If U Like This Blog..HIT THE 'LIKE' BUTTON!!!

BOLEH SAYA BANTU?

Nama
Emel
No Telefon yang boleh dihubungi
Pernahkah anda mendengar mengenai Herbalife sebelum ini? Ya
Tidak
Boleh saya bantu untuk NAIK BERAT BADAN
TURUN BERAT BADAN
TAMBAH TENAGA
PERBAIKI TAHAP KESIHATAN
PERBAIKI MASALAH KULIT
PROGRAM SARAPAN SIHAT
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN
Sebarang maklumat tambahan/ pertanyaan

Put a website form like this on your site.
Showing posts with label Aku dan Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Aku dan Kehidupan. Show all posts

Sunday, January 3, 2016

New Year @ Broga. Satu Permulaan…

Alhamdulillah tahun baru lalu, saya berkesempatan untuk mencoret pengalaman menawan Broga (bajet macam Gunung Everest lar sangat! hihi) bersama sahabat sekolah rendah. Ni boleh dikira pertama kali kami buat aktiviti bersama. Sebelum ni hanya datang raya je, tu pun di rumah Puan Rihana, guru kelas kami.

So, perjalanan kami bermula pada pukul 2.30 pagi, dan pada waktu itu juga handphone saya bingit berdering-dering dek kerana semua excited nak kejutkan kawan-kawan. Saya sempat nap sejam lebih je, dan ada juga tak boleh tidur mnegnangkan esok sebelum Subuh nak gerak ke Broga. Excited! Hehe

Kami bertolak pada pukul 2.30 pagi, Rafiq mengambil saya, Eti dan Rashid dengan menaiki kereta Naza sebab rumah kami berdekatan. Kemudian kami ke Alam Damai dan THO untuk mengambil Sri dan Cik Pipah pula. Total yang join ketika itu dalam 20 orang, termasuk geng kawan uni saya, Abear dan kawan office, Jue dan Quque. Kami memulakan pendakian pada pukul 4.15 pagi dan perjalanan pun bermula.

Masa pendakian, kami memang tak set dari awalnya sebab niat asal memang nak mendaki secara "lalalala~" je. Dan kerana kami bersama geng yang ramai, jadi tak semua boleh mendaki secara molek, ada yang kurang stamina dan ada yang semput, yang lemah-gemalai pun ada, dan ada juga macam tak tahu langsung car-cara nak mendaki bukit yang sekangkang kera ni, HaHaHa... nasib lah badan oooii! So, upacara tunggu-menunggu kawan-kawan tu telak dipraktikkan pada ketika itu. yeh. Tapi normally, untuk sampai ke puncak mengambil masa selama 45 minit - 1 jam je.

Pukul 5.00 pg, kami sampai ke kawasan rata (stage sebelum sampai ke Puncak) dan lepak agak lama di sana sementara menunggu azan Subuh. Ada yang sempat tidur lagi taw. Haha. Siapakah?? :)

Usai solat, kami meneruskan pendakian ke puncak Broga. Allah. Memang ramai umat manusia ketika itu. Yelah, nak sambung New Year la katakana. Jadi, perjalanan kami tidak smooth seperti yang digambarkan kerana terpaksa Q untuk mendaki bukit ni, memang sangat tak best. Mengikut penjaga Broga, haritu memang terlalu ramai orang berkunjung di situ. sebelum ni kunjungan biasa-biasa je. No wonder la kena mendaki macam siput sedut:(

K, ni saya share gambar-gambar di Broga. enjoy!


Sebelum pulang, kami sempat singgah di Empangan Langat. Ramai orang cakap pemandangan dia cantik. Tapi hakikatnya....
Waduhhh!! Cantik banget deyh pemandangannya. Nak buat wedding photo-shoot memang molek bangat nih. hihihi


Kami terpaksa pulang awal haritu sebab Jumaat, so lelaki nak kena solat. Lepas lunch, Rafiq pun menghantarlah sorang-sorang ke rumah masing-masing. 
Dan...itulah al-kisahnya...
Nanti saya akan share kembara saya dengan kawan office di suatu tempat pulak. Stay tune!

-Hanz-

Sunday, October 25, 2015

Syukurlah Allah Masih Sayangkan Dia

Hari ini dia pulang. Kepulangannya amat dinantikan kami sekeluarga. Sudah empat hari dia tidak pulang ke rumah. Risau. Kami hanya mampu berdoa agar Allah selamatkan dia dan beri dia kekuatan untuk terus pulih dari kesakitan yang dialaminya.

Hari itu, dia tidak keluar rumah seperti rutin hariannya, lepak bersama rakan-rakan. Dia tidur semula usai menunaikan solat Subuh. Aku hanya melihat dia tidur melingkar di katil ayahku. "Biarlah dia tidur. Kalau bangun awal pun, dia keluar rumah nanti". Bisik hati kecilku. Tapi pelik. Seharian dia tidak keluar rumah.

