If U Like This Blog..HIT THE 'LIKE' BUTTON!!!

BOLEH SAYA BANTU?

Nama
Emel
No Telefon yang boleh dihubungi
Pernahkah anda mendengar mengenai Herbalife sebelum ini? Ya
Tidak
Boleh saya bantu untuk NAIK BERAT BADAN
TURUN BERAT BADAN
TAMBAH TENAGA
PERBAIKI TAHAP KESIHATAN
PERBAIKI MASALAH KULIT
PROGRAM SARAPAN SIHAT
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN
Sebarang maklumat tambahan/ pertanyaan

Put a website form like this on your site.

Wednesday, November 27, 2013

Audit di Jalanan...

Bismillah…

Hi semalam saya beru bercerita mengenai rezeki dan musibah kan? Ok. Harini saya ada story yang menarik untuk dikongsi! Al-kisahnya begini….

Peristiwa ini berlaku di Highway Mahameru, dekat-dekat area tanah runtuh dulu.

Harini, saya mengikuti supervisor kesayangan saya, K. Elmi dan senior EG untuk buat audit luar. Saya dan K. Elmi menaiki kereta, dan EG menunggang motor. Dalam perjalanan ke client's company di Genting Klang, kami pun berbual-bual la, bergosip-gosip macam tuh, tiba-tiba..”Dung!” kereta K. Elmi dilanggar oleh sebuah motorsikal. Motor tu cross ke hadapan jalan kami tanpa memberi signal. So, salah siapa? (Jawapan: Dia)

Kami yang sedang panic sekejap, dikejutkan lagi dengan motorsikal itu berhenti secara tiba-tiba dihadapan kami. Penunggang motor itu adalah seorang lelaki India bersama isterinya. Lelaki tu pun terus menyambar ke arah K. Elmi, terus membentak dan menarik tombol pintu (K. Elmi). Alhamdulillah…pintu kereta pada masa itu memang asalnya telah di’locked’ dari awal perjalanan ini. Kerana geramnya dan mungkin sayangkan bini, dia menyalahkan kami yang pada masa itu dalam keadaan terpinga-pinga. K. Elmi menyarankan untuk membuat report polis. Tapi..lelaki tu terus menumbuk side mirror sampai pecah! (Blurr sekejap!). Dan, dalam masa yang sama..saya pun menjengah no plat motor terbabit untuk membuat report polis kerana kes ini bukan salah kami. Lelaki India tu pun terus pergi menerjah saya pula. Beliau menyuruh kami berhenti di tepi highway ni. Jika dilihat dengan keadaan lelaki India yang bengis ni..memang tak la der nak berhenti! Apa lagi, kami pun terus beredar. Konon just nak buat report polis je lepas tu (T_T). So, rasa-rasa salah siapa? (Jawapan: Dia)

Sedar tak sedar, rupanya lelaki India tu mengejar kami dari belakang dan sewaktu kereta tengah bergerak perlahan..”Dung!” kena lagi sebijik! Side mirror belah saya pula dihentamnya. Lelaki India tu dengan selamba terus memecut, beredar dari situ. Sudahnya..K. Elmi bawa kereta dengan menggunakan tangan sebagai signal. Aduhh! Malu memang tak hengatt! Orang sekeliling semua pandang ke arah kami. Tapi nak buat macam mane? Buat derk jela. So, anda rasa salah siapa? (Jawapan: Dia)

