Bismillah...
Harini aku just nak share pasal Raya Qorban, yang terkenal dengan sejarah lampau di zaman Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Bagi umat Islam, siapa tak tahu mengenai kisah ini.. Pengorbanan antara cinta seorang hamba kepada Tuhannya, dan cinta seorang ayah kepada anaknya. Nabi Ibrahim sudah lama tidak mendapat cahaya mata, tapi tak pernah putus asa. Kerana sifat tak putus asa seorang hamba Allah untuk mendapatkan zuriat, akhirnya.. Allah menganugerahkan zuriat kepada baginda, Nabi Ismail. Namun begitu, Allah uji pula baginda dengan suruhan menyembelih anakandanya sendiri demi kasih seorang hamba kepada Tuhannya. Kerana Cinta Allah melebihi segalanya, baginda menunaikan tanggungjawab tersebut. Dan.. kerana zuhudnya seorang hamba Allah kepada Tuhannya, Allah s.w.t. menukarkan penyembelihan anak itu tadi kepada seekor kibas. Dan, kini itulah yang dilakukan umat Islam tatkala menjelangnya Hari Raya Qorban. Begitulah kisahnya hal pengorbanan...
Tragisnya ..kini, Allah tak suruh pun kita mengorbankan anak sendiri demi membuktikan cinta kita kepada Allah. Tapi, sayang... segelintir daripada kita disuruh untuk mengorbankan anak kecil darah daging sendiri demi membuktikan cintanya pada kekasih yang tidak halal. Subhanallah...dunia sekarang sudah terbalik, dan kita dalam jangka masa hampir dengan kiamat, kerana itu zina berada di merata-rata. Kesian si anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa rakus nafsu si teruna dan si dara. Anak-anak ini dibuang ke mangkuk tandas, di tepian jalan, di dalam semak, digonggong anjing liar. Na'uzubillah...
Salam Aidiladha=)
NEED a COACH?
I am YOUR COACH
HANISA 013 255 8910
No comments:
Post a Comment