuk nak give up, tapi teruskan melangkah ke Bangkok dengan membeli
tiket penerbangan yang baru. Kami bertolak dari Malaysia pada pukul 1.45
petang.
Masuk-masuk je flight, aku ternampak beg Gucci Herbalife
bersangkut di bahu seorang lelaki Cina. Dengan selambanya, aku terus sapa dia,
“Herbalife?” “Yes, Herbalife”, lelaki Cina t uterus tersenyum. Then, aku Tanya
lagi “AWT School?”. Dia cakap’ “Yes”. “Ok. Nanti kita pergi sama-sama k” dengan
senyuman yang melebar, aku sedekah kat lelaki tu. "Ok. tunggu masa keluar nanti k". Then, sampai je Bangkok, kami
naik teksi bertiga terus ke Impact Arena Challenger, tempat training
berlangsung. Borak punya borak, rupanya lelaki Cina tuh GET Team dalam
Herbalife!! Mak ai! Aku dah borak macam kawan-kawan je dengan dia. Sempat juga
kami berkongsi ilmu sementara nak sampai di Impact tuh.
Sampai je Impact, terus..tak sempat nak cari team sendiri..
terus kami duduk di hall tengah, pasang headphone untuk berlajar dari leaders
dalam Herbalife. Alhamdulillah..dapat juga berlajar hari tu. Habis training
hari tu, aku, junior & Lisa (sideline) check in di MT-Room Condo,
dekat-dekat dengan Impact juga. MT-Room ni murah beb! Senang juga, ada makanan
halal lagi. Bilik pun ok, luas.. boleh muat satu pasukan futsal. Hahaha
Malam tu.. kami kepingin bangat mahu makan Tom Yam Kung dan
pulut mangga, makanan terkenal di Thailand ni. Lepas jamak Maghrib dan Isyak, kami pun
bergegas keluar untuk melawat Bandar Bangkok, beli souvenir dan makan tom yam!
Sebelum tu, kami sempat lagi ke stesen keretapi untuk beli tiket balik Lisa ke Malaysia. Sampainya
kami di Memorial Bridge, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Mak aii!! Baju kami
lencun sakan, tudung basah kuyup. Habis semua cun melecun kami. =(
Disebabkan hujan yang lebat tuh, kami pun berlari sejauh 2km
untuk mencari teksi. Cari punya cari, teksi pulak tak nak berhenti. At last,
kami naik “Tut Tut”. Habis RM90 kami malam tu hanya untuk membayar teksi je. But,
itsokay. Pengalaman. Pengalaman yang paling best yang tak kan kami lupakan malam tu even tak dapat makan tom yam dan
pulut mangga. Sooo sad!
Next day, Kami ke tempat training seperti biasa untuk
menuntut ilmu, tambah kekuatan untuk menjadi leader dalam Herbalife. Kami sempat
berkongsi ilmu dengan foreign distributors, ada dari India, Korea, Jepun, Cina,
Indonesia dan dll. Mereka semua sangat terror dalam herbalife, posisi pun bukan
calang-calang. Tengok biasa-biasa je..tapi Tag GET Team, MILL Team. Perghhh!! Ada
yang tak sempat kurus pun dah jadi Mill Team. Tak ke power di situ. Kami banyak
berlajar dari mereka, bagaimana nak handle organisasi, downline, customers dan
jadi leader yang hebat macam mereka.
Alhamdulillah…perjalanan selama 3 hari 3 malam di Bangkok
sangat memberi manfaat kepada kami. Aku pun banyak sangat berlajar, segala
persoalan-persoalan yang aku pernah utarakan dalam diri pun dah terjawab di AWT
School. Walaupun banyak dugaan terpaksa kutempuh sebelum berangkak ke Bnagkok,
namun semangat untuk pergi menimba ilmu takkan pudar dalam diriku. Kan Rasulullah
pernah berkata; “tuntutlah ilmu walau ke negeri Cina”. Alhamdulillah..sekarang
ni aku sudah menuntut ilmu sehingga ke Negara Thailand, SIngapura, Macau dan
Hong Kong. InsyaAllah..tahun depan pun akan ku bersiap sedia untuk pergi ke
Korea dan Bali!!!! untuk menambah ilmu di sana.
NEED A COACH.?
I AM YOUR COAH
HANISA 013 255 8910
No comments:
Post a Comment