Perasaan cuwak dan geram timbul ketika itu. Kami, selepas kejadian yang tak diingini tadi terus shoot mencari balai polis terdekatan, dan batalkan terus appointment dengan client untuk settlekan kes ini. At first, kami pergi ke Balai Polis Sentul. Tapi polis di kawasan terbabit tidak boleh menerima aduan ini kerana bukan dalam kawasan mereka. Mereka pun menyuruh kami pergi membuat aduan di Balai Polis Kepong. Sesampainya di sana, polis yang mengambil report kami terus mengambil report. Tapi yang tak bestnya, beliau sangat serius (kutuk ke apa ni?). Kami pun buat dek jela.. sehinggalah bila report telah di ambil, dan beliau menyuruh kami check aduan yang telah ditulis. “Encik, jalan cerita dah sedap dah..tapi banyak TYPO”. Alamak!! Salah suruh orang la pulak. Yang disuruh cek report tu adalah auditor (K. Elmi), . HaHaHa!!! Memang kena la polis tu. Dari muka yang agak serius terus tergelak. So, tadi kami sempat melembutkan sebatang kayu. Hehe. Sorry En Polis!

Then, dari Balai Polis Kepong, kami diarah ke Balai Polis Traves pula (dekat je dengan office), disebabkan kes kami ini berada dikawasan Traves dan ia merupakan kes jenayah, bukan accident. So, kiranya ini adalah balai polis ke-3 kami singgah untuk menyelesaikan kes ni. TAPI..
Balik-balik..Perghh! polis yang handle kes kami ni rupanya sarjan yang handle kes saya semasa kes ragut tempoh hari. Kantoi sudah! Mesti polis ni cakap, “Apa lagi la budak ni dah kena kalini." Haha! Lawak je.

Lepas aduan selesai dibuat, K. Elmi menghantar saya ke office, dan beliau terus pergi ke workshop untuk membaiki kerosakan side mirrorsnya. Cuuuwaaakkkss beb! Serius garang giler lelaki India tuh. Tu kira macam stock estate punya orang, yang bengisss! Tak tahulah kan.. polis memang akan panggil dia untuk cerita selanjutnya, Cuma keselamatan kami, lebih-lebih lagi K. Elmi ni agak merunsingkan. Khuatir jika "Lelaki India tu" akan hentam balik selepas kami membuat report polis ni. Na’uzubillah… minta-minta dijauhkan…


So, kiranya..dari pukul 9.45 pagi hinggalah 2.30 petang kami hanya berada di atas jalan raya..
al-kisahnya, tak jadi audit account client, tapi audit jalan jela…hehehe

Kesimpulannya: MANA LAH SIFAT SATU MALAYSIA YANG DI DOK GEMPAR GEMPURKAN? Dalam TV segalanya manis.. hakikatnya? Faham-faham sendirilah..

Ok. Sekian berita hari ini.. Daa~

Monday, November 25, 2013

Rezeki Kita, Bukan Semua Milik Kita

Bismillah...hari ini saya berlajar mengenai satu perkara :


"Rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, sama ada halal ataupun haram, sama ada baik ataupun buruk"

BENAR. Rezeki adalah apa yang kita nikmati faedahnya. Mengapa saya berkongsi topik ini? Kerana pada bulan ini saya diduga Allah dengan pelbagai masalah dan kerugian dengan sekelip mata. Apakah ujian saya? Itu saya tak boleh ceritakan, kerana saya tidak suka bercerita perkara-perkara yang negatif kerana ianya akan merundumkan semangat saya setelah itu, dan ia akan berlanjutan hari-ke hari.  Jadi, pada ketika itu, permasalahan tersebut saya simpan dalam diri dan hanya saya luahkan pada Allah sahaja, kerana Allah lah sentiasa bersama saya di kala susah atau senang.

Disebabkan ujian tersebut, saya hilang mood, hilang semangat untuk bekerja, sehinggakan saya rasa "aku kerja tapi aku tak nampak pun apa-apa yang aku dapat". Terukkan saya ni? Mudah mengalah bila Allah uji sedikit saja. Belum lagi yang benar-benar hebat. Namun, keluhan itu saya pujuk dengan sentiasa berkata dalam diri, "Allah sayang aku, tu maybe ada hikmah yang lebih besar aku akan dapat ni. Mungkin...ini kerana aku sudah semakin lalai menyempurnakan tanggungjawabku sebagai hamba Allah dan tanggungjawab lain.."