"Harini mak malas nak masak, mak masak nasi lemak je. Pandai-pandailah korang makan". Kata mak. "JE mak?" JE mak pun sudah sangat lazat bagi kami sebab mak bukan masak nasi lemak je, mak masak nasi lemak bersama sambal sotong dan sambal ikan bilis lagi. "Pehhh!! Hari ni first time Ica tambah nasi. Sedaplah mak!" Kataku. Sedang ķami menikmati makan tengahari, dia juga sibuk sama menyenduk nasi lemak di pinggannya. Ini agak musykil! Selalunya dia akan makan di rumah bila ibunya, Kak Long ku ada bersama dan memasakkan kuah tom yam untuk dia. Itu sahaja. Tapi hari ini terasa kelainannya. Dia tidak keluar rumah dan dia makan di rumah? Perubahan ini juga turut disedari oleh ahli keluarga yang lain. "Mungkin dia nak berubah kot." Bisikku...

Malam itu kami semua ke rumah saudara di Saujana untuk menghadiri majlis kenduri menyambut Ramadhan. Kami sekeluarga ke sana kecuali dia, abah dan Angah, tidak mahu turut serta. Lebih kurang 11.00 malam, kami tiba di rumah. Aku terus ke kamarku untuk menukar pakaian.

Tiba-tiba...

"Tuk! Tuk! Tukkkk!!! Ca buka pintu Ca." Angah bersuara dari luar. "Sekejap!"

Waktu aku keluar bilik, terdengar gemparan suaran di ruang tamu. Aku terus ke sana. "Chik teman aku Chik!" Gesa Angah kepada abangku dalam keadaan kelam kabut.

"Kenapa? Kenapa? Apa dah jadi dekat Haiqal??" Emakku melenting. Tidak semena-mena nama Haiqal terpacul keluar dari bibir emak. Angah tidak menjawab lantas terus keluar rumah bersama Bang Chik, abang sulungku. Aku terpinga-pinga. Aku melihat arah tuju kereta yang di pandu abang ku. Kalau ke kiri, nak keluar ke jalan besar tapi kalau ke kanan..... "Sah! Haiqal accident!" Kerana arah itu menghala ke HUKM, hospital berhampiran kawasan kediamanku. Melihat akan keadaan Angah yang kelam kabut dan pucat basi itu aku sudah dapat kujangkakan ada berita buruk telah menimpa. Pasrah...

Emakku tidak henti-henti menangis. "Apa dah jadi dekat Haiqal? Dia accident ke? Kenapa nak sorok dekat emak?" Bertubi-tubi soalan dilontarkan emak, namun, tiada siapa yang mampu menjawabnya. Hanya menunggu kepulangan Bang Chik dan Angah untuk mengesahkannya.

Setengah jam kemudian, bunyi kereta memakir di hadapan rumahku. Aku segera ke luar. Aku melihat Bang Chik sudah hampir terkulai lemah di sisi kereta namun sempat di sambut oleh Abang Ao, abangku seorang lagi. "Kenapa dengan Haiqal? Apa dah jadi dengan dia? Cakaplah Jal!" Emak merintih. "Haiqal accident. Mak buat solat Hajat mak. Doakan dia mak." Bang Chik bersuara lemah. Allahu Akbar....berderau jantungku mendengar akan kebenaran tanggapanku itu. Naluri seorang nenek memang benar.

"Ya Allah, selamatkanlah anak buahku Haiqal." Doa yang tidak putus-putus aku panjatkan dalam Hajatku. Tatkala aku menitiskan air mata, terasa ada suatu naluri halus meresap di jiwa mengatakan yang dia akan selamat. Alhamdulillah...usai solat Hajat, aku tenang.

Malam itu, kami sekeluarga tidak dapat tidur lena. Masing-masing menunaikan solat hajat, berzikir dan mengaji memohon hajat daripada-Nya. Melihatkan perihal itu, buatku tersedar betapa kita sebagai hamba Allah tidak pernah lari dari fitrah-Nya, iaitu mengabdikan diri kepada-Nya. Dan, perkara itu juga buatku tersedar akan kata-kata "Bila susah, baru ingat Allah. Masa senang, tidak pula rasa bersyukur dan menambahkan lagi ibadah kepada-Nya." Allahu Rabbi...

"Doktor kata, Haiqal mengalami patah rahang dan kaki. InsyaAllah akan ada next operation nanti." Kata Angah.

Syukurlah, Allah masih sayangkan dia. Diberinya peluang untuk bertaubat kepada-Nya dan perbaiki kesilapan diri. Tidak dapat kubayangkan jika Dia tarik nyawa kita sebelum kita sempat untuk bertaubat dan memohon maaf kepada orang-orang yang pernah kita sakiti. Mungkin ada hikmahnya mengapa Allah turunkan ujian ini ke atas dia dan keluargaku. Moga kejadian ini menjadikan kami lebih dekat kepada-Nya, lebih berhati-hati dalam mengemudi hidup di atas muka bumi ini....

Dan kepada Haiqal, doa Ucu agar Haiqal cepat sembuh, dan terus-terusan berusaha menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Insya-Allah..



Alhamdulillah...Allah masih sayangkan dia...




Hanz.
26 Mei 2015



Friday, June 26, 2015

Penang Bridge Marathon - My Very First Step towards Healthy Active Lifestyle

Assalamualaikum....Good Morning alllss!!!

