If U Like This Blog..HIT THE 'LIKE' BUTTON!!!

BOLEH SAYA BANTU?

Nama
Emel
No Telefon yang boleh dihubungi
Pernahkah anda mendengar mengenai Herbalife sebelum ini? Ya
Tidak
Boleh saya bantu untuk NAIK BERAT BADAN
TURUN BERAT BADAN
TAMBAH TENAGA
PERBAIKI TAHAP KESIHATAN
PERBAIKI MASALAH KULIT
PROGRAM SARAPAN SIHAT
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN
Sebarang maklumat tambahan/ pertanyaan

Put a website form like this on your site.

Friday, May 20, 2016

Short Vacay Bajet Langkawi

Assalamualaikum…Hi!!!

Hari ni saya nak share mengenai pengalaman bercuti di Pulau Langkawi bersama geng single-minggle. HEHE. 

Pada 27 – 29 Jan 2016, kami telah merancang untuk bercuti ke Langkawi, jauh dari kesibukan kerja dan kota. Biasalah, kerja dalam kewangan syarikat.. macam-macam isu perlu di uruskan. Otak pun dah "ting-tong" dibuatnya. Excited punya la hai nak pergi ke Langkawi ni sebab tak perlu pergi kerjaaaa.. yeahhhh!!! Tu je reason exciitednya sebab sebenarnya semua dah pernah pergi ke pulau ni pun. Haha

27 JAN (RABU)
Kami applied half day leave sebab masing-masing sayangkan cuti dengan harapan cuti yang berbaki tu nak simpan untuk interview next company. Haha hampeh betol!

Kami berangkat pada pukul 5.45 ptg dengan menaiki pesawat Malindo Air dengan rate promo  RM120.00 (pergi-balik). Murah kan? Sampai-sampai terus je kami solat Maghrib dan ke Hotel Seri Mutiara Pekan Kuah (not recommended for those yang suka shopping coklat sebab jauh ke dalam. Kami pun tak perasan location hotel ni. Tengok di Mr Google macam dalam Pekan Kuah, rupanya indah google dari rupa =(. Pukul 9.00 mlm kami tiba di hotel untuk mengambil Ain (kawan saya dari Kelatan) dan terus ke pasar malam Kuah untuk makan malam.

28 JAN (KHAMIS)
This is the busiest day ever in exploring Langkawi sebab masa yang sangat limited dan kami commit untuk penuhkan segala aktiviti sebaik mungkin dengan moto “Jalan sampai lebam" Haha
Kami bertolak ke Telaga 7 pada pukul 7.30 pagi selepas menunaikan solat Subuh dan sampai di kaki gunung lebih kurang 8.10 pagi. Untuk ke Telaga 7, perlukan tenaga untuk mendaki anak-anak tangga dalam masa 25 minit. Memang tercungap-cungap bagi mereka yang kurang aktif tapi still korang kena cuba. Baru style! Haha

 Subhanallah..lihatlah pemandangan di Telaga 7 ni. cantikkan?

“Orang” kata, T7 ni ada kisahnya yang tersendiri. Yela..Pulau Langkawi kan, memang tidak terlepas dengan kisah sejarah dan mitosnya..ye dok?
T7 berasal dari kisah tujuh puteri dari kayangan turun ke dunia untuk bermandi-manda. So ada 7 telaga, cukuplar sorang satu. Dan melalui scientifiknya pula, dikhabarkan setiap telaga punyai mineral yang berbeza-beza dan siapa yang mandi di Telaga 7 ni boleh mencantikkan kulit. Wallahu A’lam..sebab saya pun masih belum mengkaji lagi. Telaga 7 ni agak licin dan dalam siket, so berhati-hati yer. Dan please beware kat sini sebab ada geng penyamun di sini (Pak Kera). Pak Kera dah rembat Butterschoth kami semasa mandi di sini. Sadis!
Selepas itu, kami terus ke Temurun Waterfall. Ini lagi sedih sebab plan nak mandi air terjun ni tapi sampai-sampai air sudah kering. Rupa-rupanya kena panjat lagi untuk jumpe air terjun yang cantik di sini. Kami dengan perasaan terkilan terus melangkah ke destinasi seterusnya.
Then, kami terus ke Pantai Pasir Tengkorak. Pantai ni kira private beach lar. Allah .. Memang cantik. Lagi cantik dari Cenang. Kami main-main air dan ke destinasi lain.


Singgah di sebuah surau untuk menukar pakaian, dan kami terus ke Idaman Suri. Terpaksa pergi ke sini dulu sebab esok kedai ni tutup. Otw ke Idaman Suri, sempat juga menyinggah di Pantai Tanjung Yuu sebab pantai dia tersangat lawa. Hahaha dan memang nak jelajah satu Langkawi pun.
Sampailah ke Idaman Suri. Inagatkan ada jual coklat. Rupanya tempat golongan suri rumah. Patut ler mak aku beria benor suruh pergi sini. Ceit! Walaupun bukan kena dengan tujuan kami, tetap juga shopping! Kah3

Selepas itu, kami ke Malibest Hotel Pantai Cenang untuk check-in hotel dan Island Hoping. Di sini servis dia slow tapi bilik di superb besar! Boleh la kalau sesiapa yang punyai keluarga besar untuk menginap di sini, lebih selesa.
Aktiviti di Island Hoping dan; snorkling di Pulau Intan (formerly known as Pulau Kentut. Haha busuk punya nama). Boleh recommend abang ni sebab sewa snorkling dia murah je (RM10) dan abang ni tak kedekut. Dia bawak kami melawat 4 pulau sampai kamilah geng yang paling lambat balik ke Pulau Langkawi.