Tapi..setelah itu, Allah pertemukan saya dengan buku ini, “Mudahnya Menjemput Rezeki”, karya Fathuri Salehuddin.


Alhamdulillah… buku ini sebenarnya dicadangkan oleh downline Dr Khadijah, President Team Herbalife. Beliau berkata, “Bacalah buku ini. Kandungannya bagus sangat”. Bila saya teringatkan judul buku ini, terus saya pergi membeli di Pustaka Mukmin di Jalan TAR. Saya baru sahaja membacanya, tapi kandungan isi pada permulaan buku ini indah sekali, dan ianya telah memberikan perspektif yang berbeza mengenai rezeki Allah.

"Ya, Allah.. terasa hina sangat diri ini. Selalu sahaja aku menyalahkan rezeki bila ujian mendatang. Padahal Allah sudah mengatakan rezekiku tahap itu pada ketika itu. Allah sudah siap mengatur rezeki masing-masing. Tetapi..aku selalu rasa, aku dah berusaha dengan semahu-mahunya, mengapa aku tak boleh dapat lebih dari itu?"

Tapi, sedar tak sedar., teringat saya pada kata-kata dalam buku ini, “Apa yang didapati dalam usaha kita, terdapat padanya rezeki orang lain”. Dan pada ketika itu juga saya mula sedar, apa yang ada dalam rezeki saya ketika sebelum berlaku ujian tersebut, terdapat padanya rezeki orang lain. Seperti contoh dalam satu kes, kita bekerja keras untuk mendapatkan wang. Setelah dapatnya wang tersebut, kita gunakan sebahagiannya untuk membeli keperluan harian. Dan wang yang kita laburkan itu, telah menjadi rezeki orang lain. Subhanallah.. indahnya perancangan Allah ini! Sebagai manusia biasa, dahulunya saya merasakan wang tersebut semuanya adalah kepuyaan saya. tapi hakikatnya, ianya bukan milik saya sepenuhnya.

Cuma bezanya, rezeki yang kita dapat adalah statusnya; halal atau haram. Allah berfirman  dalam surah al-Baqarah, ayat 57 maksudNya :
“Makanlah daripada makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu"
Seperti contoh, wang kita diragut oleh perompak. Wang tersebut kemudiannya menjadi rezeki yang haram kepada si perompak. Na’uzubillah… moga kita tidak tergolong dari orang yang menikmati rezeki yang haram.

Dan, sebenarnya.. rezeki kita bukan hanya dilihat dari sudut wang ringgit atau kekayaan semata-mata, kebahagiaan juga adalah rezeki kita. Mungkin ianya tidak dapat dilihat, tetapi dapat dirasai dengan rasa syukur kepada Allah. ianya adalah rezeki Allah yang bersifat halus, yang kita tidak sedar. Alhamdulillah, ketika ditimpa ujian tersebut, Allah turunkan kebahagiaan dalam diri sehinggakan saya lupa akan permasalahan yang berlaku. Bahagia bersama keluarga, kehidupan, pekerjaan dan pembelajaran. Mungkin, itulah rezeki yang Allah turunkan, kebahagiaan bukan wang kekayaan. 

Kadang kala kita ni hamba Allah..lalai. Allah sudah banyak memberi kepada kita, rahmatNya tidak terhitung banyaknya, melimpah-ruah, bukan kepada orang muslim sahaja, tetapi juga terhadap orang bukan muslim. Namun, kita masih kurang berasa syukur akan nikmat pemberianNya, rasa selalu menyalahkan takdir (tazkirah untuk diri saya juga), "Nak buat macam mana, bukan rezeki aku", itulah statement yang selalu kita dengar, boleh dikata hari-hari. Namun, tidak bermakna kita tak boleh berubah. Jesteru, marilah kita pakat-pakat memperbanyakkan kesyukuran dan istighfar kepada Allah, Pencipta kita setiap hari, termasuklah jika kita diduga dengan kenikmatan atau musibah. Yakinlah akan hikmah ketentuanNya ...