Today, I want to share to all of you about my first ever marathon after graduated. 16th November 2014. It was Asics Penang Bridge International Marathon!!! Malaysia's Largest Marathon...The event was held at the Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (2nd Penang Bridge). A total more than 62 thousands participants had joined the event.

At first, I felt 50-50, whether I have to register the marathon or not because at that time there were many obstacles and matters that I have to face. Then..after I got hidayah from Him, I felt confident to join. Yes! It was the right decision!

After being registered, I started to training for this marathon with long runs distance on weekends. I also ran during the week but mileage wasn't very high, only 5 km of distance. I did a consistent training until the last week of the race. Normally, I ran after came back from work or after Maghrib, accompanied by my sister.

It was 15th Nov, we go to Penang by two cars after Subuh prayer. It was wonderful journey actually. We'd arrived in Penang after Zohor and we'd straight away go to race pack collection center, which is nearby the second Penang Bridge to collect my marathon shirt. After that, we went to homestay which was booked before the day we came to Penang.

On 16th Nov 2014 morning. There we go! The competition...! HooHa! HooHa! Yeahh excited!

As I'd registered as participant of Women Open category, my time will be started on 7.00 am. During the event, I was at the first row of the crowds. It was really excited! Then... "Baaanngggg!!" The gun was fired by Dato? (I didn't know his name). The sound of the gun going off stated that the race has begun. For the moment, I was too excited as It was my first time thus I was struggling myself in my running. After awhile, my energy was slow down but I still keep on moving even only by a walking. There were ups and down during the running time. Thus, It showed that in our real life, there must be challenges that we need to face in order to achieve our dreams and goals. So, Pashakkk!! and keep on moving!

I'd enjoyed the race and had completed 10 km in 1 hour and 22 minutes. That was okay for me as it was my first race and I was extremely happy with my race. I didn't put much expectation for my first marathon as my intention is this is one of my healthy active activities.

And what I'd learnt from my this marathon:
  1. Set your goal on what you want to achieve on your race.
  2. Always maintain your body weight. The weight is one of important criteria on how fast you are and how long you can manage to complete the race. 
  3. Always keep on training. You can evaluate your performance based on this and can increase your stamina and mileage distance before the real race comes.
  4. Enjoy your race and feel relax. Don't try to push harder to complete the race. You have to enjoy it and feel great running with a bunch of participants.


Ok, that's all. Daa~


Let's Have a Healthy Active Lifestyle!


Thursday, March 5, 2015

Its Convocation Day!

Alhamdulillah... Finally, Its my turn now!

After about 3 years of struggling for degree holder, on 26th November 2014 I am BACHELOR DEGREE OF ACCOUNTING GRADUATE! It was a really great news right? Most students are very excited and anxious about it. Some may buy new clothes, shoes, and even trying hard to look awesome and beauty during the day by putting up some makes up and hair styling. But as for ME... I don't know whats the feeling towards it as my heart said "I DON'T WANT TO ATTEND MY CONVOCATION!" Plus my siblings will not be around during the day. It was unlikely during my Diploma Convo last three years, they were really excited on the news and everyone wanted to attend my convo. urgghhh maybe I was ANC candidate during that time and sadly I didn't have any cuwn title for my Degree convocation at this time. 

Then, only after being advised by my parents, sisters, and friends, I decided to come for convocation. Hence, there you go....my convo pictures!

 
My face. SOoo shining right?? This is NOT Que Puteh Que Puteh. haha
 I am Herbalife products lover..love the result damn much!


The bored moment ever =(

This is the result when people on the stage talking too much..so did us. hehe

Hey Hey!! Its ME!! (sorry for the pix)

I felt soo lazy to attend the convo because I thought that I was a lazy girl for the entire world. Hahaha. Fortunately I got friends to be there too. They were younger than me but.. they were friends. Age is just a number, isn't it??

Tarraaahhhh!! These are them..my friends.. I LOVE THEM VERY MUCH!

The sengalss ones. "Will u graduate me? Ohhh mannn!"

 
"Bunda..I LOVE U. Thanks for always believe in me and pray for my happiness and success"


Ohh Nora.. I miss u babe


We were the only left here.. others were scattered away.





Together..we got new exciting experience and moments.







Anyways..... daaaa


Wednesday, May 21, 2014

SMART Accounting Trip : Bagan Lalang

Assalamualaikum.... 01.05.2014. Cuti Umum - Wesak Day! Bila orang lain pergi bercuti, kelas AC2208C pun turut tak melepaskan peluang yang ada. Hari tu kami ke Bagan Lalang, Sepang. Uwaaahhh!! First time datang sini...sangat excited! Hehe. Kami konvoi 5 buah kereta dan yang pastinya bukan sayalah yang membawa salah satu kereta tu, saya mandor je. Al-maklum lar...orang tak reti bawa kereta la kan. Nak buat cmno??

Pagi tu kami bertolak pukul 8.00 pg. Janji pukul 7.00 nak gerak, tapi biasalah janji Melayu. Kalau janji Jepun insyaAllah la punctual. Hehe. Lebih kurang sejam lebih la juga perjalanan nak ke Bagan Lalang dari UiTM Shah Alam. (Ingat dekat la sangat).

Ok, ni lah gambar-gambar yang saya nak kongsi. Tak nak cerita banyak-banyak, nanti korang mengantuk lak baca.