Lepakss dengan foreigners uollss.
Kami pulang pada pukul 6.30 ptg.

Malam tu, kami bersiap ke HIG di Pekan Kuah sebab ramai sangat orang kirim coklat, terpaksa pergi awal pada waktu malam supaya senang esok tak pening carik coklat dan takut coklat cair dengan keadaan cuaca terik di sini.
Inilah hasil tangkapan pada hari itu. Taraaahhhh!

After that, kami ke Restoran Nelayan Bukit Mulut. Harga seafood di sini memang sangat berbaloi dan sedap terutama sotong goreng tepung dia. Memang terbaik.! Makan seafood kat KL pun tak sesedap sotong goreng di sini. Total seorang dalam RM18 je sekepala.

29 JAN (JUMAAT)
Pagi-pagi lagi kami terus bersiap ke SkyCab. Kami hanya menikmati pakej basic sahaja (Skycab + Skydome + Skyrex) berharga RM32 seorang (dengan Mykad) sebab masa yang sangat rush.
After that, terus bali ke hotel dan check-out.

Kami sempat ke Padang Matsirat untuk shopping kain batik dan minyak gamat, serta lunch.
Then, terus ke Pekan Kuah untuk shopping kali terakhir. Pukul 4.30, kami gerak menghantar Ain di jeti dan kami beransur ke airport.

5.50 ptg…BYE-BYE 

Total Bajet (3H2M):
  • Flight pergi - balik : RM120 (Malindo Air)
  • Accomodation (Kuah dan Pantai Cenang) inc Island Hoping dan snorkling: RM70
  • Kereta sewa: RM30
  • Minyak: RM10
  • SkyCab: RM32
  • Makan (termasuk dinner seafood): RM50
Total RM312 seorang (Tak termasuk shopping)
Suggestion saya, kalau nak pergi Langkawi dengan kawan..please spend 4 hari di sana. kami dah menyesal sebab book flight awal sebelum arrange aktiviti di sana. Sebenarnya Langkawi banyak tempat yang boleh explore lagi-lagi bila travel dengan kawan-kawan ni. Tempat-tempat bersejarah ada, tempat berekreasi ada, tempat makan ada, tempat buang duit pun ada. Sangat lengkap!S o, please arrange your activities first ye kawan-kawan. Selamat berjalan!

Sunday, January 3, 2016

New Year @ Broga. Satu Permulaan…

Alhamdulillah tahun baru lalu, saya berkesempatan untuk mencoret pengalaman menawan Broga (bajet macam Gunung Everest lar sangat! hihi) bersama sahabat sekolah rendah. Ni boleh dikira pertama kali kami buat aktiviti bersama. Sebelum ni hanya datang raya je, tu pun di rumah Puan Rihana, guru kelas kami.

So, perjalanan kami bermula pada pukul 2.30 pagi, dan pada waktu itu juga handphone saya bingit berdering-dering dek kerana semua excited nak kejutkan kawan-kawan. Saya sempat nap sejam lebih je, dan ada juga tak boleh tidur mnegnangkan esok sebelum Subuh nak gerak ke Broga. Excited! Hehe

Kami bertolak pada pukul 2.30 pagi, Rafiq mengambil saya, Eti dan Rashid dengan menaiki kereta Naza sebab rumah kami berdekatan. Kemudian kami ke Alam Damai dan THO untuk mengambil Sri dan Cik Pipah pula. Total yang join ketika itu dalam 20 orang, termasuk geng kawan uni saya, Abear dan kawan office, Jue dan Quque. Kami memulakan pendakian pada pukul 4.15 pagi dan perjalanan pun bermula.

Masa pendakian, kami memang tak set dari awalnya sebab niat asal memang nak mendaki secara "lalalala~" je. Dan kerana kami bersama geng yang ramai, jadi tak semua boleh mendaki secara molek, ada yang kurang stamina dan ada yang semput, yang lemah-gemalai pun ada, dan ada juga macam tak tahu langsung car-cara nak mendaki bukit yang sekangkang kera ni, HaHaHa... nasib lah badan oooii! So, upacara tunggu-menunggu kawan-kawan tu telak dipraktikkan pada ketika itu. yeh. Tapi normally, untuk sampai ke puncak mengambil masa selama 45 minit - 1 jam je.

Pukul 5.00 pg, kami sampai ke kawasan rata (stage sebelum sampai ke Puncak) dan lepak agak lama di sana sementara menunggu azan Subuh. Ada yang sempat tidur lagi taw. Haha. Siapakah?? :)

Usai solat, kami meneruskan pendakian ke puncak Broga. Allah. Memang ramai umat manusia ketika itu. Yelah, nak sambung New Year la katakana. Jadi, perjalanan kami tidak smooth seperti yang digambarkan kerana terpaksa Q untuk mendaki bukit ni, memang sangat tak best. Mengikut penjaga Broga, haritu memang terlalu ramai orang berkunjung di situ. sebelum ni kunjungan biasa-biasa je. No wonder la kena mendaki macam siput sedut:(

K, ni saya share gambar-gambar di Broga. enjoy!


Sebelum pulang, kami sempat singgah di Empangan Langat. Ramai orang cakap pemandangan dia cantik. Tapi hakikatnya....
Waduhhh!! Cantik banget deyh pemandangannya. Nak buat wedding photo-shoot memang molek bangat nih. hihihi


Kami terpaksa pulang awal haritu sebab Jumaat, so lelaki nak kena solat. Lepas lunch, Rafiq pun menghantarlah sorang-sorang ke rumah masing-masing. 
Dan...itulah al-kisahnya...
Nanti saya akan share kembara saya dengan kawan office di suatu tempat pulak. Stay tune!

-Hanz-