Akhir kalam, bacalah buku ini. InsyaAllah terdapat padanya manfaat. InsyaAllah..


Friday, November 22, 2013

Kenal Pasti Jenis Kulit Wajah Anda

Bismillah…

Kebanyakan daripada kita kurang arif akan pembelian produk kecantikan kulit wajah. Kesannya, ramai yang tidak berpuas hati selepas beberapa minggu pemakaiannya. Ada yang naik jerawat, ada yang minyak lebih banyak kelihatan di wajah, ada sesetengah yang telah mempunyai pori wajah yang besar, atau ada yang menggelupas dan berasa perit. Sudahnya, kita akan salahkan syarikat kecantikan kulit wajah.
Sebenarnya, kita sendiri perlu mengetahui jenis kulit wajah kita sebelum menentukan produk apa yang sesuai untuk kecantikan kulit. Jika kita kurang arif akannya, moleklah untuk berjumpa dengan pakar kulit wajah untuk maklumat lanjut.

Hari ini saya ingin berkongsi bagaimana ingin mengesan jenis kulit wajah kita, dan produk outer nutrition Herbalife yang sesuai untuk kecantikan dan kesihatan kulit wajah:

1. Menentukan Jenis Kulit Wajah
Mudah sahaja. Jika kulit wajah anda jenis selalu kering atau mengelupas, anda mempunyai kulit jenis kering.

Jika ingin mengetahui adakah kulit anda berminyak atau tidak, ambil jari terlunjuk dan coletkan di garisan T-zone wajah anda.  Nak tahu di mana terletaknya garisan T-zone? T-zone adalah garisan di dahi, antara dua belah mata (batang hidung), dan dagu anda. Jika terdapat minyak di kawasan itu, maka jenis kulit anda adalah berminyak. So, tak perlulah anda berjumpa dengan konsultasi luar hanya sekadar untuk mengetahui status kulit wajah anda. Ok?

 2. Memilih Produk yang Sesuai
Tips memilih produk “Outer Nutrition Herbalife” yang sesuai untuk kulit wajah.
Ini mudah. First, jika anda mempunyai kulit wajah jenis kering, produk outer nutrition paling sesaui adalah Nourifusion Normal-to-Dry set. Dalam set ini terdapat cleanser, tonner dan moisturizer.

Jika anda mempunyai kulit jenis berminyak, produk outer nutrition yang sesuai adalah Nourifusion Normal-to-Oily. Set ini juga terdapat cleanser, tonner dan moisturizer. Jangan risau akan penggunaan moisturizer pada kulit wajah anda. Hal ini kerana moisturizer ini telah dirumus khas untuk kulit jenis berminyak.
Selain set tersebut, terdapat beberapa lagi produk outer nutrition Herbalife yang sesuai untuk anda, antaranya :
  • Nourifusion Night crème
  • Nourifusion Masks (Clarifying & Moisture)
  • Nourifusion Exfoliating Scrub
  • Radiant C set (untuk kulit normal)
  • Skin Activator set (untuk anti penuaan)
  • Herbal Aloe Soothing Gel
  • Herbal Aloe Shampoo, Conditioner and Body Wash

Nantikan kupasan produk-produk berikut di entry yang selanjutnya. Sekiranya ingin saya bantu bagi mengatasi masalah kulit anda, sila hubungi :

HANISA
013 255 8910
(Call/SMS)
SMS NAMA dan MASALAH


Salam…

Thursday, November 21, 2013

Muhammad Fatih

Alhamdulillah…

14.11.13.
Seorang lagi anak adam lahir ke dunia
Muhammad Fatih diberi nama
Putera sulung kelahiran Kedah
Lahirnya atas simpulan cinta
Menjadi penyeri pilu tawa ayah dan bonda

Fatih..
9 bulan dalam kandungan bonda
Di pilih Allah untuk lahir ke dunia yang fana ini
Moga hidupnya sentiasa adalah yang terpilih Allah
Dalam memperjuang keadilan agama

Fatih..
Pahlawan terbilang agama
Menjadi kekuatan umat manusia
Moga dia adalah keberanian ummah kini
Dalam menghadapi musuh-musuh Illahi

Fatih…

SELAMAT LAHIR KE DUNIA…ANAKKU…

From : UCU

Monday, November 18, 2013

Mengandung dengan Herbalife

Bismillah..