Tengok apa tuuu..?

8.00 a.m: Wajah-wajah yang sedang menunggu "Prince Charming" datang. hehe

4 kerat jela jejaka yang boleh direbut di sini. Sooo SAD! Mana pergi yang lain?

Kenyang perut, suka hati

Feeling habis nampak Umi?

"Lai..lai..lai..! Jom cuba ayam panggang. Terbaik dari ladang ooOoo"

Muka-muka happy je main games =)

OK KAMI NAK BALIK DAH..!

Ok itu sahaja gambar-gambar yang boleh dikongsi di entri kalini. InsyaAllah nanti bakal ada video kelas selepas compile semua acara untuk sem ni. Jadinya...tunggggguuuuuu

Alhamdulillah semester ini, Allah hadiahkan saya kawan-kawan kelas yang sangat best, sporting, outstanding, caring bagai dan always help each other. Bukan senang nak jumpa kawan-kawan seperti mereka. LOVE U OOLSS GENG!
TQ Allah sebab berikan hikmah sebegini di waktu-waktu akhir penantian tamatnya alam sarjana muda...

Alhamdulillah....

Friday, February 28, 2014

Balik Kampung...Yeayy!!!

Alhamdulillah...
Tepat pukul 6.00 petang, maka berangkatlah daku ke kampung halaman, Melaka Bandaraya Bersejarah. Mesti pelikkan? Ini merupakan pertama kali aku balik ke kampung dengan menaiki bas seorang diri. Sebelum ni naik kereta dengan keluarga ramai-ramai. Tapi...nak buat macam mana? Tabrakk sudah! Hahaha

Sebenarnya ada maksud tersurat dan terisrat disebalik pemergianku ke Melaka ni. Hehe. Idokler saje-saje nak mai sana tanpa tujuan, kan? Ok nak tahu al-kisah sebenar tak???

Halnya nak balik ke kampung sebab nak follow up dan upgrade mak cik saudara (adik abah) yang sudah beberapa bulan lepas start programe detoxcification. Mak cik sebelum ini hanya membeli energetic teamix setiap bulan. Setiap bulan mak cik akan reorder teamix ni 3 botol. "Mak Cik nak bakar lemak..", katanya. Now, mak cik cakap nak tahu program untuk 35% - 50%. Agaknya dah penat la kot bayar lebih produk dengan diskaun 25%. (Tulah mak cik, awal-awal lagi udah ku bilang..ambil je pakej 35%. Tak mawu...). Tapi, biasalah...orang baru ni memang keyakinan pada sesuatu produk ni tak 100% lagi sampailah bila dah dapat result sendiri..hah! Dan..dan.. tulah yakin dengan nutrisi Herbalife ni 100%. Hehe. But itsokay babe! No problem! Yang penting misi aku sampai. Yeayy!!! Changing people's life...

Ok tu satu hal. Hal lain lak...esok nak attend wedding my downline, Che Bella Cantiks! Walimah Bella di Melaka juga. So, sekali jalan la kan. (Hadiah pun aku tak bawak. Barang banyak naw! Scanner, IBP, baju, produk bagai. Nanti aku bagi ko eah). Ni merupakan wedding ke-2 dalam team aku sendiri dan mungkin bakal menyusul wedding yang ke-3. Ke-3?? Siapakah seterusnya??? Tungguuuuuuu.....
Pergi rumah Bella ni pun bukan semata-mata nak attend kenduri je, ade lagi agenda ni. Nak beli buku semester terakhir aku di UiTM di hatiku jugak!! Murah wooo Bella jual. Buku semua 1 packej RM150 je. Boleh aje...asalkan murah. Hihihi.

So, now...aku sedang berada di dalam perut bas, heading to Melaka Sentral. Lebih kurang pukul 8.00 malam, maybe akan sampai kot. Ntah! Ni kan 1st time...so, not sure la babe. Hehe. Kepulanganku ke kampung akan disambut oleh anak buah tersayang, Ira Dak Ajis. Sampai je Melaka, kami akan terus shoot ke Duyong untuk berjumpa Mak Cik dan Pak Cik. Settle je semua, kami balik ke rumah abang aku di Teluk Mas, tumpang tidur semalam. Esok dalam pukul 8.00 pagi, aku terus gerak ke Masjid Tanah pula untuk pergi wedding Bella. Dalam pukul 2.00 petang InsyaAllah...baru akan balik KL balik. Fuhhh!!! Fullhouse jadual! So, kene committed yer Ica. GOGOGO GET TEAM yiawww!!!!

Ok la...bye! Assalamualaikum....

Monday, January 20, 2014

Kos Sara Hidup Naik Bertingkek-tingkek

Asslamualaikum...
Pening kan Malaysia sekarang?? Pok Pak sana..Pok Pak sini! Semuanya dok cerita pasal isu kos sara hidup yang kian naik bagai nak gila. Rakyat makin sengsara, kerajaan pening kepala. Siapa suruh naik?? Adeh! Ni sekarang isu "Kangkung" pula? Isu ni lagi saya kurang faham sebab tiba-tiba je orang ramai propa mengenai isu ni. Hmmm... (Malas nak ambil peduli pasal masalah sekarang. Baik fokus kepada solution)
Berbalik dengan isu kos sara hidup. Saya tahu seluruh rakyat Malaysia sedang mengamuk sakan dan meluahkan keluhan rasa dek kerana kos sara hidup pada tahun 2014 semakin melampau naik. Saya faham dan sekarang saya juga amat risau akan bagaimana keadaan saya selepas saya tamat pengajian nanti? Adakah masih ada peluang pekerjaan untuk saya? Atau gajinya sedikit sahaja?

