If U Like This Blog..HIT THE 'LIKE' BUTTON!!!

BOLEH SAYA BANTU?

Nama
Emel
No Telefon yang boleh dihubungi
Pernahkah anda mendengar mengenai Herbalife sebelum ini? Ya
Tidak
Boleh saya bantu untuk NAIK BERAT BADAN
TURUN BERAT BADAN
TAMBAH TENAGA
PERBAIKI TAHAP KESIHATAN
PERBAIKI MASALAH KULIT
PROGRAM SARAPAN SIHAT
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN
Sebarang maklumat tambahan/ pertanyaan

Put a website form like this on your site.

Monday, December 30, 2013

Walimatul Urus Firdaus & Ainun Daliela (Bhg. 2)

Assalamualaikum...

Hai! Ok sebelum ni saya ada share gambar walimah abang saya di pihak perempuan kan? Kali ni saya akan cerita sedikit mengenai majlis walimah di pihak lelaki @ keluarga kami pula.=)

Hari Khamis (26/12/13) tu, suasana sudah terasa sedikit kelam-kabut walaupun majlis kenduri kahwin pada kali ini, kami hire caterer untuk menyediakan juadah bagi majlis Sabtu nanti. Pada malam Khamis tersebut, kami sekeluarga sibuk mengisi door-gifts untuk diberi kepada pihak perempuan dan sahabat-sahabat abang yang hadir di hari majlis berlangsung. Selepas tu, sesi "Facial Party" untuk pengantin lelaki dilakukan. Dengan menggunakan sepenuhnya 100% produk outer nutrition Herbalife, kulit wajah abang saya kelihatan bersih, fresh dan flawless macam baldu gitu! (promote sket. hehe).
Agak-agak siapa yang buatkan??
Ehem2x..mestilah SAYA! Hehe..(kalau inginkan facial service, boleh PM ok?)

Then, esok paginya (Jumaat), saya sedang berkira-kira untuk mengambil cuti separuh hari ke sepenuh hari. Kira punya kira, akhirnya saya memutuskan untuk mengambil cuti sepenuh hari memandangkan kesiankan mak dan sebab...
"Ko ameklah cuti harini, tak yah lah half day. Kesian aku" - Ayat abang-
Dan..
Semasa majlis nikah minggu sebelumnya, saya pun tak sempat hadir untuk menyaksikan akad dilakukan. Sooo sad! So, kiranya kena ganti balik lah kan.

Jumaat siang, kami semua sibuk membuat persiapan untuk majlis kenduri kesyukuran yang akan dilakukan pada malam tersebut. Pelbagai persiapan; termasuk mengemas rumah, memasak, siapkan door-gifts untuk para tetamu, memasang khemah turut dilakukan agar segalanya berjalan lancar di hari bahagia nanti.

Pada keesokan harinya (28/12/2013), tibalah hari yang ditunggu-tunggu oleh kami semua, setelah sebulan lebih sibuk ke sana ke sini membuat persiapan; iaitu majlis walimah pengantin lelaki. Alhamdulillah.. segalanya berjalan dengan lancar dan kami dihadiahi seorang kakak ipar yang baru yang sungguh comel. hehe. Majlis bermula pada pukul 12.00 tengahari sehingga 4.00 petang. Majlis dirai dengan alunan selawat dan qasidah oleh sebuah kumpulan qasidah (nampak sangat tak tahu nama group ni. hehe) dari Kg Baru. Masya-Allah best sangat kalini. Rasa majlis diimarah dengan segala kesyukuran pada Allah. Alhamdulillah...
Apa yang menarik sekali, sahabat-sahabat di bangku sekolah ramai juga yang hadir bagi meraikan majlis tersebut, cikgu sekolah rendah pun ada juga; Puan Rihana. Muka semua sudah lain, makin matang (matang ke?) dan cuwn @ handsome. hehe. Masa nilah teringat zaman sekolah rendah dan menengah. Rindu sangat saat manis itu. Ok, tak nak bebel dah sebab selepas tu kami adik-beradik semua kena kemas rumah balik. Penat tak terkata, macam tak hire caterer je gayanya. Kira macam masak sendiri ke tak masak ke..sama je penatnya=(
K la...daa~

Assalamualaikum...

To: My Bro and My New Sis,
"Barakallahu lakuma.."

No comments:

Post a Comment