Harini saya hanya nak berkongsi cerita mengenai mengandung dengan nutrisi. Ceh! Gaya macam sudah ada pengalaman kan? Tak adalah, saya hanya nak share cerita-cerita daripada sahabat-sahabat saya sendiri.

"Ica, kalau preggy boleh ke ambil Herbalife?"

BOLEH. Herbalife adalah produk nutrisi terbaik untuk semua, termasuk ibu mengandung dan berpantang kerana ia mengandungi nutrisi (vitamin, fiber, amino acid, lain-lain serat) yang lengkap untuk badan kita. Kalau kita lihat, ibu mengandung kebanyakannya disuruh makan dengan kadar yang banyak alasannya untuk bayi. Tetapi sedarkah kita akan kandungan yang terdapat pada makanan yang kita ambil tersebut? Jika kita minum susu, adakah kita yakin bahawa susu tersebut memberi kandungan yang selengkapnya pada badan? Betulkah ia daripada lemak berunsur tumbuh-tumbuhan? Atau hanya memberi kekuatan kepada tulang semata-mata?

Ok. Take note to myself too!

Produk apa yang sesuai??

Senang cerita, SEMUA! Shake dan Protin untuk sarapan dan snacking. Shake boleh diambil dengan kadar yang banyak kerana ia memberi nutrisi kepada kedua-dua nyawa, ibu dan fetus. Jika inginkan bayi sihat, cantik dan bijak, banyakkan meminum shake terutama shake strawberry. Kulit bayi akan flawless gitu.

Teamix dan NRG tea untuk tenaga. Ibu mengandungi lebih tenaga untuk menampung fetus dalam kandungannya. Jika kita lihat ibu-ibu mengandung disekeliling kita, kita boleh Nampak sendiri cara jalan mereka, atau naik tangga. Nampak sangat termengah-mengah. So, pentingnya Teamix dan NRG ni untuk memberikan tenaga padan badan ketika mengandung.

Aloe Vera pula amat penting untuk mengatasi masalah gas ketika hamil, penghadaman dan kecantikan kulit bayi. NW Formula untuk tidur yang lebih nyenyak dan tenaga keesokan harinya, Calcium Plus untuk pembinaan tulang bayi dan kekuatan tulang ibu mengandung dan juga Omega 3 Fish Oil untuk kesihatan jantung, mengelakkan kekejangan otot dan kebas-kebas, dan pertumbuhan otak bayi. 

Ini sahaja yang saya boleh rumuskan untuk tips ibu mengandung. Mesti diingat! Ibu mengandung “jangan gatal-gatal” nak turun berat badan ye. Ia boleh memberi kesan yang buruk pada ibu dan anak yang dikandungnya. OK? Jika merasa mual-mual atau nak muntah ketika minum shake, jangan berhenti. Teruskan mengkonsumi Herbalife. Fikirkan kebaikan yang anda akan nikmati nanti jika anda konsisten konsisten dan konsisten.

Bagi ibu mengandung, anda disarankan untuk mengambil shake dengan kadar yang banyak kerana ia membekalkan nutrisi untuk kesihatan diri dan bayi yang bakal dilahirkan nanti. InsyaAllah..bayi tidak akan mengalami masalah setelah dilahirkan nanti seperti penyakit kuning dan lain-lain. Ini semua diceritakan oleh sahabat-sahabat saya yang sudah mengamalkan cara mengandung dan berpantang dengan Herbalife. Kesannya amat memuaskan! Cubalah!