Jesteru, bermula tahun ini, saya sedang mengambil langkah sebelum apa-apa terjadi akan datang. Saya harus dan anda juga perlu fikirkan penyelesaian untuk menangani isu kos sara hidup tinggi ini, bukan hanya mengeluh sahaja dan hanya menuding jari kepada orang lain. Kita harus bertindak! Jika boleh, cuba cari pendapatan sampingan dan kurangkan perbelanjaan bagi perkara yang tak perlu. Macam saya, Alhamdulillah sekarang ini saya sudah ada 'part time job' iaitu Herbalife. Saya tak perlu risaukan masalah kos hidup, tetapi fokus untuk menambah pendapatan dalam kerjaya saya sebagai Wellness Coach. 

Hanya sekadar membantu mereka dari sudut kesihatan dan mencapai berat badan yang diimpikan...InsyaAllah RM2000-RM4000 anda juga boleh kecapi. Dan, jika ingin bersama saya untuk menjana part time income, dengan masa yang flexible dan tidak membebankan, anda boleh PM saya selepas ini. InsyaAllah saya akan bantu. Latihan juga turut diberikan. Its very simple, fun dan magical! Sebab tu ramai students buat part time dengan Herbalife=)

So now! Let's think about solution...not the problem. Jom berubah!

HANISA
013 255 8910
(Call/Sms ONLY)

Monday, December 30, 2013

Walimatul Urus Firdaus & Ainun Daliela (Bhg. 2)

Assalamualaikum...

Hai! Ok sebelum ni saya ada share gambar walimah abang saya di pihak perempuan kan? Kali ni saya akan cerita sedikit mengenai majlis walimah di pihak lelaki @ keluarga kami pula.=)

Hari Khamis (26/12/13) tu, suasana sudah terasa sedikit kelam-kabut walaupun majlis kenduri kahwin pada kali ini, kami hire caterer untuk menyediakan juadah bagi majlis Sabtu nanti. Pada malam Khamis tersebut, kami sekeluarga sibuk mengisi door-gifts untuk diberi kepada pihak perempuan dan sahabat-sahabat abang yang hadir di hari majlis berlangsung. Selepas tu, sesi "Facial Party" untuk pengantin lelaki dilakukan. Dengan menggunakan sepenuhnya 100% produk outer nutrition Herbalife, kulit wajah abang saya kelihatan bersih, fresh dan flawless macam baldu gitu! (promote sket. hehe).
Agak-agak siapa yang buatkan??
Ehem2x..mestilah SAYA! Hehe..(kalau inginkan facial service, boleh PM ok?)

Then, esok paginya (Jumaat), saya sedang berkira-kira untuk mengambil cuti separuh hari ke sepenuh hari. Kira punya kira, akhirnya saya memutuskan untuk mengambil cuti sepenuh hari memandangkan kesiankan mak dan sebab...
"Ko ameklah cuti harini, tak yah lah half day. Kesian aku" - Ayat abang-
Dan..
Semasa majlis nikah minggu sebelumnya, saya pun tak sempat hadir untuk menyaksikan akad dilakukan. Sooo sad! So, kiranya kena ganti balik lah kan.

Jumaat siang, kami semua sibuk membuat persiapan untuk majlis kenduri kesyukuran yang akan dilakukan pada malam tersebut. Pelbagai persiapan; termasuk mengemas rumah, memasak, siapkan door-gifts untuk para tetamu, memasang khemah turut dilakukan agar segalanya berjalan lancar di hari bahagia nanti.

Pada keesokan harinya (28/12/2013), tibalah hari yang ditunggu-tunggu oleh kami semua, setelah sebulan lebih sibuk ke sana ke sini membuat persiapan; iaitu majlis walimah pengantin lelaki. Alhamdulillah.. segalanya berjalan dengan lancar dan kami dihadiahi seorang kakak ipar yang baru yang sungguh comel. hehe. Majlis bermula pada pukul 12.00 tengahari sehingga 4.00 petang. Majlis dirai dengan alunan selawat dan qasidah oleh sebuah kumpulan qasidah (nampak sangat tak tahu nama group ni. hehe) dari Kg Baru. Masya-Allah best sangat kalini. Rasa majlis diimarah dengan segala kesyukuran pada Allah. Alhamdulillah...
Apa yang menarik sekali, sahabat-sahabat di bangku sekolah ramai juga yang hadir bagi meraikan majlis tersebut, cikgu sekolah rendah pun ada juga; Puan Rihana. Muka semua sudah lain, makin matang (matang ke?) dan cuwn @ handsome. hehe. Masa nilah teringat zaman sekolah rendah dan menengah. Rindu sangat saat manis itu. Ok, tak nak bebel dah sebab selepas tu kami adik-beradik semua kena kemas rumah balik. Penat tak terkata, macam tak hire caterer je gayanya. Kira macam masak sendiri ke tak masak ke..sama je penatnya=(
K la...daa~

Assalamualaikum...

