If U Like This Blog..HIT THE 'LIKE' BUTTON!!!

BOLEH SAYA BANTU?

Nama
Emel
No Telefon yang boleh dihubungi
Pernahkah anda mendengar mengenai Herbalife sebelum ini? Ya
Tidak
Boleh saya bantu untuk NAIK BERAT BADAN
TURUN BERAT BADAN
TAMBAH TENAGA
PERBAIKI TAHAP KESIHATAN
PERBAIKI MASALAH KULIT
PROGRAM SARAPAN SIHAT
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN
Sebarang maklumat tambahan/ pertanyaan

Put a website form like this on your site.

Wednesday, December 4, 2013

Banjir di Malaysia, Segalanya Pasti Punyai Hikmah

Salam...bulan Desember sedang memasang layarnya, menggantikan November yang berlalu pergi. Jadi, sudahkah kita muhasabah diri; apakah yang telah kita lakukan di bulan yang lepas? Ok, takpe..tu jawab masing-masing ye sebab saya nak cerita topik lain harini. hehe

Bila tiba saja bulan Desember ni, macam-macam musim kita jumpa. Al-maklum la musim cuti sekolah kan? Musim Melancong, Musim Kahwin, Musin Berkhatan, Musim Beranak, Musim Tengkujuh dan segala macam musim. Hah! Cerita pasal musim tengkujuh ni, saya nak cerita sedikit pasal negara kita yang sekarang ni dilanda banjir yang boleh dikira dahsyat juga. Tapi, tak semua negeri-negeri di Malaysia dilanda banjir ni. Seperti biasa, negeri di Pantai Timur; Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. Ada orang kata, tahun ni banjir paling dahsyat mengikut sejarah banjir di Malaysia. Betol keh? Wallahu 'alam..

Peta banjir ni saya ambil dari Portal Banjir Malaysia. Nampak tak kedudukan negeri-negeri terbabit?
Sumber : Portal Banjir


NEGERI PAHANG


NEGERI KELANTAN


NEGERI TERENGGANU


NEGERI JOHOR

Nampak ngeri, bukan? Tetapi, cuba kita lihat musibah yang berlaku ini dari kaca mata yang lebih positif. Segala yang berlaku ini pasti ada hikmah disebaliknya.
Kejadian ini seharusnya menjadikan kita lebih peka akan persekitaran, bumi kita. Kejadian ini seharusnya menjadikan kita lebih menjaga keselamatan; material dan jiwa. Dan, kejadian ini juga menjadikan kita seharusnya berkerjasama sesama manusia. Dari sudut lain pula, Allah berikan musibah banjir supaya kita lebih banyak memberi, banyak membuat kebajikan dan sedekah membantu mangsa-mangsa banjir ini. Dalam pada kita sungguh-sungguh membantu mereka, sebenarnya kita sedang mengumpul saham akhirat kita yang kita sendiri tidak sedar. InsyaAllah..

 Mungkin bagi kita, yang dikurniai bermacam anugerah, banjir ini adalah musibah, tapi tidak bagi sebahagian manusia dan makhluk.
Wallahu 'alam...


No comments:

Post a Comment