Ini gambar-gambar ibu-ibu Herbalife yang sudah bersama Herbalife ketika mengandung dan berpantang dengan Herbalife.







Kalau nak tahu, ibu-ibu mengandung dengan Herbalife ni body mereka reshape sangat! Dari belakang ingat tak mengandung sebab ada curting. Tapi bila tengok depan, dah membuncit dah. MasyaAllah..luar biasa rahmat Allah ni. Mengandung pun boleh cantik dengan Herbalife=)

Jika berminat untuk saya bantu, Hubungi :

HANISA 
013 255 8910
(Call/SMS)
SMS Nama dan Masalah

Anda boleh baca link ini untuk maklumat tambahan dan cerita-cerita menarik ketika mengandung:



Thursday, November 14, 2013

Reshape Your Shape with Blended Soy and Whey Protein

Salam..!

Harini saya nak share mengenai salah satu nutrisi Herbalife yang best sangat! Nak tahu apakah ia??? Jeng! Jeng! Jeng!

FORMULA 3 HERBALIFE!
(Blended Soy and Whey Protein)

Mengapa saya suggestkan Formula 3 ni?

Sebabnya..jika perasan, ramai sahabat-sahabat kita di luar sana:
  1. Turun berat badan secara drastic dengan mengamalkan cara pemakanan yang salah (tak makan, makan sehari sekali, hisap rokok)
  2. Turun berat badan dengan mengambil kadar pemakanan yang sedikit
  3. Turun berat badan dengan mengamalkan senaman yang baik (gym)
  4. Turun berat badan dengan mengambil kadar pemakanan yang sedikit tanpa mengambil apa-apa produk dan mengamalkan senaman yang sihat
TAPI..

Mereka ini tidak dapat bentuk badan yang diingini. Kulit badan mereka yang mengamalkan cara diet seperti ini pada kebiasaannya akan menggelebeh, body kurang reshape, dan punyai bentuk badan yang kurang menarik. Betul tak??

Kalau anda rasa kurang setuju, saya boleh bagi contoh tunang seorang sahabat saya, sebagai orang terdekat. Tunang kawan saya ni sudah turun 40kg berat badan. Ni statement kawan saya sendiri..

“Ica, tunang aku dah turun berat 40kg berat taw. Ko tahu, dia just pergi gym je. Tapi kalau ko tarik kulit badan die, ko boleh buat roti canai ooo. Tak firm, menggelebeh sebab lemak dah turun, kulit tak tight balik.”

Hah! Lebih kurang gaya macam tulah comment kawan saya ni. Kadang-kadang, kita rasa cara pemakanan kita sudah sihat, tapi masih mendapat hasil yang kurang memuaskan. Mungkin ini disebabkan kurangnya vitamin, protin atau nutrisi yang diperlukan badan. Hasilnya. inilah! Turun berat badan tapi badan tak shape up. Isyk3! Tak Best kannn??

So, based on kawan saya punya kes ni, saya pun suggestkan tunang dia ni pakai nutrisi Herbalife, sebab kita ada the best protein yang ZERO FAT, kalori pun rendah untuk reshape back your body, tight back your skin. Kalau anda masih belum dapatkan berat ideal yang diingini, trylah pakai F3 Herbalife ni. Boleh mempercepatkan pembakaran lemak sekali.

Antara kelebihan-kelebihan F3 Herbalife ialah:
  • Mengandungi 18 amino asid
  • Dapat menahan lapar
  • Membina otot
  • Menambahkan metabolisme badan
  • Membantu mempercepatkan pengurangan berat badan
  • Membentuk badan
  • Bagus untuk kesihatan jantung
  • Bagus untuk penghidap diabetes
  • Bagus untuk menyebuhkan luka
  • Mengelakkan cancer
Nak tahu anda perlu ambil F3 ke tidak?
Jika anda berada di situasi ini, anda perlu ambil F3 bersama F1 :
  • Menurunkan atau menaikkan berat badan
  • Membina otot (lelaki) atau membentuk badan (perempuan)
Yesss!!!  This is the best nutrition ever for you guys! Jom cuba semua produk Herbalife ni! Herbalife ada 30 HARI jaminan pemulangan wang taw! Dah ramai da shape up body dan increase muscle. Tak percaya..boleh lihat sendiri testimoni kawan-kawan saya sendiri.