To: My Bro and My New Sis,
"Barakallahu lakuma.."

Monday, December 23, 2013

Walimatul Urus Firdaus & Ainun Daliela (Bhg. 1)

Alhamdulillah… selamat sudah abangku menamatkan zaman bujangnya Jumaat lepas. Kini tinggal aku dan B.Chik je yang still single. B.Chik single but not available lagi sebab tahun depan dia pula akan menamatkan zaman bujangnya. AKU? (single but not yet availble. hehe) 

Minggu lepas tak ambil banyak gambar sangat semasa majlis belah perepuan sebab kawan abang sudah tolong ambilkan. Ni aku just share apa yang ada je na. Next week aku share gambar majlis belah lelaki @ keluarga kami pula. Ok?






Suka? Cantik? Sweet?

Ok Nantikan sambungannya..
Daa~

Assalamualaikum…

Tuesday, December 17, 2013

Debaran Majlis Kahwin Kian Terasa ^^,)

Yeayyy!! Baju wedding sudah siap!!
Hah! Jangan tak caya, kahwin dah nak dekat je ni. Pejam-celik, pejam-celik..sehari je tinggal sebelum majlis berlangsung.

Jumaat malam @ 20 Desember 2013, berlangsunglah akad nikah. Mak aii!! Terasa cepat sangat masa berlalu, kini hanya menunggu detik yang bakal melakar satu kenangan manis dalam hidup kami. Duk! Dak! Duk! Dak!

Segala persiapan sedang sibuk dijalankan sekarang ni. Ukur baju untuk majlis kahwin nanti, beli cadar, siapkan menjahit langsir, kemas rumah, hantar kad jemputan, catering, macam-macam lar. Pendek kata macam tak cukup tangan je nak handle semuanya. Aku dan keluargaku sibuk, pengantin lelaki pun sibuk jugak. Adehh!
Semalam baru je ambil baju wedding ni dari kakak tailor. CANTIK TAK??
"Terima kasih kak! Cantik sangat baju ni. Lepas wedding ni, boleh la saya tempah baju lain pulak. Hehe"


Dan...nak tahu siapakah pengantin lelaki yang ditunggu-tunggu ini??? 

INI DIA...
HANDSOME TAK?

Handsome kan...




To : MY BROTHER, FIRDAUS

HEPPY WEDDING DAY!!!
Semoga Allah merahmati hidupmu dan keluarga yang bakal terbina nanti hingga ke Jannah. Insya-Allah… 

Wednesday, November 27, 2013

Audit di Jalanan...

Bismillah…

Hi semalam saya beru bercerita mengenai rezeki dan musibah kan? Ok. Harini saya ada story yang menarik untuk dikongsi! Al-kisahnya begini….

Peristiwa ini berlaku di Highway Mahameru, dekat-dekat area tanah runtuh dulu.

Harini, saya mengikuti supervisor kesayangan saya, K. Elmi dan senior EG untuk buat audit luar. Saya dan K. Elmi menaiki kereta, dan EG menunggang motor. Dalam perjalanan ke client's company di Genting Klang, kami pun berbual-bual la, bergosip-gosip macam tuh, tiba-tiba..”Dung!” kereta K. Elmi dilanggar oleh sebuah motorsikal. Motor tu cross ke hadapan jalan kami tanpa memberi signal. So, salah siapa? (Jawapan: Dia)

Kami yang sedang panic sekejap, dikejutkan lagi dengan motorsikal itu berhenti secara tiba-tiba dihadapan kami. Penunggang motor itu adalah seorang lelaki India bersama isterinya. Lelaki tu pun terus menyambar ke arah K. Elmi, terus membentak dan menarik tombol pintu (K. Elmi). Alhamdulillah…pintu kereta pada masa itu memang asalnya telah di’locked’ dari awal perjalanan ini. Kerana geramnya dan mungkin sayangkan bini, dia menyalahkan kami yang pada masa itu dalam keadaan terpinga-pinga. K. Elmi menyarankan untuk membuat report polis. Tapi..lelaki tu terus menumbuk side mirror sampai pecah! (Blurr sekejap!). Dan, dalam masa yang sama..saya pun menjengah no plat motor terbabit untuk membuat report polis kerana kes ini bukan salah kami. Lelaki India tu pun terus pergi menerjah saya pula. Beliau menyuruh kami berhenti di tepi highway ni. Jika dilihat dengan keadaan lelaki India yang bengis ni..memang tak la der nak berhenti! Apa lagi, kami pun terus beredar. Konon just nak buat report polis je lepas tu (T_T). So, rasa-rasa salah siapa? (Jawapan: Dia)

Sedar tak sedar, rupanya lelaki India tu mengejar kami dari belakang dan sewaktu kereta tengah bergerak perlahan..”Dung!” kena lagi sebijik! Side mirror belah saya pula dihentamnya. Lelaki India tu dengan selamba terus memecut, beredar dari situ. Sudahnya..K. Elmi bawa kereta dengan menggunakan tangan sebagai signal. Aduhh! Malu memang tak hengatt! Orang sekeliling semua pandang ke arah kami. Tapi nak buat macam mane? Buat derk jela. So, anda rasa salah siapa? (Jawapan: Dia)

Perasaan cuwak dan geram timbul ketika itu. Kami, selepas kejadian yang tak diingini tadi terus shoot mencari balai polis terdekatan, dan batalkan terus appointment dengan client untuk settlekan kes ini. At first, kami pergi ke Balai Polis Sentul. Tapi polis di kawasan terbabit tidak boleh menerima aduan ini kerana bukan dalam kawasan mereka. Mereka pun menyuruh kami pergi membuat aduan di Balai Polis Kepong. Sesampainya di sana, polis yang mengambil report kami terus mengambil report. Tapi yang tak bestnya, beliau sangat serius (kutuk ke apa ni?). Kami pun buat dek jela.. sehinggalah bila report telah di ambil, dan beliau menyuruh kami check aduan yang telah ditulis. “Encik, jalan cerita dah sedap dah..tapi banyak TYPO”. Alamak!! Salah suruh orang la pulak. Yang disuruh cek report tu adalah auditor (K. Elmi), . HaHaHa!!! Memang kena la polis tu. Dari muka yang agak serius terus tergelak. So, tadi kami sempat melembutkan sebatang kayu. Hehe. Sorry En Polis!

Then, dari Balai Polis Kepong, kami diarah ke Balai Polis Traves pula (dekat je dengan office), disebabkan kes kami ini berada dikawasan Traves dan ia merupakan kes jenayah, bukan accident. So, kiranya ini adalah balai polis ke-3 kami singgah untuk menyelesaikan kes ni. TAPI..
Balik-balik..Perghh! polis yang handle kes kami ni rupanya sarjan yang handle kes saya semasa kes ragut tempoh hari. Kantoi sudah! Mesti polis ni cakap, “Apa lagi la budak ni dah kena kalini." Haha! Lawak je.

Lepas aduan selesai dibuat, K. Elmi menghantar saya ke office, dan beliau terus pergi ke workshop untuk membaiki kerosakan side mirrorsnya. Cuuuwaaakkkss beb! Serius garang giler lelaki India tuh. Tu kira macam stock estate punya orang, yang bengisss! Tak tahulah kan.. polis memang akan panggil dia untuk cerita selanjutnya, Cuma keselamatan kami, lebih-lebih lagi K. Elmi ni agak merunsingkan. Khuatir jika "Lelaki India tu" akan hentam balik selepas kami membuat report polis ni. Na’uzubillah… minta-minta dijauhkan…


So, kiranya..dari pukul 9.45 pagi hinggalah 2.30 petang kami hanya berada di atas jalan raya..
al-kisahnya, tak jadi audit account client, tapi audit jalan jela…hehehe

Kesimpulannya: MANA LAH SIFAT SATU MALAYSIA YANG DI DOK GEMPAR GEMPURKAN? Dalam TV segalanya manis.. hakikatnya? Faham-faham sendirilah..

Ok. Sekian berita hari ini.. Daa~

Sunday, November 10, 2013

Hashim Family Day (08/11 - 10/11/2013)

Salam…
Hye!

Harini saya nak share pasal “My Weekend Story” last week. Best!! Last week kami ada Hashim family day, untuk keluarga Bunda saya. Alhamdulillah..empat keluarga besar adik-beradik Bunda terlibat kalini. Nampak macam tak ramai, tapi hampir 200 lebih jugak yang terlibat, sebab keluarga Bunda saya ni agak besar. Ni belum masuk adik-beradik tiri Bunda lagi, dan sedara-sedara lain. Dalam Family Day ni, dua keluarga Bunda tak dapat hadir, keluarga Pak Unggal (pak cik) dan keluraga Arwah Asu (adik bongsu).

Family Day kalini dibuat di Desa Balqis, Melaka. Tempat memang cantik dan sesuai dengan keluarga kami yang besar. Desa Balqis ni resort yang menyediakan penginapan dengan suasana kampung. Damai sangat! terasa macam betul-betul berada di kampung. Dan, kalau nak tahu, ada kisah tahu disebalik resort ni.  Nak tahu lebih lanjut, tonton TV hari Rabu ni. Ada dokumentari mengenai Desa Balqis ni. Pukul 9.00 mlm, channel “tak Tahu”. hehe

Kami sampai ke Desa Balqis agak lewat, pada pukul 12.00 mlm oleh hal yang ramai adik-beradik kerja hari Jumaat itu. Sampai-sampai je, keluarga kami disambut oleh sanak saudara. Pelbagai juadah turut tersedia malam tu. Kami mengambil peluang ini untuk berbual mesra dan merapatkan silaturrahim dengan ahli keluarga yang lain. Bukan senang nak jumpa mereka semua ni. Tunggu majlis kenduri, baru dapat jumpa. Jadi, inilah masa yang terbaik untuk kami berjumpa lagi.