Berminat untuk saya bantu? Hubungi saya dengan kadar segera. Segera taw! Hehe
InsyaAllah, saya akan bantu=)

HANISA 013 255 8910 (CALL/SMS)
SMS NAMA dan MASALAH

Sunday, November 10, 2013

Hashim Family Day (08/11 - 10/11/2013)

Salam…
Hye!

Harini saya nak share pasal “My Weekend Story” last week. Best!! Last week kami ada Hashim family day, untuk keluarga Bunda saya. Alhamdulillah..empat keluarga besar adik-beradik Bunda terlibat kalini. Nampak macam tak ramai, tapi hampir 200 lebih jugak yang terlibat, sebab keluarga Bunda saya ni agak besar. Ni belum masuk adik-beradik tiri Bunda lagi, dan sedara-sedara lain. Dalam Family Day ni, dua keluarga Bunda tak dapat hadir, keluarga Pak Unggal (pak cik) dan keluraga Arwah Asu (adik bongsu).

Family Day kalini dibuat di Desa Balqis, Melaka. Tempat memang cantik dan sesuai dengan keluarga kami yang besar. Desa Balqis ni resort yang menyediakan penginapan dengan suasana kampung. Damai sangat! terasa macam betul-betul berada di kampung. Dan, kalau nak tahu, ada kisah tahu disebalik resort ni.  Nak tahu lebih lanjut, tonton TV hari Rabu ni. Ada dokumentari mengenai Desa Balqis ni. Pukul 9.00 mlm, channel “tak Tahu”. hehe

Kami sampai ke Desa Balqis agak lewat, pada pukul 12.00 mlm oleh hal yang ramai adik-beradik kerja hari Jumaat itu. Sampai-sampai je, keluarga kami disambut oleh sanak saudara. Pelbagai juadah turut tersedia malam tu. Kami mengambil peluang ini untuk berbual mesra dan merapatkan silaturrahim dengan ahli keluarga yang lain. Bukan senang nak jumpa mereka semua ni. Tunggu majlis kenduri, baru dapat jumpa. Jadi, inilah masa yang terbaik untuk kami berjumpa lagi.

Esoknya, ada aktiviti Telematch FamilyTapi sebelum tu, kami ada 'Chicken Dance!'. Semua kena berchicken dance (except ME. hehe). Pelbagai aktiviti yang disediakan, antaranya: Lari dalam guni, masuk air dengan span, lari bawa belon, larian batton, lari ikat kaki, etc. Rasa-rasa adalah dalam 10 acara yang dipertandingkan antara family. Tapi family kami paling kesian sebab yang masuk telematch ni semua budak-budak kecil (range 3-8 tahun). Aku je la yang besar. Hihihihi. Ni sebab kes Bunda aku kire mak cik paling bongsu dan cucu-cucu Bunda semua paling kecil antara cucu-cucu family Hashim. Kesian giler sebab banyak kategori kami kalah. Tapi judgers banyak bagi markah kesian pada keluarga kami disebabkan usia yang comel-comel belaka. hehe.

Petang tu, sehingga malam harinya, kami melakukan pertandingan persembahan kebudayaan. Setiap keluarga wajib hantar wakil. Keluarga kami memang paling sempoi! Praktis last minute je, jumaat malam tu. sampai je resort terus praktis sampai pukul 4.00 pagi. Peserta kebudayaan, wakil family Matton K. Long dan K. Lang. Even last minute punya persembahan, kami dapat no 3 beb! Sebab meriah giler performance dari kami. Haha. Memang lawak mase tu sebab saudara-saudara pun turun join. Haha

Then, lepas semua family buat performce, ada sesi penyampaian hadiah pulak. Semua keluarga dapat hadiah, tak ada yang terkecuali, dan semua hadiah sama je. Sebab kami buat telematch ni pun untuk suka-suka je. Selepas tu, ada tarian “Poco-Poco”, joget lambak (oleh makcik-makcik), karaoke dan main-main (oleh anak-anak kecil). Hehe

Pagi tu, aktiviti bebas. Niat di hati nak mandi laut, tapi tak kesampaian sebab dah guruh masa kami mahu ke laut. But..itsokayy! Kolam kan...ado? hehehe. Then, pukul 12.00 tengahari, semua keluarga, masing-masing mula check out. Keluarga kami gerak dalam pukul 12.00 lebih jugak. Buat jamak di RNR dan dalam pukul 4.00 petang macam tu, kami sampai rumah.

Itulah kisahku @ Hashim Family Day.

Salam...

Sambungan: Kisah Seram di Desa Balqis Sewaktu Hashim Family Day..nantikan..

Wednesday, November 6, 2013

Restoran Matton...family owned restaurant

Bismillah…


Harini saya nak cerita mengenai kisah pembukaan Restoran Matton. Pernah dengar tak restoran ni? Mesti tak kan? Atau baru je dengar-dengar sebab restoran ni baru je set up semalam. Harini mula beroperasi. Restoran Matton ni restoran family saya. Alhamdulillah…kami baru je bermula, dan banyak yang perlu kami pelajari, baik pulih, dan tambah baik dari hari ke hari. Boleh tak nak promote siket pasal Restoran Matton ni?? HeHe

Restoran ni sebenarnya diasaskan oleh Ayahanda dan Bonda tercinta, Hj Mat dan Hjh Siti Fatimah. Dahulunya digelar Gerai Matton di Bandar Tun Razak. Bermulanya gerai ini sejak tahun 1982, ketika kakak saya yang no. 6 dilahirkan. Alhamdulillah…sambutan dan permintaan kian bertambah, dari hari ke hari. Gerai Matton memang famous dahulunya dengan pelbagai jenis kuih-muih traditional dan makanan yang dibuat, hasil air tangan oleh Bonda dan Ayanda sendir. Pelbagai jenis bangsa, agama, peringkat umur suka berkunjung dan membeli juadah-juadah di Gerai Matton ni. Gerai ni pun pernah masuk berita dahulau, semas saya kecil lagi. Bonda dan ayahanda pun ada juga menyediakan “catering” service. Boleh dikira terkenal gak pada ketika itu. Siapalah tak kenal makanan masakan Mat Merlin dan Cik Eton. Pendek kata, digemari sehinggalah Bonda dan Ayahanda retired sepenuhnya pada tahun 2010. Pada ketika itu, saya masih berlajar di peringkat Diploma.


Namun begitu, permintaan tidak menyepi di situ. Ramai yang masih bertanya akan ketiadaan Gerai Matton sehinggalah abang saya sendiri mencadangkan untuk membuat restoran yang digelar Restoran Matton (kini). Alhamdulillah…Restoran ini telah beroperasi baru sahaja harini di:

No. 2, Jalan 13/144A
Taman Bukit Cheras
56000 Kuala Lumpur.

Restoran ni buka setiap hari Isnin, Rabu hingga Ahad (Selasa Cuti), bermula pada pukul 12.00 tengahari sehingga pukul 10.00 malam. Dan.. menu utama sebagai pembukaan adalah Mee Udang, Mee Ketam, Laksa Cheras, dan sebagainya. InsyaAllah…jumaat ini akan ada special promotion, iaitu Nasi Arab Hanith.

So, korang semua boleh la datang, bawak keluarga/ kawan dan jiran tertangga, ramai-ramai ke restoran family saya ni. InsyaAllah..korang takkan menyesal sebab kawan sendiri pun dah rasa masakan restoran ni semalam. Ok, itu sahaja. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

BOB – 013 3900 168 


TQ.