Esoknya, ada aktiviti Telematch FamilyTapi sebelum tu, kami ada 'Chicken Dance!'. Semua kena berchicken dance (except ME. hehe). Pelbagai aktiviti yang disediakan, antaranya: Lari dalam guni, masuk air dengan span, lari bawa belon, larian batton, lari ikat kaki, etc. Rasa-rasa adalah dalam 10 acara yang dipertandingkan antara family. Tapi family kami paling kesian sebab yang masuk telematch ni semua budak-budak kecil (range 3-8 tahun). Aku je la yang besar. Hihihihi. Ni sebab kes Bunda aku kire mak cik paling bongsu dan cucu-cucu Bunda semua paling kecil antara cucu-cucu family Hashim. Kesian giler sebab banyak kategori kami kalah. Tapi judgers banyak bagi markah kesian pada keluarga kami disebabkan usia yang comel-comel belaka. hehe.

Petang tu, sehingga malam harinya, kami melakukan pertandingan persembahan kebudayaan. Setiap keluarga wajib hantar wakil. Keluarga kami memang paling sempoi! Praktis last minute je, jumaat malam tu. sampai je resort terus praktis sampai pukul 4.00 pagi. Peserta kebudayaan, wakil family Matton K. Long dan K. Lang. Even last minute punya persembahan, kami dapat no 3 beb! Sebab meriah giler performance dari kami. Haha. Memang lawak mase tu sebab saudara-saudara pun turun join. Haha

Then, lepas semua family buat performce, ada sesi penyampaian hadiah pulak. Semua keluarga dapat hadiah, tak ada yang terkecuali, dan semua hadiah sama je. Sebab kami buat telematch ni pun untuk suka-suka je. Selepas tu, ada tarian “Poco-Poco”, joget lambak (oleh makcik-makcik), karaoke dan main-main (oleh anak-anak kecil). Hehe

Pagi tu, aktiviti bebas. Niat di hati nak mandi laut, tapi tak kesampaian sebab dah guruh masa kami mahu ke laut. But..itsokayy! Kolam kan...ado? hehehe. Then, pukul 12.00 tengahari, semua keluarga, masing-masing mula check out. Keluarga kami gerak dalam pukul 12.00 lebih jugak. Buat jamak di RNR dan dalam pukul 4.00 petang macam tu, kami sampai rumah.

Itulah kisahku @ Hashim Family Day.

Salam...

Sambungan: Kisah Seram di Desa Balqis Sewaktu Hashim Family Day..nantikan..

Wednesday, October 16, 2013

Qorban Lembu...Qorban Nafsu

Bismillah...

Harini aku just nak share pasal Raya Qorban, yang terkenal dengan sejarah lampau di zaman Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Bagi umat Islam, siapa tak tahu mengenai kisah ini.. Pengorbanan antara cinta seorang hamba kepada Tuhannya, dan cinta seorang ayah kepada anaknya. Nabi Ibrahim sudah lama tidak mendapat cahaya mata, tapi tak pernah putus asa. Kerana sifat tak putus asa seorang hamba Allah untuk mendapatkan zuriat, akhirnya.. Allah menganugerahkan zuriat kepada baginda, Nabi Ismail. Namun begitu, Allah uji pula baginda dengan suruhan menyembelih anakandanya sendiri demi kasih seorang hamba kepada Tuhannya. Kerana Cinta Allah melebihi segalanya, baginda menunaikan tanggungjawab tersebut. Dan.. kerana zuhudnya seorang hamba Allah kepada Tuhannya, Allah s.w.t. menukarkan penyembelihan anak itu tadi kepada seekor kibas. Dan, kini itulah yang dilakukan umat Islam tatkala menjelangnya Hari Raya Qorban. Begitulah kisahnya hal pengorbanan...

Tragisnya ..kini, Allah tak suruh pun kita mengorbankan anak sendiri demi membuktikan cinta kita kepada Allah. Tapi, sayang... segelintir daripada kita disuruh untuk mengorbankan anak kecil darah daging sendiri demi membuktikan cintanya pada kekasih yang tidak halal. Subhanallah...dunia sekarang sudah terbalik, dan kita dalam jangka masa hampir dengan kiamat, kerana itu zina berada di merata-rata. Kesian si anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa rakus nafsu si teruna dan si dara. Anak-anak ini dibuang ke mangkuk tandas, di tepian jalan, di dalam semak, digonggong anjing liar. Na'uzubillah...



Jadi, bila kita hayati semula...apakah konsep pengorbanan dalam konteks sekarang? Mudah sahaja. Korbankanlah masa & tenaga untuk memberi manfaat kepada orang lain. Banyak perkara yang boleh kita lakukan di dunia ini dengan memperbanyakan memberi kebaikan seperti membantu fakir miskin, bergotong-royong, berkongsi ilmu, amar makruh dan nahi mungkar. Banyak dan banyak. Dan... tak lupa, perlu ada pengorbanan untuk menuntut ilmu kerana ilmu Allah sangatlah luas. Jangan biar kita dipijak kerana kecetekan ilmu yang ada pada diri kita. Ada ilmu, insyaAllah...takkan terjadi lagi hal qorban dara. Na'uzubillah... Akhir kalam, korbankanlah nafsu dunia kepada nafsu akhirat yang dijanjikan Allah..

Salam Aidiladha=)

NEED a COACH?
I am YOUR COACH

HANISA 013 255 8910